Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Monday, October 27, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Friday, October 24, 2014

Bila Mak-Mak Main Badminton

Assalamualaikum..

Plan yang tak dirancang..
Memula tu ternampak kat fb adik ipar, die menang main badminton..
terus tangan gatal cakap , kalau berani jomlah bet..
lawan secara bereguu..

Dorang terus ok set..
Aku pon haa?? halamakk.. reket takde, kasut tinggal opis..
tanya incik suami,, acane nak lawan..saya mane ada reket, kasut plak ada kt opis sebab memang stanby utk senamrobik kt opis tu..

terus incik suami cakap.. jom gi beli reket..
bila dah banker cakap cenggitu, kite pon ON la..siap anak-anak trus tuju ke tesco..
orang boikot tesco, aku tak pikir tempat lain dah..trus terjah je..hhahhaa..lantokk..
tapi mekdi masih tak makan lagi..























Semua baru..hahahaha.. tapi sedey x de PURPLE design..
pastu kene sound ngn adik ipar, semua baru, kalau kalah maluu...
cettt..gua apedehal..selamber jek..tengok laa korang nanti..sayurr jadiknya..hihihi..berlagak tak aku?

Tiba hari yang dinanti..
kami dari shah alam terus shoot ke ampang..singgah dulu kat umah adik then baru konvoi sesama..
kitorg tak tau tempat..kang pegi sendiri menonong kang terus sesat..
kite kan orang shah alam...hahahaha..
Lokasi sasaran adalah di  Enrich Fitness Challenger Sport Ampang.

























Orang lelaki warming up, kitorang selpi dulu..hehhee..
kitorang dah warming up masa bertungkus lumus siapkan anak anak..tak gitu dikk??
hehehe..
tunggu turn main je..

 
memula nak main beregu..tapi memandangkan tak de sape jaga budak-budak kat atas ni ha, maka lelaki lawan lelaki, perempuan lawan perempuan sajee.. adrenaline budak-budak masa ni membuak2.. maklumlah pestime bawak ke padang court..so keterujaan dorang adalah tahap to the max!
lagi satu perkara yang penting adalah MAKANAN! .. cara nak diam adalah sogokkan dengan MAKANAN..heheee..
 
























Bila orang lelaki main..
amboi boi boii.. senang lenang jek dorang main.. tanpa GANGGUAN..
aman dan damaii...

Tapi bila mak-mak yang masuk padang court, cer ko tengok!
penuh dah court tu..!
tarik napas, hembus kat idung ke mulut ke pon tak sedor dah..
risau jeeee bulu tangkis bertukar kepada orang..
kasi up gambar banyak sikitt utk korang tgk betapa stressnye mak mak main badminton..



























layankan ajek kerenah anak anak nih..
kompom tak kluar peluh diknon oi..
tapi tangan terasa gak la lenguh lenguh..

Ape ape pon, we had soo much fun when we get together..

last but not least ,
aku lawan ngan abah..hahaha..
tercungap dia sebab keje die jek nak amek bulu tangkis tuh..
dah aku asik pas over ke dia..
sori abah..kasi abah bersenam untuk kesihatan..
ngehh ngehh ngehhh..


 









































Selesai main badminton,
balik KCB, terus carbo loading kaww kaww..
Acaner, mak masak sedap dap dap..

 
Yours Truly ;P

Viral Mangga Asamboi

Assalamualaikum..

Kat FB skang ni semua dok shout resepi mangga asamboi ni tapi belom pernah tengok orang selpi sambil makan mangga asamboi ..mungkin sebab muka rasa tak senonoh bila bende masam masuk mulut kot..hehehe... aku agaknye je..

Kebetulan semalam opismate sodokahkan mangga muda kaw kaw kat aku..
Tenung gambar sambil airliur menjejes dah nih..kekekeee.. tu belum buat jeruk lagi ..






















Total ada dalam 6 biji mangga muda..

Maka on the way balik keje terus singgah mymydin kat bukit jelutong untuk beli bebahan nak buat mangga asamboi ni..beli asam boi jek pon..

Sekali kawwww rase??








































Licinnn..ya pe deqqq!!
Fenomena sangat nihh..
Terkulat kulat aku mikio kat mane nak cari asam boi..tak penah terpikir dek akal tetibe asam boi dah sold out..

Last-last cari kat kedai runcit letchu kat area umah aku jekk..
Nasib baik ada..
sepeket rm 0.50.. aku beli 5 peket.. total RM2.50
























Bebahan :
1. mangga muda (any types janji masam)
2. Asam boi (kuantiti mengikut citarasa anda) *aku punye 5 peket
3. gula (sukatan mengikut citarasa kemanisan anda. aku taruk 5 sudu merah nun)
4. Garam secubit untuk tambah lemak masin.
5. Cili Api (4-5 biji ) *Tiada dalam gambar. ini optional. aku tak de list no 5 nih..

Resepi ni aku derhakakan sikit.. tak taruk cili api..
Alasan, untuk kudap kudap bersama anak-anak..
kang letak cili api, aku jek la yang makan.. pastu aku sorang jek la yang memerut ke toilet..
tanak tanak..

Total kos adalah rm 2.50 sahaja. tu pon untuk asamboi..
mangga muda free jek aku buat jeruk, kalau nak beli, bek aku beli mangga manehh.. tak koser nak buat jeruk dengan harga mangga yang mahaii kebeno..heheeee..

Sekarang ni pon ada orang jual. sebekas rm15-rm 20 kot..

Caranya :

Potong mangga seperti di gambar.



Gaulkan semua bebahan sampai sebati.
Siapp!!
Masukkan dalam bekas untuk disejukkan dalam peti ais..
sejuk sejuk makan memang powerrr..
besok pagi dah boleh makan sambil ngadap tivi..
ohsemm!!

terliurr sudahh..
*resepi ni khas untuk menggemar benda benda masam..
yang kurang nak masam tu harap tengok jek la..
hehehee..

**Sape lagi nak sodokahkan mangga muda kat aku?? sila pm..hehehe..**
Selamat mencuba !
Yours Truly ;P

Tuesday, October 21, 2014

Support Gaza Shawl

Assalamualaikum..

Teringin nak ada sebijik shawl gaza..tapi tak reti nak jait padahal incik suami terer jait tp buat buat sombong ngn dia..

Kesimpulannya..membeli lah kite..rasekann..

Lepas ni teringin nak sedondon outfit tema sapot gaza 1 family..pelan pelan kayuh..naa..

Dapat shawl seketol ni dah alhamdulillah dah..

Nak jugak? Sila visit ig @masturarara

Balik balik trus paksa rela model aku ni pkai shawl..beliau pon cam biasa menurut perintah..hahaha..
And today maknye plak melawa ngn shawl ni..
Ternyata maknye lg comel dari anaknye..hahaha...
Panggg nakk??

Monday, October 20, 2014

Sejarah Kota A Famosa Melaka

Assalamualaikum..
Ok, ni last aku up pasal melaka ni..
Before nak balik KL, sempat singgah ke Kota A Famosa.
rasa seronok plak pegi time tengah hari, time orang pegi keje..
tak ramai orang dan mak sukaa moment cenggini..
 
Dulu dah penah datang sini dah..masa kekecik sekali, masa bujang sekali, masa anak sorang pon dah sekali..
kali ni datang sendiri.. tu pon sebab ada kursus..
 


 Sejarah Kota A Famosa

Sewaktu zaman kegemilangannya, kota empat segi ini mempunyai 8 menara kawalan setinggi bangunanan 4 tingkat, 70 meriam yang dihala ke seluruh arah serta dikawal oleh 80 pengawal sepoi yang lengkap bersenjata.
Kota tebal ini juga menempatkan beberapa bangunan untuk kediaman kapten Portugis, stok menyimpan senjata dan makanan selain dari tempat kediaman pengawal dan kuda perang.
Kekuatan kota ini terbukti apabila Portugis berjaya menahan serangan berterusan dari Belanda, Johor dan Acheh selama 130 tahun. Kota ini hanya jatuh setelah Belanda dan Johor bersatu mengepungnya dari laut dan darat selama 7 bulan.

Kejatuhan A Famosa

Sewaktu kepungan dibuat selama lebih setengah tahun, dikatakan lebih 7,000 orang di dalam kota mati akibat kecederaan dan kebuluran. Dikatakan sesetengah mereka terpaksa makan apa sahaja — dari kucing dan anjing kepada bayi kecil.
Kota ini akhirnya jatuh kepada gabungan Belanda-Johor pada awal tahun 1961.
Pada tahun 1795, tanah jajahan Belanda di Asia telah diserahkan kepada pentadbiran Inggeris untuk sementara. Bimbang ia akan dijadikan kubu kuat oleh Belanda apabila ia diserah semula kelak, Inggeris bertindak memusnahkan sebahagian besar kota ini pada tahun 1806.

Kota A Famosa Sekarang

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul. Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa.
Jika anda mendaki bukit hingga ke puncak, anda akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda.
Kini penutup-penutup kubur ini telah di alih dari lantai ke dinding kota.
Terdapat juga patung St. Francis Xavier, iaitu mubaligh Kristian yang bertanggungjawab menyebarkan Kristian ke Asia Tenggara di tepi gereja ini.

Harga Tiket

Masuk Percuma

info : http://www.jomjalan.com.my/listings/kota-a-famosa/

Matahari tengah panas terik uols..
tp best sebab gambar sume cerahh membuatkan ai pon cerah jugak..hahaha..
yang tak best, aku tak dapat nak naik kat atas nun..masa adalah limited..
maka, berada di pintu pon jagikklaahh untuk kenangan yang aku dah jejak Kota A Famosa ni..


pintu antik kat dalam bangunan ni

yee.. acah acah nak fire orang..
salah satu meriam asal yang dikekalkan di Kota A Famosa ni..

view dari jarak jauh..

Sekian, sedikit sejarah berkaitan Kota A Famosa untuk tatapan anda..
nak lebih info, sila google ya..

last but not least,
marilah kita pulang ke pangkal jalan..
tengok, lengang gile jalan tu ok..
betapa heavennya datang time tak ramai orang..

Yours Truly ;P

Sunday, October 19, 2014

Resepi :: Serawa Kuinin

Assalamualaikum..

By the time aku nak up entry ni, jam almost to 1am in the morning..sume dah selamat malam dah..tinggal hakak ni yang terkontang kanting sensorang..

Maka, marilah mencuba resepi untuk desert yang mudah lagi simple ni..

Semalam incik suami beli kuinin..
Pastu siang tadi kopek la 2 biji utk dingap ngap..

Sekali dapat wasap kasih sayang dari incik suami soh bukak link resepi serawa kuinin.. Dahku ?? Whatt?? Kuinin buat serawa? Biasa kuinin ni aku buat mcm smbal belacan tu..mmg meletop top top la kalau makan ngn nasi panas tambah ikan goreng panass..walllaaaa cakap ko..

Serawa yang biasa makan adalah serawa durian a.k.a lepok durian (durian dimasak bersama santan+daun pandan pastu cicah ngn roti)

Pestime nak terai..pestime jugak nak makan..aku ni jenis belasah jek even tak penah makan..amek pengalaman..kalau sedap kite repet..kalau tak berapa nak in dgn tekak, maka sekian terima kasih sajelah..gitu.

Bila bukak link resepi sekali..alahai..cincai jek resepi..sap sap soii habaq hang..cewahhh..berlagak lagi tu..

Seperti biasa, resepi bergambar..heee..

Bahan-bahan :
Buah kuinin secukupnya
Sekotak santan (sebungkus santan segar lagi sedap dan fresh.kat umah aku ada santan kotak saje)
Garam secukup rasa
Gula 3-4 sudu mengikut tahap keperluan kemanisan anda
Basuh kuinin, kopek kulit dan potongkan kecik kecik supaya tak tercekik ketika makan
Masak santan atas dapur sehingga mendidih.
Masukkan gula dan garam
nak wangi msukkan daun pandan..
Resepi asal tak perlu masak tp aku derhaka skit..masakkan santan tu Sebab guna santan kotak..takut sakit perut plak..
If korang pkai santan fresh, tak masak pon takpe..
tunggu santan suam suam then baru Satukan buah kuinin bersama santan tadi..
Nak makan baru satukan ye..
Baru ummphh..
Nak sejuk sejuk boleh tabur ais ketul..
Memang wallaaaaa...

Aku 1st time makan dan ianya sedap dap dap..
Incik suami pon kata nanti boleh buat lagi..
Heheee...

Selamat mencuba!

Friday, October 17, 2014

Melaka River Cruise

Assalamualaikum..

Sambil berkursus, sambil bercruise gituu..
Hahahaa.. ayat memang nak kene penampau ngn bos..

Sebenarnya ada free session malam kedua. Penceramah yang dijadualkan untuk bagi ceramah malam tu terpaksa memendekkan sesi beliau di petang hari disebabkan oleh masalah yang tak dapat dielakkan. maka, plan B adalah bercruise la kite .. peserta yang lain, membawak diri menikmati suasana malam di Melaka.. sukalahh dorang tuhh.. Janji esok pagi muka memasing ada masa meeting. aku kan urus setia yang baikkklahh sangat..hahaha..bos pon baik jugak tau.. kalau tak, harapan jek la nak nek cruise ni dik non oi..

Mari aku bercerita dengan gambar.. maaf, kualiti gamba kureeng memuaskan. bawak kemera opis, setting pulak kelaut.. hasil pon bolehhh laaa... campur pulak ngn kamera hp..lagi hancus memalam..

haishhh.. gajet lom cukup power lgi nih..

bukti aku dah sampai sini..

Harga tiket ni aku beli siap siap kat hotel Seri Costa, Melaka.
Diskaun dapat RM10.00 adult.
kalau beli kat jeti aku rasa lagi mahal skit kot..
hotel hotel lain aku tak sure ada bagi diskaun ke idok..harap maklong..

our lady driver of the night..kagum kagum kitorang.. siap boleh u turn tanpa langgar tepi tepi tuh..
Pengalaman sangat die nih..
pastu mesti dah lali ngn bau hanyir sungai ni..
heee..sesape yang tak tahan sila bawak mask sendiri ye..
aku kan kental, sedut jekk bau harruummm tuh..kekekeee.. apedehal!!

Hard Rock Cafe

Restoran Cheng Ho


Dutch Harbour Cafe

Perumahan di kampung Morten
 
Comel betul rumah orang portugis ni..
Perkampungan orang portugis di Melaka..
Cantek sangat senibina rumah ..
Ohhsemm!!
Art wall..





Air Panjut Berirama
Kincir angin yang asal sejak zaman dulu dulu..
simpan sebagai khazanah sejarah negara.

Tuan belog sedang kekaguman tengok pemandangan yang bersejarah nih..i likeee!!
Sedikit Video dari my instagram @znooraini alau rajin boleh folo me..heee..
 
 
 


Memuatkan
#melaka #river #cruise #instavid


Sepanjang dalam bot tu, ada penerangan secara ringkas asal usul melaka oleh radio dalam bot tuh..
layann dengar suara ahmad tarmimi ..
 
 
 
 
Link-link yang berkaitan :
 
 


Menara Taming Sari, Melaka

Assalamualaikum..

Sambungan dari entry INI

Tempat Pertama yang sempat ku terjah..

Menara Taming Sari.

Mengambil masa dalam 10 minit berjalan kaki untuk sampai.
Sesapa yang jenis jalan laju tu 5 minit dah terpacak dah pon..

Jimat takk?? tak yah bawak keta, tak yah susah susah pikir mane nak parking..
Lagi 1, berjalan adalah untuk kesihatan..heee..

kejap lagi aku akan ada kt tempat bulat atas nun..
gayat?? alaa tak lah teruk gayatnyee..
funn apee..
dapat tengok 1 melaka dengan sekali harung..

Tiket bersama goodies bag (akan diberikan bila kita beli tiket kat kaunter)
dalam goodies tu ada air kotak dan beberapa keping poskad melaka

harga di kaunter tiket.
untuk makluman, kalau uols menginap di hotel seri costa, uols boleh beli tiket dengan harga yang murah kat di kaunter hotel seri costa tu....
rm10.00 instead of rm20.00 untuk dewasa..
jimat takk??

pintu masuk.

Mahkota Parade dan Melaka Mall..

Hotel Seri Costa (bangunan kaler cekelat sikit mengadap loji tuh..hee)


Kapal Samudera dan laluan ke River Cruise (Khemah Putih belah kanan kapal)

Menikmati Pemandangan

Keterujaan melampau..hahaha..

Dah selamat turun..
masa untuk pulang..huhuhu...
tak puass..duration dalam 10-15 minit je..

view dari my instavideo :

 

Memuatkan
#menaratamingsari #melaka #instavid



Link yang berkaitan :

http://mrspuex.blogspot.com/2014/10/3-hari-di-hotel-seri-costa-melaka.html


 Sekian, Selamat Bercuti!

Yours Truly ;P