Skip to main content

Posts

Happy Two Years Old Qaiz!

Assalamualaikum/Hai, 30062018-30062020. twice the giggles. double the fun. Happy TWO years old Muhammad Aidiel Qaiz bin Mohd Azahari a.k.a cekodok mama a.k.a baby paling eksklusif kata papa.. 😝 😝 doa Mama, Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati. 2 tahun lepas, time sekarang mama tgh pewai lagi terbaring hina atas katil hospital 10 jam lepas (lahir jam 12.30am) bersalinkan awak while darah masih non-stop keluar mcm air paip. pengalaman bersalin paling epik dalam hidup mama..fuhhhh..ngeri kalau kenang balik..hahahha.. nikmat yang Allah bagi. penghapus dosa mama. fresh from oven mama, my new addition. one-day-old baby 1 years old the latest : officially 2 years old  again, happy happy birthday. we love u sayang. papa,mama,kakak,abam  -MrsPuex-

His First day at school after almost 5 month stay at home

Assalamualaikum/Hai, 29.6.2020 pagi tadi. dah ready hensem hensem bersiap awal dari mama.dia x tau yang dia kena pegi skool today. tu muka bangga dapat ikut mama naik kete. sampai skool je, paham paham laaa kan macam mana meraung dia.. lamaaaa kot homeschooling kt umah.. mama masuk kete cecepat terus bergenang air mata.. dada berat.. hmmmmm.. nak cuti tanpa gaji setahunnn boleh takkkkk... mama is stress . x sabar nak balik ni.. lambat plakkk jam berpusing harini.. rasa nak tolong pusingkan jarum jam je haa.. tssskkkkk... # mythirdborn # aidielqaiz  -MrsPuex-

KENANGAN RAYA 2020- RAYA MUSIM COVID-19

Assalamualaikum/Hai, 24.5.2020. Raya 2020. raya style paling rare. raya musim covid-19. dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan. Tiada solat raya berjemaah di masjid. Tiada raya rentas negeri. tiada kunjung mengunjung sanak saudara. hanya ahli keluarga terdekat. hanya 20 orang sahaja sekali berkumpul. kalau tak, kena saman. Pertama kali dalam sejarah, aku beraya kat shah alam. Tak boleh balik PD. Boleh rentas daerah je. Boleh raya kat cheras baru sebab masih dalam daerah yang sama. lembah klang. yeaaahhh.. dalam hati, kalaulah abah mak masih ada, mesti happening semua balik beraya kat ceras baru.. dalam hati je la cakap. realitinya,hhhmmmm.. Alhamdulillah masih dapat berkumpul beraya adik beradik di hari raya pertama. Inilah untungnya bila adik beradik duduk dekat dekat.. hehehe.. cuma, dah balik ceras baru tapi tak dapat nak ziarah rumah baru mak abah. semua tanah perkuburan DITUTUP. makcik pakcik belah abah dan mak pon dalam daerah yang sama jugak tapi ka...

ADA TAK YANG NAK EMAS PERCUMA?

Assalamualaikum/Hai, Alahh membeli, boleh menang emas! mana tau rezeki terpijak dapat bawak balik emas kan kan kann.. macam mana caranya? senangg je gais.. ADA TAK YANG NAK EMAS PERCUMA? Untuk dapatkan emas ini, korang hanya perlu lakukan 3 LANGKAH MUDAH ini : LANGKAH 1 : Beli minimum 1 produk dari website e-commerce kami di  https://cmasa.my/  . Tak kisah produk apa sekalipun yang korang beli, korang layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini. LANGKAH 2 : Sila simpan resit pembelian online daripada website e-commerce cmasa.my tersebut, dan SILA PRIVATE MESSAGE kami di FB Page rasmi kami di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian sebagai pengesahan. LANGKAH 3 : Selepas anda menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti sendiri...

sejenis kegigihan buat sekut raya sendiri

Assalamualaikum/Hai, salam 30 ramadhan. sekejap je dah hujung ramadan. rasa tak puas lagi nak beribadah dalam bulan ramadhan. tahun ni memang berbeza. new normal sempena wabak covid19. turns 360°. but its ok. percaya pada ketentuanNya. percaya pada hikmahNya. cerita new normal covid19 ni nnti aku bukak entry lain ye..hehehe.. oklah..sebenarnya nak share hasil sekut raya 2020 aku. semua homemade..ada yang ikut resepi buku lejen mak, ada yang sedut dari google. ni koleksi homemade sekut raya by mrspuex.. simpan sini utk kenangan.. sejenis kegigihan jugak kauu yee...😝😝😝 ✔️ cornflakes madu ✔️ sekut cornflakes ✔️ choc chip ala femes emes ✔️ popiah nestum ✔️ semperit susu dahlia empat bahan ✔️ crunchy choc almond popiah nestum cornflakes madu semperit susu dahlia empat bahan choc chip ala femes emes crunchy choc almond biskut cornflakes waiting list : ⭐ sekut mazola resepi mak. kalau sempat aku buat. harini penuh dah jadual. ...

COLESLAW HOMEMADE ALA KFC

Assalamualaikum/Hai, salam ramadan 16. harini cadangnya nak berbuka dengan menu ala western. soo mula mula kita buat coleslaw dulu.. aku nak share resepi homemade buat coleslaw ala kfc . resepi paling mudah. yang susah susah aku pon tak nak share.. sebab menyusahkan.baiklah korang pegi beli kt kfc tu terus..hahahha.. bahan-bahan : kobis putih secukupnya carrot 1 biji atau secukupnya lada hitam secukupnya garam secukupnya gula secukupnya mayonis secukupnya. *lemon sikit - yang ini option. nak letak boleh, xnak letak pon ok..aku takde lemon so aku tak letak utk resepi kali ni. secukupnya tu korang agak agak ikut sedap anak tekak ye.. nak byk mayonis, boh la 4-5 sudu.. jgn risau, gerenti jadik punya.. cara - cara : kobis dan carrot potong dadu. satukan dalam bekas. satukan semua bahan tadi. gaul sebati. siappp coleslaw ala KFC! simpan bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais utk disejukkan. nak makan terus pon ok je. tidak berdosa..ehh...

TIPS RUMAH KEKAL WANGI

Assalamualaikum/Hai,  TIPS RUMAH KEKAL WANGI gambar hiasan. Jom wangikan rumah...sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai2. Good luck you all and good l uck to me.. 1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot  Bahan-Bahan: 1 penutup pelembut fabrik 10 cawan air Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum 2. Kilatkan Lantai Rumah  Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang. Bahan-Bahan: 1 penutup pencuci lantai Cuka Air panas Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba! 3.Wangikan...