Tahun ni sambut Ramadhan 1442H tanpa puteri sulung di sisi.
Takde orang kuat tolong mama kat dapur.
Takde orang kuat nak bagi cadangan menu apa yang nak kena masak.
Harini dah Ramadhan yang Keempat.
Puteri Sulong sambut puasa tanpa mama papa dan adik adik.
Terasa wei kekurangan.
Moga yang baik-baik sahaja untuk puteri sulung aku kat asrama sana..
Maknya menghitung hari nak pegi amek dia kat asrama nak sambut saki baki bulan ramadhan bersama-sama.
Anak tak homesick
maknya yang terlebih 'anaksick'
hahahaha..
Layan jelah gambar-gambar trobekk untuk hilangkan rindu.
Hari ni last Orientasi untuk pelajar baru. Minggu depan baru start sesi pembelajaran yang sebenar.
Moga Allah jagakan puteri sulung bidadari mama ni di sana.
Moga ditenangkan hati, dilapangkan dada dalam menuntut ilmu.
Moga anak mama kuat macam mama jugak ok!. hehehe..
-MrsPuex-
1 Comments
Samalah dengan Mrs. A anak sulung pertama kali tidak berpuasa bersama keluarga nun di perantauan sambung belajar.