Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Kids Eco Dash Siri Ke-2 Di Taman Eko Rimba Bukit Nenas KL

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia  (KPK) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nenas  di sini hari ini.   Acara ini merupakan satu acara larian kanak-kanak di mana-mana kanak-kanak boleh mengalami  pengalaman larian “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang selamat  dan “educational”.  Sepertimana acara larian yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai  sukarelawan, bukan hanya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin  terlibat dalam acara tersebut malahan bersuai kenal dengan ibubapa yang lain selain membantu  dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada  ibubapa, pengagihan race-kit dan sebagainya. Acara ini mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian  Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pih...

Meriahnya Nivea Care Run di Putrajaya

Assalamualaikum/Hai,  Nivea Care Run Flag-off oleh selebriti Siti Saleha,    Ms Shirley Toh, Sales Director of Beiersdorf Malaysia; Mr Ng Hock Guan, Country Manager of Beiersdorf Malaysia & Singapore and Mr Cheong Wai Lun, Head of Marketing of Beiersdorf Malaysia. Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run pada ahad yang lepas (29 Oktober 2017) yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care , deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia ( PENYAYANG ), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada  rakyat Malaysia yang memerlukannya.  sesi serahan sumbangan bernilai RM20,000.00 kepada wakil PENYAYANG. Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran  N...

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2017 BERTEMAKAN ‘THE SUNRISE, THE GREEN AND THE ECHO WITHIN’

Assalamualaikum/Hai,  Citrawarna@Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun ini dengan tema The Sunrise, The Green and The Echo Within di mana ianya menyaksikan gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakangkan kehijauan hutan hujan tropika dan laut Malaysia yang bersih. Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 telah dianjurkan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu), di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). “Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan – sebagai contoh tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran” YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz,Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bercakap di Sidang Media sempena penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017. Citra...

LOVERA MAGIC JELLY DENGAN PENINGKATAN FORMULA BARU!

Assalamualaikum/Hai, Semua orang impikan kulit sihat dan cantik secara semulajadi. Tapi tak semua orang yang tahu cara yang paling mudah dan senang untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi. Aku yakin macam-macam cara yang korang praktikkan baik dari segi kaedah perubatan dan juga alternatif untuk dapatkan kulit yang lebih berseri-seri. aku pon tak terkecuali jugak. Gigih mencari macam-macam kaedah untuk kekalkan kesihatan kulit. maklumlah faktor usia dan kekangan masa untuk membelek-belek kulit selalu.. MAGIC JELLY DARI LOVERA. Bila aku diperkenalkan dengan Magic Jelly dari Lovera, hati rasa sangat gumbira tak terkata. Bila dah study sepenuhnya Magic Jelly ni, dalam sebotol tu macam-macam kebaikan dan kelebihan yang kita boleh dapat. Jom aku cerita kelebihan untuk sebotol  Magic Jelly . MANFAAT UNTUK KULIT Merawat jerawat dengan berkesan Menghilangkan kulit yang kusam Parut pudar (lama / baru) Pudarkan bintik gelap Menenangk...

Zoo Moo Parti Like Animal Di Dreamworld Playland

Assalamualaikum/Hai, Zoomoo Party like an animal?? yess.. my kids berpeluang menghadiri Zoomoo party yang telah diadakan di Dreamworld Playland cawangan The Starling Mall. Best rupanya zoomoo channel kat astro ni. Banyak pengisian yang bagus untuk minda dan IQ untuk kanak-kanak. Eyh bukan kanak-kanak je suka, mak ayah pon boleh terleka tau bila channel zoomoo ni ON kat rumah. Terlupa dah channel-channel best yang lain. hahahaaa.. APA ITU ZOOMOO? Zoomoo adalah saluran kanak-kanak pertama di dunia yang ditujukan sepenuhnya kepada dunia haiwan. saluran interaktif sepenuhnya ini mempunyai pelbagai jenis puppets, kartun, permainan, muzik, teka-teki dan aktiviti yang direka untuk menghasilkan pengalaman televisyen dan pendidikan yang unik dari penonton yang kebanyakannya adalah dari golongan kanak-kanak. Saluran Zoomo ini telah berjaya dibangunkan dengan menggunakan sepenuhnya teknologi IT untuk membantu kanak-kanak menerokai dunia haiwan, dengan cara yang menghiburkan dan p...

FUN RUN AT KIDS ECO-DASH 2017

Assalamualaikum/Hai,  Kementerian pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) buat julung kalinya menganjurkan acara Kids EcoDash di Taman Botani Negara Shah Alam pada 15 Oktober 2017 (Ahad) yang lepas. Acara ini merupakan satu acara larian kanak-kanak di mana kanak-kanak yang join program ini dapat merasakan pengalaman larian 'Big Race' yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang selamat dan 'educational'. fun run kids eco dash in action! bakal pelari negara satu hari nanti..hehee.. Seperti acara larian yang lain, ibu bapa serta hali keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan, bukan hanya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin malah boleh suai-kenal dengan ibu bapa yang join selain membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibu bapa, pengagihan race-kit dan sebagainya. upacara perasmian dan serta senaman warming up untuk para peserta. Acara ini merupakan progra...