Skip to main content

Sedap Sangat Ke Makan di Meat Cartel?

Assalamualaikum/Hai, 


wahhhhh tajuk mengundang ye..hahaha..
Sedap ke makan di Meat Cartel?
ok meh aku nak korek untuk korang baca..

Meat Cartel : American BBQ menyediakan hidangan menu yang berasaskan daging yang berkualiti  untuk pelanggan. Bagi yang sukakan makanan berasaskan daging import, haaa sila terjah ke Meat Cartel di Subang Bestari atau cawangan cawangan yang berhampiran korang.


Cara masakan untuk daging ni pon unik ya.. daging akan disalai / smoked dalam tempoh yang lama lebih kurang 12-14 jam dengan menggunakan teknik American Smoking Style tau. Dibakar dengan low heat dan bahan bakar yang digunakan adalah dari kayu special tempatan untuk dapatkan tekstur smoked yang empuk dan juicy..bila makan, rasa MEAT tu terus MELT dalam mulut.. takde istilah liat liat dalam kesemua hidangan daging dari Meat Cartel ini.. 

Aku jarang sangat makan daging ni.. tapi bila dah cuba hidangan signature BBQ Plate - The Heisenberg dari Meat Cartel, terus teruja! deretan daging kambing, daging lembu yang sangat lembut. Jangan risau bagi yang tak boleh makan daging, dalam hidangan plate ni juga dihidangkan ayam dan sausage. sesuai untuk 4-5 orang makan tau.


Dihidangkan bersama sausage plate terdiri daripada texas bread, coleslaw dan mashed potatoes.


presentation bukan biashe biashe ye.. siap ada bunga api sekali.. kesemua sausage plate ni memang sgt kena dengan tekak aku.. 

Antara menu lain yang disediakan adalah seperti smashed burger - limpahan daging yang penuh dalam burger, nasi masak lomak smoked brisket, pasta masak lomak smoke brisket, country mushroom soup, smoked chicken, classic ceaser salad. 


smashed burger

pasta masak lomak smoked brisket


smoked chicken

nasi masak lomak smoked brisket

dessert - Apple Crumble Ala mode.
nothing goes wrong for a pie after meal..

Classic Ceaser Salad

Country Mushroom Soup

paling gembira dapat makan apple crumble ni.. 

Sebenarnya banyak lagi menu lain yang best best dalam katalog.. kalau nak tau, silalah singgah kat -mana cawangan Meat Cartel yang berhampiran korang ok!

Tentang harga? jangan risau.. semua hidangan adalah mampu milik makan.hehehe..
datang ramai ramai lagi seronok nak makan kat sini  tauuuu..


kenyang perut suka hati! 
makcik bagi sepuluh bintang!
nanti nak repeat lagi datang makan ramai ramai..

bersama rakan blogger.. laaaamaaa betul tak jumpa sejak PKP dulu..



terima kasih Encik Elwin dari Meat Cartel sudi melayan kami..
servis tiptop!

Jom pakat pakat datang bawak family cuba makan MEAT yang disediakan di MEAT CARTEL ni..Untuk info lanjut dan tawaran promo yang Meat Cartel selalu buat, boleh check it out kat media sosial Meat Cartel seperti dibawah :

Facebook : www.facebook.com/meatcartelhq

so kesimpulan dari tajuk di atas? SEDAP SANGAT KE MAKAN DI MEAT CARTEL??
Opkossss soooooo sedappp uols!!!! silakan pergi makan MEAT di MEAT CARTEL ok!

 -MrsPuex-


Comments

Nampak sedap makanan die..tempat pun nice je

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P