Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Puasa Hari Arafah

Assalamualaikum/Hai,  Wukuf : 1 Hari Lagi. InsyaAllah, para jemaah akan dibawa ke Arafah bermula jam 9:00 pagi ini (waktu Saudi) , jam 2 petang Waktu Malaysia secara berperingkat. husband pon dah ada di Mina subuh tadi (waktu saudi), jam 8 pagi waktu Malaysia. Semoga dipermudahkan segala urusan para jemaah haji tahun ni.. Syahdu sangat bila dapat wasap bertalu-talu dari husband jam 12 malam (waktu malaysia) tadi. Ayat-ayat dia tu.. aduhaii.. baca sambil berjujuran air mata..  sama perasaan macam mak abah gi haji tahun 2004 yang lepas.. Allahu akbar.. Ya Allah ampuni dosa kami Ya Allah..permudahkanlah dan terimalah segala ibadah Haji para jemaah Ya Allah..berikanlah kesihatan, kesabaran dan keimanan yg tinggi buat mereka..Ya Allah..semoga suamiku  dan para jemaah lain dpt beribadah dgn tenang.. Allahumma Aaminnn Ya Allah, jagakan dia untukku Ya Allah..  -MrsPuex-

Panggilan Haji 2017

Assalamualaikum/Hai,  Alhamdulillah. Alhamdulilllah. Alhamdulillah. Husband telah diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah tahun ni. Terima kasih tak terhingga kepada Felda Travel kerana memilih husband saya untuk menjadi salah seorang Petugas Haji Felda Travel bagi tahun 2017 untuk membawa para jemaah di bawah agensi Felda Travel. Syukurr... Rezeki di usia muda. Syukurrr.. rezeki 2 kali tahun ni ke Makkah. Umrah di Bulan Januari 2017 Haji di Bulan Ogos 2017. Tiada apa yang dipinta melainkan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan tugas, dipermudahkan segala urusannya di bumi Allah. sorry tak banyak gambar yang sempat di memorikan. mood kita melayan perasaan masa tu.. my small family. may Allah protect us always. masa untuk check in di bilik khas... bismillah.. sedihh giler tapi tak tau la kenapa ayaq mata ni tak mau keluar berjejeran.. sampai husband cakap, awak tak sedih ke saya pergi?? huwaaaaaa... sedihhh giler kot...

Aktiviti Anak Anak Sambut Merdeka

Assalamualaikum/Hai, Sempena hari kemerdekaan yang ke 60 tahun ni, apa azam korang untuk negara tercinta?? apa sumbangan korang untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta?? kalau ada , baguslah.. korang memang anak merdeka. kalau tak ada, selak selak balik buku sejarah atau google tentang kesusahan dan kepayahan atok nenek kita suatu masa dahulu untuk mencari kemerdekaan. untuk memerdekakan diri dan anak bangsa dari penjajah . abah aku seorang askar dan pernah melawan komunis-komunis semata-mata untuk menjaga negara. oklah taknak cerita lebih kang teremosi politik plak.. nak tau cite lebih pegi jumpa abah aku.. kompom 7 hari 7 malam korang akan dengar bagaimana pejuang-pejuang negara mempertahankan negara daripada penjajah luar. aku dah 35 tahun( ni tak tolak umur aku baby la.hahah) dengar abah cerita. nak masuk merdeka mesti dia akan bukak cerita.. alaahhh... tak yah susah susah.. korang tau apa itu KONTRAK SOSIAL?? kalau tahu, baguslah.. kalau tak tau, sil...

Mega Wedding Malaysia 3.0 - Meriahnya Majlis Perkahwinan Secara Beramai-Ramai

Assalamualaikum/Hai,  Hari tu berkesempatan untuk hadir ke Mega Wedding Malaysia pada 12 Ogos yang lepas bertempat di Marina Putrajaya. Pertama kali melihat sendiri perkahwinan beramai-ramai .  Tuan bleog bersama sebahagian dari rakan blogger yang turut hadir sama. Mega Wedding Malaysia 3.0 kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi ‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah, para pengantin dapat menjimat kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya. Majlis Pernikahan beramai-ramai dilaksanakan...

Happy Birthday Husband!

Assalamualaikum/Hai,  Birthday Shoutout! 15081981-15082017 Someone i love was born TODAY! Dear Husband, lets grow old along with me. The best is yet to be! May Allah protect you. May Allah bless you. May the force be with you..hahaa.. Hug & kisses, Ur pwetty wifey with ur cutiest kids in the world! kita saje seperaiskan dia kat opis dia hari ni.. seperais 6 ketul bunga je..  kalau boleh nak bagi 1 ketul je cukup tp xde plak dlm list online tu haa..*kedekkk*hahahaa nak bagi cekelat nnti die bedal sorang sorang pulak.. order online pukul 2 pagi tadi sementara teman dia uruskan rombongan pertama jemaah haji dari Felda Travel nak berangkat ke Makkah .. mujur ada kedai bunga online 24 jam kau boleh order.. nak seperaiskan yang tersayang sesenyap dalam tempoh kecederaan? boleh tempah kat sini : www.love.com.my  Once again, Happy Birthday Husband! jom tua bersama!  -Mrs...

Happy 9th Birthday Sayang!

Assalamualaikum/Hai, Birthday shoutout! 11082008 - 11082017 genap usiamu 9 tahun wahai anakku Nur Aireen Qaisara binti Mohd Azahari 9 tahun yang membuatkan mama & papa bertukar tittle.. 9 tahun penuh dengan dunia baru dengan kehadiran buah cinta mama & papa.. Allahu akbar.. indah sungguh ciptaan dariMu Ya Allah.. dikurniakan seorang anak yang cantik, lemah lembut budi bahasa walaupun kekadang tersasar pitching kat adik. seorang anak yang baik dan mendengar kata sebab dia tau mak dia seorang singa kat rumah.. semoga terus berjaya dunia akhirat dan pandai jaga diri. ok lah ..jom recap 9 tahun perubahan seorang Nur Aireen Qaisara. (selagi mampu recap, kita recap)hehehe.. such a beautiful newborn baby. 1 tahun. 2 tahun 3 tahun 4 tahun. celebrate masa mama tgh dalam pantang. 5 tahun. 6 tahun. 7 tahun 8 tahun 2017 - 9 years journey of life. syukurr.. Doa Mama & Papa: Ya Allah.. Jadikanlah anakku seba...