Skip to main content

BUFFET RAMADHAN BERTEMAKAN SELERA NUSANTARA DI RESTORAN SECRET GARDEN BY SACC

Assalamualaikum/Hai, 

Buat julung-julung kalinya Restoran Secret Garden BY SACC mengambil peluang untuk mengadakan bufet ramadhan bertemakan Selera Nusantara. Untuk pengetahuan semua, Restoran Secret Garden ini baru sahaja beroperasi sejak November 2021 yang terletak di tingkat bawah Ibu Pejabat PKNS. Dengan berlatar belakangkan keindahan Tasik Shah Alam, gaya dekorasi elegen dan minimalis, restoran ini menciptakan satu suasana tenang, luas dan mendamaikan.


Bufet Ramadhan Selera Nusantara menawarkan lebih daripada 50 sajian istimewa dari dapur Secret Garden. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan seperti Udang Masak Lemak, Ayam Bakar, Sotong Berlaod, Kambing Kuzi dan banyak lagi. Yang pastinya kelazatan boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef, bahan-bahan segar dan rempah ratusnya.






Antara menu-menu lain yang disajikan akan berubah setiap hari mengikut giliran. 8 gerai disediakan untuk para tetamu memilih hidangan yang diingini. Antara menunya adalah Pecal dan lontong selangor, char kuey teow, roti john, ikan bakar, kambing dan ayam bakar, mi sup, puding roti, bubur lambuk, pisang goreng dan cucur manis, aneka kuih muih dan istimewa Air Kathira. 



















Selain menikmati sajian yang disediakan, pengunjung berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan lebih selesa dan pasti akan menjanjikan pengalaman yang berbeza. Buffet ramadhan ini dibuka bermula  6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari (kecuali hari isnin) bermula 5 April sehingga 28 April 2022.

Harga Buffet Ramadhan Restoran Secret Garden 2022 :

Dewasa : RM45.00 bersih
Kanak-Kanak : RM25.00 bersih (7-10 tahun)
Kanak-Kanak : PERCUMA ( 6 Tahun dan ke Bawah )

promosi pembelian awal RM35.00 (Sebelum 3 April 2022) :


Bersama rakan bloggger yang hadir sama.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, boleh rujuk butiran di bawah :

No Tel : 03-55250300 (ext 1956)
No HP : 016-5206155
Alamat : Secret Garden By SACC, Ibu Pejabat PKNS, No2, Jalan 14/8, Seksyen 14, 4000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P