BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK ANAK DI RUMAH AMAL AL FIRDAUS DI MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

Assalamualaikum/Hai, 

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK ANAK DI RUMAH AMAL AL FIRDAUS DI MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN SHAH ALAM CONVENTION CENTRE


Ramadhan adalah satu bulan seribu rahmat dan setiap tahun bulan ini amatlah dinanti-nantikan umat islam, kerana di bulan ini, Allah SWT mengurniakan pelbagai rahmatnya seperti sabda Allah swt "Apabila tiba ramadhan, telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan"hadis riwayat al-bukhari dan muslim.



Sesuai dengan keberkatan bulan ramadan, ibadah bersedekah menjadi sesuatu yang lazim untuk umat islam. Alhamdulillah dengan IzinNya, selaras dengan syiar ramadan, sekali lagi pada tahun ini setelah 2 tahun berturut-turut di landa situasi pandemik, Shah Alam Convention Centre (SACC) mengambil kesempatan meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR ( Tanggungjawab Sosial Kemasyarakatan) untuk meraikan 40 orang anak-anak yatim dan asnaf dari rumah amal al firdaus dengan buffet ramadan yang bertemakan selera orang kita.



Dengan majlis seperti ini, dapatlah anak-anak lebih ceria dalam suasana ramadan dan sambutan hari raya aidilfitri tidak lama lagi. Pihak SACC jugak turut memberikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak-anak yang hadir dengan sokongan tajaan ADABI Consumers Industries Sdn Bhd. Seronok anak-anak ini dapat duit raya dari pihak SACC. Nampak sungguh muka-muka keceriaan terpancar pada setiap anak-anak yang hadir. 








Comel sangat anak-anak ni. Bila tengok diaorang happy, tetiba aku jadi sebak mengenangkan yang  mereka kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim. Bila ada program CSR macam ni, aku akan ambil kesempatan untuk bawa anak-anak untuk sama-sama merasai suasana bersama dengan anak-anak dari rumah amal al firdaus. 


abang kena tenung dengan adik comel..heheh

Tetamu jemputan yang hadir disajikan dengan juadah Buffet Ramadan dengan tema Selera Orang KIta yang dibuka kepada umum bermula 5 April sehingga 30 April 2022. Antara juadah yang disediakan ada lebih 100 jenis variasi masakan melayu, cina dan india. Semestinya yang paling istimewa adalah Kambung Kabuli, menu signature dari SACC. 










Kalau nak berbuka puasa di SACC, bolehlah hubungi nombor di bawah untuk tempahan atau pertanyaan:

HARGA DEWASA : RM88+
HARGA KANAK-KANAK : RM44+ (7-10 TAHUN)


Tel : 03-55118858 / 03-55118813 / 013-2502858



-MrsPuex-

1 Comments

Alhamdulillah..seronok dpt buka puasa rmai2 kan..