Skip to main content

Posts

Salam 2 Syawal 1442H

Assalamualaikum/Hai, Salam 2 Syawal 1442H. tema : navy blue (baju raya tahun lepas je) lokasi : diy mini extreme park tepi umah jiran lorong depan 😜.  alhamdulillah dapat merasa suasana dalam 'hutan'. hilang rindu bau hutan. kreatif betul jiran kitorang ni..😊😊 last but not least, gambar kekanak rebina tuan belog..hehehe.. #wecreatehappiness  #rayapkp2021  #covid19  #stayhomestaysafe  -MrsPuex-

Salam 1Syawal 1442H

Assalamualaikum/Hai,  simpan sini sebagai kenangan. Salam 1 Syawal 1442H bersamaan 13 Mei 2021 Mohon Maaf Zahir dan Batin. tema : peach lokasi : kebun tepi rumah ajee😜 raya time pkp 3.0 tidak dibenarkan ziarah menziarahi. duduk rumah diam diam. sibling love. harta dunia akhirat. alhamdulillah 1st raya went well with new norma. tema songket berlainan warna. konon nak ootd kat umah mak abah mcm tahun lepas. tapi apekan daya. patuh sop. tahan nafsu nak merayap seludup beraya ke rumah saudara mara dan jiran tetangga. korang pon duduk rumah diam diam ok. bantu KKM untuk putuskan rantaian covid19.. kalau bukan kita yang bertindak, siapa lagi kan?? sayang malaysia takk?? moga gelombang covid cepat lenyap dari bumi Allah. #rayapkp2021 #siblinglove❤️ #covid19 #wecreatehappiness  #covid19  #raya2021  -MrsPuex-

‘CAPTURE INFINITY’ RAYA INI DENGAN TELEFON PINTAR PERTAMA REALME DENGAN 108MP KAMERA & PENGECASAN PANTAS 50W

Assalamualaikum/Hai,  realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan produk heronya tahun ini - realme 8 Pro. Ini adalah peranti realme pertama yang menampilkan Kamera Ultra Quad 108MP, iaitu megapiksel tertinggi yang terdapat dalam industri telefon pintar semasa. Peminat fotografi dan videografi akan dapat merakam momen-momen yang luar biasa tanpa batasan dengan realme 8 Pro, terutamanya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Selain itu, peminat yang membuat pra-pesanan peranti semasa kempen 'Raya Syokmo dengan 8 Pro' bermula 22 hingga 30 April dan mengambil pesanan realme 8 Pro pada 1 Mei akan mendapat kotak hadiah pra-pesanan dan tambahan 1 tahun jaminan. Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang peranti AIoT realme sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu sejumlah 352 hadiah termasuklah realme Smart TV 43 ", realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale. "Sebagai jenama Dare to Leap, kami dengan bangga memperkenalkan...

MULAKAN LANGKAH ANDA SEKARANG DENGAN PROGRAM EDISI KHAS NAK MULA BERNIAGA 2021

Assalamualaikum/Hai,  Zaman Era Digitalisasi ni rugi kalau kita tak rebut peluang. peluang apa? peluang yang betul untuk cukupkan ilmu kalau nak berjaya dalam berniaga. Sejak kebelakangan ini, memang ramai yang memilih peluang untuk berniaga secara online untuk tingkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga. Antara kebaikan perniagaan secara online ialah mudah dimulakan dan dijalankan dengan kos yang rendah. Sebab apa? sebab kos sewa kedai dapat dikurangkan berbanding dengak kos perniagaan konvensional.  RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini. Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan ban...

PERTAMA KALI SAMBUT RAMADHAN TANPA PUTERI SULUNG DI SISI.

Assalamualaikum/Hai, Tahun ni sambut Ramadhan 1442H tanpa puteri sulung di sisi. Takde orang kuat tolong mama kat dapur. Takde orang kuat nak bagi cadangan menu apa yang nak kena masak. Harini dah Ramadhan yang Keempat. Puteri Sulong sambut puasa tanpa mama papa dan adik adik. Terasa wei kekurangan. Moga yang baik-baik sahaja untuk puteri sulung aku kat asrama sana.. Maknya menghitung hari nak pegi amek dia kat asrama nak sambut saki baki bulan ramadhan bersama-sama.  Anak tak homesick maknya yang terlebih 'anaksick' hahahaha.. Layan jelah gambar-gambar trobekk untuk hilangkan rindu. Hari ni last Orientasi untuk pelajar baru. Minggu depan baru start sesi pembelajaran yang sebenar.  Moga Allah jagakan puteri sulung bidadari mama ni di sana. Moga ditenangkan hati, dilapangkan dada dalam menuntut ilmu. Moga anak mama kuat macam mama jugak ok!. hehehe..  -MrsPuex-

AIREEN DAH MASUK ASRAMA!

Assalamualaikum/Hai,  Betul orang cakap, rezeki tak salah alamat. Rezeki anakanda sulung kami, Nur Aireen Qaisara dapat tawaran kemasukan ke tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Dalam selangor je tapi jauhhhhhnyaaa la haiiii...100km dari umah.. UPSR 2020 - dibatalkan. yang ada ujian PKSK untuk kemasukan tingkatan 1 ke SBP. dan, aireen lulus. betul betul rezeki dia..  exam MRSM aritu dia kecundang. Tarikh keramat 6/4/2021. bermulalah episod baru kehidupan dia . jauh dari keluarga. jauh dari adik adik. demi menuntut ilmu. ilmu dunia dan akhirat. Ilmu Tauhid dan Feqah. mama papa sendiri tak mampu nak cukupkan ilmu dunia dan akhirat untuk kakak.  so dengan peluang yang ada, silalah grab!  Takpe kakak, mama papa dengan berlapang hati berlapang dada hantar kakak ke asrama di usia yang muda. mama papa nak kakak tempoh alam remaja dengan penuh keberkatan, penuh ilmu agama dan pandai berdikari untuk masa depan. dunia sekarang penuh panca roba ok! ...

Salam Ramadhan 1442 H

Assalamualaikum/Hai,  13/4/2021 bersamaan 1 Ramadhan 1442 H. Dengan rendah hati, saya mohon maaf untuk setiap kekhilafan, keterlanjuran, kekasaran dan apa sahaja yang mungkin tanpa sedar meninggalkan ketidaksenangan di hati kawan-kawan alam maya saya. Mohon maafkan semua yang buruk dari saya. Semoga Allah terima amal ibadah kita dan semoga Allah berikn kesihatan yg baik buat kita semua utk melaksanakan ibadah puasa.. in shaa Allah. Yang Masih Berdosa,  -MrsPuex-