Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Blogger Movie Day Out Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Assalamualaikum/Hai, Semalam (23/11/2016) berpeluang hadir ke sesi pratonton Filem Animasi Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng! bertempat di ioi City Mall Putrajaya. gigihhhh dari shah alam lajuu lajuuu ke sana demimu wahai upin ipin.. terima kasih tidak terhingga kepada Team Denaihati kerana memberi peluang untuk  menonton filem Upin & Ipin satu hari lebih awal dari semua orang... suka suka sukaa..  lain kali jemputlah lagi..ewaahhhhh... alhamdulillah sangat puas hati. jalan cerita yang santai, pelakon yang ohsem..pendek kata memang mantopp laa.. cukup rasa. ada kelakar, gembira, sedih sampai yang mak mak pon boleh menitikkan airmata tauuu.. memang sesuai sangat ditonton untuk seisi keluarga. sebab ape aku cakap bestt?? sebab anak bujang yang selalunya mentidurkan diri dalam wayang, amazingly malam tadi segar bugar dari awal tayangan sampailah ke hujung tayangan. semangat lain macam kot sebab datang pon pkai baju upin ipin padahal tu tshirt tido..hahah...

Jamuan Akhir Tahun Sekolah Aireen

Assalamualaikum/Hai, Jamuan akhir tahun (18/11/2016). Sebenarnya, Dah seminggu memikirkan menu untuk di gadisku nak bawak ke sekolah sempena jamuan akhir tahun. kejap nak buat mee goreng, kejap nak order bronis je, kejap nak buat nasi goreng..adoiiii.. sampai semlm x tau nak buat ape.. penyudahnya lepas magrib semalam baru tingggg!!! idea datang. sandwich tolo je laa.. bebahan pon mudah je.. yang penting tak gunakan minyak masak.. hahahahaaa... dasar mak kau dekuttt.. sandwich tolo kotak hatiku untukmu anakandaku.. ambooiii tajuk kemainnn.. gigih mak kau bangun jam 530 pagi semata untuk prepare menu ni tauuuu.. sebahagian menu lain (dapat kat grup wasap pagi tadi ): seronokkk tengok makanan. lapaa pulak tetibe (padahal dah telan sandwich tolo berketul2 pagi tadi) hahahaa.. pendidik aireen, teacher hairani dan cikgu (tak tau nama)hahahaa.. semoga jamuan berjalan dengan lancar. kids happy, parents pon happy. Tahun depan gadis...

Tiada masa untuk kemas rumah? MaidEasy kan ada.

Assalamualaikum/Hai, Seronok rasanya kalau persekitaran dalam dan luaran rumah kita kemas teratur sepanjang masa setiap hari. tapi kan, tapi kan.. itu hanyalah mimpi indah kalau kita ada maid sepanjang masa kat rumah. kalau kita ni mak mak yang berkerjaya, urusan rumah tangga tu kadang kadang terkehel sana sini. mana nak manage rumah, manage anak, mange suami, manage segala macam hal hal lain la.. kain baju stok seminggu sampai termuntah muntah bakul kain tu ha.. nak mengemop lantai time air tumpah je la..hahahaa... balik keje pon dah senja, pung pang pung pang ke dapur nak siapkan dinner. kalau rajin sikit, kalau rajin yee.. kemas kemas la sapu sapu sampah sikit.. kalau malas datang last last malam terus kecungdang kepenatan. weekend pulak, adeee je hal luar yang kene buat. kadang tu balik kampung cheras baru/ balik port dickson. nampak tak, bila masa kita nak kemass rumah sekemas-kemasnya.. memang idola semua mak mak laa nak rumah sentiasa susun atur dan rapi. sampai ...

Giselle Yeong - Jatuh Cinta Dengan Tarian India Klasik

Assalamualaikum/Hai, Masih tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada kenalan-kenalan saya yang beragama Hindu.  Bercakap tentang Hari Deepavali ni, saya nak kongsikan sesuatu yang best untuk pembaca saya semua. Kebiasaannya, kalau ada perayaan Deepavali ni, mesti ada tarian-tarian india yang penuh dengan liang lentok yang penuh dengan maksudnya yang tersendiri. kita tengok dorang menari pon dah kusyuk kemain.. ditambah pulak dengan aksesori- aksesori yang penuh di badan penari.. Hari tu saya berkesempatan untuk hadir pertunjukan a ray of unity - Happy Deepavali yang berlangsung di PUBLIKA pada 10 Oktober 2016  sehingga 26 Oktober 2016 yang lepas.  Sepanjang di sana, saya terkesima dengan pertunjukan tarian india klasik Bharatanatyam yang dipersembahkan oleh seorang gadis cilik dari bangsa China - Miss Giselle Yeong. langsung tak kekok bila beliau menari diikuti dengan lagu india klasik. seriously, sangat mempesonakan tau!! ...