Skip to main content

AIREEN DAH MASUK ASRAMA!

Assalamualaikum/Hai, 


Betul orang cakap, rezeki tak salah alamat.
Rezeki anakanda sulung kami, Nur Aireen Qaisara dapat tawaran kemasukan ke tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Dalam selangor je tapi jauhhhhhnyaaa la haiiii...100km dari umah..

UPSR 2020 - dibatalkan.
yang ada ujian PKSK untuk kemasukan tingkatan 1 ke SBP.
dan, aireen lulus. betul betul rezeki dia.. 

exam MRSM aritu dia kecundang.



Tarikh keramat 6/4/2021.
bermulalah episod baru kehidupan dia .
jauh dari keluarga.
jauh dari adik adik.
demi menuntut ilmu.
ilmu dunia dan akhirat.
Ilmu Tauhid dan Feqah.


mama papa sendiri tak mampu nak cukupkan ilmu dunia dan akhirat untuk kakak. 
so dengan peluang yang ada, silalah grab! 

Takpe kakak, mama papa dengan berlapang hati berlapang dada hantar kakak ke asrama di usia yang muda. mama papa nak kakak tempoh alam remaja dengan penuh keberkatan, penuh ilmu agama dan pandai berdikari untuk masa depan. dunia sekarang penuh panca roba ok!

Terlalu awal ke hantar anak masuk asrama seusia 13 tahun?
Entahlah. 
Rezeki.
Dan dia pon bersungguh nak sekolah asrama.

tempoh percubaan mama bagi dalam sebulan.
kalau ok, kita teruskan.
kalau tak, nanti kita pikir plan B.. hehehe

kakak kakak senior tolong angkatkan barang ke asrama. 

Sepanjang kakak kat asrama, baru 3x je dia call.
jenuhlah tunggu. kentang betul dia kat sana tauu..
rasanya bukan anak yang homesick.
mamm papa yang lebih schoolsick..hahahah..

dalam group wasap ada parents cakap, anaknya tiap tiap hari kol.
ahhh sudahh.. mulalah terpikir anak aku ni tak pandai guna public phone ke?
tak pandai pegang gagang? 
duit tak cukup ke??
dannn lain lain hal lagi.
lebih risau daripada lebih rindu kat dia..

so far, alhamdulillah.
Tak de drama airmata dari si anak.
3 kali call, suara dalam telefon penuh ceria dan bersemangat.
yang penting dia cakap makan kat sini sedappppp tau mama.
kakak tak sempat nak lapar..

sejukkkk hati mama dengar.
sebab perkara paling mama risau adalah soal makan dia.

que nak masuk dalam sekolah.

Cuma sedih sangat sebab time covid19 ni semua kakak kena buat sendiri.
dari pendaftaran sampailah urusan asrama.
sedih tak dapat tgk real life keadaan asrama kakak.
tak dapat nak kemaskan baju baju dalam loker.
hanya mampu tengok dalam keta dan duduk diam diam tunggu dalam keta sampai urusan kakak selesai.yes! you made it! semua dipermudahkan.

Kepada anakanda mama Nur Aireen Qaisara,


Jaga diri.
Jaga bahasa.
Jangan susahkan orang.
Belajar rajin rajin.
Belajar dengan penuh tawadduk dan fokus setiap apa yang cikgu/ustaz/ustazah ajar.
Moga anak mama diberikan ketenangan dalam berjuang menuntut ilmu ke jalan Allah.
Jangan risau.. mama papa adik adik pasti kuat dan kena kuat untuk kakak.

Kepada Pendidik,
Kami serahkan anak anak kami dengan penuh harapan dan kami tinggalkan anak anak kami dengan berlapang dada. Semoga anak anak kami menjadi pelajar yang terdidik dengan aqidah yang baik dan ilmu agama yang penuh di dada. Insya Allah.

puteri sulung kami. bakal bidadari Allah.

ni kalau arwah atok opah ada,
expecially atok lah orang yang paling gembira tau kakak..
silap silap, dialah antara orang terawal yang dok tercegat tunggu cucu dia kt luar pagar..

al fatihah atok opah.



 -MrsPuex-

Comments

Cik Nor said…
selamat belajar dan selamat berdikari Aireen..:)

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P