KENANGAN JOIN PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum/Hai,

16 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, baru berkesempatan nak join kawad perbarisan untuk sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri selangor yang diadakan di dataran kemerdekaan shah alam pada malam 30 ogos 2022. bersekali dengan sambutan di ambang kemerdekaan.

saja offer diri untuk cari entertaiment dan kutip pengalaman dan kenangan selain kerja kerja kerja yang tak pernah habis ni..gituuu kauu ye.. 

actually ni salah satu pengalaman manis..
join kawad yang memerlukan kami bertanding di peringkat jabatan awam di selangor.
lamaaa dah tinggalkan aktiviti kawad kawad ni..
nak cerita sikit la ye.. zaman sekolah memang keje kau berkawad.. masuk pertandingan kawad utk unit beruniform, buat formasi kawad.. wehhhh rindu wehhh... kulit legam toksah cakap ye.. time tu pon ada yang nak masuk jarum ngorat.. hahahaha... kelakar plak bila ingat balik ...
lepas abis sekolah spm,  jadi fasilitator mengajar kawad utk bebudak sekolah kat sek men bukit indah ampang sana..tahap ngajar aku bukan tahap pro ye.. aku ajar manje manje je... yang garang garang semua fasi lelaki yang setelkan.. budak nangis baru turn aku jadi tukang pujuk..hehehee..

dah sambng belajar, dah kawin, memang aktiviti kawad ni lenyap terus..

ok berbalik pada cerita kawad yang aku join ni, kitorang seramai 41 orang dilatih oleh jurulatih bomba dan penyelamat negeri selangor.. so komitmen yang diberikan memang kena tinggi ya..
lepas keje kau kene kawad, weekend ko kena kawad.. praktis 2 minggu je sebelum hari kejadian..
kauu rasa???

tapi aku ok je.. i had sooo much fun doing this thing..
dengan rakan rakan sejawat yang pelbagai jawatan berkawad dalam patrol yang sama..
senang betul nak serasi.. plus ada adik adik opismet yang havoc havoc suka menyakat.. memang best la citenye.. tak kering gusi aku tengok gelagat dorang sakat menyakat antara satu sama lain.. aku jadi tukang gelak je.. kakak kan?? hahahaha..

story ni panjang sikit la .. aku lamsamkan terus dari latihan sampailah hari kejadian..
selamat membaca gais!
kita tempuh sampai habis..
gituu konsepnya...heheheh

LATIHAN KAWAD DI RISDA.

setiap petang selama 2 minggu berturut turut kami kena berlatih berjalan .. start jam 5 petang smpai 6.45 petang kau berjalan keliling risda tepi opis kau.. kau ingat senang nak berjalan sama seramai 41 orang?? susahnyee kalau ramai yang takde basic berkawad dengan betul. what ever it is, semangat kami melebihi segalanya .. menang tolak tepi .. yang penting enjoy.. kalau tiber menang tu memang rezeki terpijak la kekdahnya..

ok meh layan gambar moment kami buat latihan kawad di risda.. tak banyak pon gambar sebab kami tengah training.. mengharapkan urusetia je la yang snap..aku ade gak tuang latihan dalam 3-4 hari sebab ada komitment yang tak dapat dielakkan.. ampunnn tuannn...hahahha.. 








LATIHAN KAWAD DI BALAI BOMBA BUKIT JELUTONG

Sabtu 27/8/2022 jam 9.00 pagi.

bila jurulatih offer buat latihan sama sama dengan squad bomba yang masuk perbarisan, apa lagi, semua onzz dengan lajunya ya.. hahaha.. rezeki jangan ditolak korang..kemainn kau ye nooraini zubir..
ok malas cite banyak, nah layan gambar je la ok.. banyak ni sebab eksaited dapat masuk balai bomba..ahahah..

yours truly.. wajib la seketul di depan pintu masuk.
















its a wrap.. photogroup is a must.. cuma tak dapat beramai ramai dengan abam bomba ..dapat tangkap ketua bomba pon jadiklah ye..hahaha.. terima kasih untuk pengalaman yang berharga ini.. 

     
RAPTAI PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN DI DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM

ahad malam 28/8 dah mula raptai pertama. 
tema all black!
mula berkumpul dari jam 6 petang di dataran kemerdekaan shah alam.
malam tu sebelum raptai, kami disambut dengan hujan yang maha lebat..
yang mana datang dengan bas, untonglah boleh masuk bas.. yang kami ni berjalan dari opis, memasing cari pokok untuk berteduh.. last last semua main hujan sebab dah basah..
tapi alhamdulillah semua steady.
bila hujan dah reda, baru kami mulakan raptai.
seronokkk sesekali main hujan.. 
lencun luar dan dalam.
kasut kena lecak padang dont care..
nasib baik pakai hitam.. selamattt!!
semua ni pengalaman..
dan semua berdoa semoga 41 kontinjen tak de yang tumbang sakit..
ada 2 hari sebelum hari kejadian






bersama tuan zaidi dan tuan fazli..



padang berkumpul selepas tamat kawad


raptai kali kedua (petang) dan ketiga (malam) isnin 29/8
banyak ye raptai sebelum hari sebenar..

raptai time malam, ponnn kami disambut dengan hujan.. tapi tak selebat malam sebelumnya..
tetap menten semua steady walaupun ada 2-3 orang yang dah mula rasa mcm nak demam..
bertahan gais.. bertahan.. 
kita tempuh sampai habisss..
gituu motto!








MALAM 30 OGOS 2022 - SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-65 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

hari yang ditunggu tunggu akhirnya tiba..
adat bertanding menang kalah itu biasa..
yang penting kita tempoh sampai habis!
alhamdulillah mlm ni tak hujan..
kalau hujan pon weols dont care dah.. weols ada baju hujan spesel ok!
penat dah taip..
layan gambar je la ye..















selesai.. tunggu ambang merdeka tengok bunga api ataih kepala..

alhamdulillah..
everything went well..
kami berkawad dengan penuh semangat dan bergaya.. cuba praktikkan ilmu yang telah diturunkan kepada kami sehabis baik..
kami puas hati walau kami tak menang ..
kami tak menang di hati juri tapi kami menang di hati para penonton yang hadir..
sorakan yang padu dan kuat semasa kami melintasi para penonton..
allahu..
feeling tu kan tak tau nak cakap macam mana..
sebak, nak nangis pon ada.. terujaa pon ada sebab kami bawak semangat para frontliners covid19 yang berjuang untuk negeri selangor khususnya..

moment yang terindah kot..
tema pahlawan melayu.
tapi kami bawa semangat pahlawan untuk memerangi zaman pendamik covid19..
kalaulah kami pakai full set ppe tu kan.. tak tahulah macam mana sambutan dari orang awam..
well .. 

tahniah untuk team kontinjen Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang sangat komited untuk perarakan kali ni.. puass hatii...
terima kasih jugak buat urusetia kami yang handle 41 perangai sepanjang tempoh 2 minggu dengan kami..
dan juga terima kasih tak terhingga buat kedua-dua jurulatih bomba kami yang sanggup luangkan masa dan tenaga untuk mengajar kami dari mula smpai akhir.. sampaiii mlm ambang pon masih ada dengan kami.. 

terima kasih untuk pengalaman yang paling berharga ini..
31/8/2022 - SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 65 TAHUN..
semoga kita kekal harmoni dan sejahtera selamanya..

xoxo,
-MrsPuex-

1 Comments

Rodiah Amir said…
Tahniah akak dan team. Semangat tu penting