Skip to main content

“IFTAR DI CONCORDE” 2023 BERSAMA CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Assalamualaikum/Hai, 

“IFTAR DI CONCORDE” 2023 BERSAMA CONCORDE HOTEL SHAH ALAM 

Menjelang Ramadan yang semakin hampir, keluarga dan rakan-rakan menanti untuk menikmati juadah berbuka puasa. Jabatan kulinari Concorde Hotel Shah Alam menyediakan berbagai jenis masakan tradisional Melayu yang menarik di Melting Pot Café dengan tema  tahun ini, IFTAR DI CONCORDE.

Sajian Ramadan ini bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023. Sebanyak 4 jenis menu yang berbeza, dengan 90 hidangan lauk pauk yang menyelerakan menanti semua tetamu.

Puan Amilia Alias, Pengarah Jabatan Jualan & Pemasaran berkongsi bahawa “tetamu semua boleh meningkatkan selera mereka dengan pembuka selera seperti Kerabu Sotong Suhun Utara, Kerang Hijau Tumis dengan Daun Selasih Thai, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi dan Kambing Panggang Berempah Bawang Putih.

Hotel Concorde Shah Alam terkenal dengan Bubur Lambuk yang akan dihidangkan setiap hari. 3 Bubur Lambuk yang utama ialah Bubur Lambuk Ayam Dara Lada Hitam, Bubur Lambuk Daging Batang Pinang dan Bubur Lambuk Makanan Laut.


Hidangan utama dan menu belanga terdiri daripada Nasi Putih Kukus Pandan Wangi, Nasi Jagung Bergajus, Nasi Briyani Kismis Emas, Nasi Bukhara & Nasi Hujan Panas, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi , Ketam Masak Cili ‘Chef Mong Style’,  Kerang Tumis dengan Cili Kering, Ikan Patin Gulai Tempoyak dan banyak lagi.  

Apa yang istimewa tentang Iftar di Concorde Hotel Shah Alam ialah suasana Bazar Ramadan dengan kegemaran ramai seperti Sup Kambing Mamak, Popia Basah, Roti John Mayonis Bersusu, Murtabak & Roti Jala, Goreng-goreng seperti Keropok Lekur, Pisang, Keledek, Pisang Goreng dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga untuk mereka yang gemar mengakhirinya dengan pencuci mulut yang lazat seperti Agar-Agar Buah Pic,Tart Badam, Aneka Kuih Melayu, Bubur Kacang Hijau, Cendol, Lai Chi Kang, ‘Chocolate Fountain’, Ais Krim dan Perasa, Ais Kacang dan banyak lagi.




Hilangkan dahaga anda dengan minuman seperti , Air Bandung, Air Barli, Air Kembang Semangkuk, Air Sirap Pandan Selasih, Air Tebu, Air Teh Bunga, Nescafe Tarik dan Teh Tarik.

Harga IFTAR DI CONCORDE (26 Mac - 18 April 2023):

Dewasa : RM140.00
Warga Emas : RM108.00
Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM70.00


TAWARAN ISTIMEWA  :
(3 hari pertama (23-25 Mac 2023) dan 3 hari terakhir ramadan (19-21 April 2023))

Dewasa : RM112.00
Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM56.00

*Majlis Tertutup : RM108.00 - Dewasa
Sah daripada minggu kedua ramadhan dan seterusnya.

Sepanjang bulan Ramadan, tetamu boleh berehat dan bersantai dengan selesa di Hotel Concorde Shah Alam dengan kadar harga kamar Deluxe istimewa bermula dari RM 180 bersih setiap bilik setiap malam (bilik penginapan sahaja) atau RM 200 bersih termasuk 2 sahur atau sarapan pagi.

Untuk pertanyaan atau tempahan Ramadan, sila hubungi :

Ramadan Centralized Counter | Lobby Level

T 603 5520 8000 | M 6012 289 8103 E vasanthi@concorde.net

Untuk pertanyaan atau tempahan bilik, sila hubungi :

T 603 5520 8000 | Ext 2500 or 2404 | E reservation-chsa@concorde.net

Website : https://shahalam.concordehotelsresorts.com/
Alamat : 
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor


 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P