“IFTAR DI CONCORDE” 2023 BERSAMA CONCORDE HOTEL SHAH ALAM
Menjelang
Ramadan yang semakin hampir, keluarga dan rakan-rakan menanti untuk menikmati
juadah berbuka puasa. Jabatan kulinari Concorde Hotel Shah Alam menyediakan
berbagai jenis masakan tradisional Melayu yang menarik di Melting Pot Café
dengan tema tahun ini, IFTAR DI
CONCORDE.
Sajian
Ramadan ini bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023. Sebanyak 4 jenis menu
yang berbeza, dengan 90 hidangan lauk pauk yang menyelerakan menanti semua
tetamu.
Puan Amilia Alias, Pengarah Jabatan Jualan & Pemasaran berkongsi bahawa “tetamu semua boleh meningkatkan selera mereka dengan pembuka selera seperti Kerabu Sotong Suhun Utara, Kerang Hijau Tumis dengan Daun Selasih Thai, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi dan Kambing Panggang Berempah Bawang Putih.
Hotel Concorde Shah Alam terkenal dengan Bubur Lambuk yang akan dihidangkan setiap hari. 3 Bubur Lambuk yang utama ialah Bubur Lambuk Ayam Dara Lada Hitam, Bubur Lambuk Daging Batang Pinang dan Bubur Lambuk Makanan Laut.
Hidangan utama dan menu belanga terdiri daripada Nasi Putih Kukus Pandan Wangi, Nasi Jagung Bergajus, Nasi Briyani Kismis Emas, Nasi Bukhara & Nasi Hujan Panas, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi , Ketam Masak Cili ‘Chef Mong Style’, Kerang Tumis dengan Cili Kering, Ikan Patin Gulai Tempoyak dan banyak lagi.
Apa yang istimewa tentang Iftar di Concorde Hotel Shah Alam ialah suasana Bazar Ramadan dengan kegemaran ramai seperti Sup Kambing Mamak, Popia Basah, Roti John Mayonis Bersusu, Murtabak & Roti Jala, Goreng-goreng seperti Keropok Lekur, Pisang, Keledek, Pisang Goreng dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan juga untuk mereka yang gemar mengakhirinya dengan pencuci mulut yang lazat seperti Agar-Agar Buah Pic,Tart Badam, Aneka Kuih Melayu, Bubur Kacang Hijau, Cendol, Lai Chi Kang, ‘Chocolate Fountain’, Ais Krim dan Perasa, Ais Kacang dan banyak lagi.
Hilangkan dahaga anda dengan minuman seperti , Air Bandung, Air Barli, Air Kembang Semangkuk, Air Sirap Pandan Selasih, Air Tebu, Air Teh Bunga, Nescafe Tarik dan Teh Tarik.
Harga IFTAR DI CONCORDE (26 Mac - 18 April 2023):
TAWARAN ISTIMEWA :
(3 hari pertama (23-25 Mac 2023) dan 3 hari terakhir ramadan (19-21 April 2023))
*Majlis Tertutup : RM108.00 - Dewasa
Sah daripada minggu kedua ramadhan dan seterusnya.
Sepanjang bulan Ramadan, tetamu boleh berehat dan bersantai dengan selesa di Hotel Concorde Shah Alam dengan kadar harga kamar Deluxe istimewa bermula dari RM 180 bersih setiap bilik setiap malam (bilik penginapan sahaja) atau RM 200 bersih termasuk 2 sahur atau sarapan pagi.
Untuk pertanyaan atau tempahan Ramadan, sila hubungi :
Ramadan Centralized Counter | Lobby Level
T 603 5520 8000 | M 6012 289 8103 E vasanthi@concorde.net
Untuk pertanyaan atau tempahan bilik, sila hubungi :
T 603 5520 8000 | Ext 2500 or 2404 | E reservation-chsa@concorde.net
Website : https://shahalam.concordehotelsresorts.com/
Alamat :
0 Comments