Completed dose of Vaccine Covid19

Assalamualaikum/Hai, 

SEJARAH DALAM HIDUP.

11/3/2021  - dos 1
1/4/2021    - dos 2 (completed)

Alhamdulilllah.

Bila bekerja dalam Kementerian yang kritikal (KKM) di musim pendamik covid19 ni, maka kami semua adalah antara yang terawal amek vaksin covid19.
nak tolak, ko kena tunjuk surat sebab .
maka, hadap je laa..

aku bukan frontliner tapi kadang kadang terpaksa bantu frontliner tunaikan tanggungjawab sebagai warga kerja KKM. Syukur diberi peluang kutip pahala berkhidmat untuk negara dalam tempoh kritikal ni.
WFH?
jangan harap. 
sejak PKP 1.0 lagi takde istilah WFH untuk kami.
kadang kadang terdetik jugak kejelesan rakan rakan yang boleh wfh almost setahun..
monitor sendiri anak anak depan mata.
mujur jugaklah suami boleh wfh.. so dia jugak la yang handle anak anak kat umah while aku kena pegi keja.
bila pikir side positif, jalan nak pegi keje sangat clear! tak jumpa jem pon tau.. sebelum ni dekat nak 1 jam smpai opis sbb mengadap jem.. bila pkp, 15 minit zassss dh smpai depan lobi.. hahahaha..

Progress selepas divaksin.
day 2 - 2/4/2021.
masih tingtong.
lenguh lenguh.
cucuk tangan kiri so area kiri ni terasa berat.
tengkuk ke bahagian belakang badan pon mcm stiff.
seram seram sejuk mcm nak demam tapi tak demam.
keep self monitoring .. 
hopefully im ok and going strong.

progress (7/4/2021)
alhamdulillah so far keadaan kesihatan sangat baik.
lenguh tgn sikit sikit tu biasalah sbb byk pergerakan / over use hand kot..hahahaha..

terkini (13/4/2021)
dah sihat sepenuhnya dan semakin bertenaga..
makan ppon masya allah semangat..kekeke..

korang kat luar sana, jangan risau kesan selepas vaksin.
jangan mudah percaya pada info yang tak sahih..
korang yang dok mengutuk vaksin tak bagus la, bahaya la..ada microcip la .. agenda yahudi la.. cakap cakap macam tu dah pernah amek ke tak tuu??
cakap tanpa fakta itu tidak bagus ya..
jangan jadi parasit dalam kehidupan di alam nyata.

Moment Dos Pertama : 11/3/2021






Moment Dos Kedua : 1/4/2021










selit belakang ic..
boleh rentas negeri / negara tak nii abahhh pm??
hehehehe..


alhamdulillah aku baik baik saje ..
semoga dipermudahkan urusan korang yang bakal tunggu giliran untuk vaksin.


sekian.

lindung diri
lindung semua.

1 Comments