Skip to main content

Posts

Aidiel Qaiz Journey : 1 tahun 2 bulan baru dapat kaki.

Assalamualaikum/Hai, hai hai haiii.. bersiaran lagi kita harini setelah terstop kejap sejak last post tu cerita pasal syampu.. kekekeeee.. harini saja nak borak. nak cerita pasal anak anak je. terutama sekali adik baby. adik baby dah dapat kaki. 1 tahun 2 bulan officially. makin lasak. makin buas. history anak anak mula bertateh : kakak aireen : 9 bulan - lajuuuu dia ni tapi gigi dia selowww nau nak tumbuh.. abang qaid : 1 tahun 2 bulan lebih lebih sikit. adik baby qaiz : 1 tahun 2 bulan lebih jugak. kompom geng dengan abang ni. patutlah ngam semacam je dorang berdua ni. risau gak perkembangan dia semua lewat dari adik beradik yang lain dan kawan-kawan rakan sebaya dia. persaingan hebat dia ni..hahahaha.. tapi takpe as long dia sihat walafiat dah bersyukur dah. bila dapat kaki. nak berjalan sesaje. mama baru nak duduk, dia tarik tangan nak ajak jalan pusing satu umah sampai ke dapur bilik semua. nasib baiklah umah kita ni tak berapa besar tak berapa kecik dik....

Nak Rambut Bebas Kelemumur, Amalkan 3 Cara Mudah ini!

Assalamualaikum/Hai, Masalah rambut Kelemumur ni dah sinonim dengan semua orang. Bila rambut terabai, mulalah Kelemumur datang. Lepas tu berturut pulak dengan gatalnya. Lelama terus gugur rambut sikit demi sikit. Terus jadi stress walaupun aku seorang wanita bertudung. Rambut tu ASET utama wanita kot. Tak Kira la kita ni bertudung atau tidak. ASET tetap kena jaga. Aku wanita bertudung. So Nak Rambut agar sentiasa bersinar Dan rapi, jaga kena lebih sikit. Anak dara pon bertudung. Dan mengalami masalah yang Sama jugak. Kelemumur Dan kegatalan kulit kepala. Kesian tengok. Sekarang dah jumpa produk yang sesuai untuk kami anak beranak. Produk penjagaan rambut dari Safi Shayla. Safi Shayla anti Kelemumur pilihan utama. Wangi dan dapat menyelesaikan masalah Kelemumur kami. Hanya 3 Cara Mudah. 1. Syampu Anti Kelemumur. 2. Perapi Rambut Anti Kelemumur. 3. Minyak Rambut Anti Kelemumur. Selesai masalah Kelemumur. Jangan culas kalau Nak result terbaik. ...

Happy Eleven Years Old my Princess Aireen

Assalamualaikum/Hai, 11082008-11082019. Birthday shoutout🎉🎂 Happy Birthday to my princess Nur Aireen Qaisara. The one and only geng mama. The one and only kakak to adik adik. U are too special. You made me a mom. You made us a parents. It wasn't all butterflies and roses at first. how lucky I am to have experienced something so great, something so great that I never even knew I wanted. I am humbled to be your mama, and I’ve prayed for you and over you every day since the day you were born. Selamat darjah 5 kakak. Date cantek sebab jatuh pada 10 Zulhijjah 1440 bersamaan Hari Raya Aidiladha. Moga jadi anak yang solehah. 9 Zulhijjah. Sehari sebelum besday kakak. Hari untuk berdoa. mama panjatkan doa yang baik baik untuk anak anak mama. We love u.. #aireenqaisara #elevenyearsold #myfirstborn #birthdaygirl #happybirthday  -MrsPuex-

FROM ZERO TO HERO SWIMMER DI SWIMRUSH SWIMMING ACADEMY

Assalamualaikum/Hai, Ramai orang di negara kita yang tidak tahu berenang. Ramai juga yang takut dan cemas apabila kepala secara tidak sengaja berada di dalam air ketika mandi di sungai, laut mahupun kolam renang. Tujuan utama belajar berenang tentu saja untuk mengelakkan lemas ketika berada dalam air. Bagi yang tidak pandai berenang juga boleh mendapat manfaat jika bersenam dalam air.  Ia aktiviti yang menenangkan sebenarnya. Berenang atau sebarang bentuk senaman dalam air sebenarnya memenatkan, tetapi ia juga menenangkan fikiran dan menyeronokkan walaupun kita perlu mengerah otot bekerja lebih kuat untuk bergerak dalam air.  Berenang adalah satu senaman yang ada manfaat tersendiri. Tidak seperti senaman areobik lain, berenang adalah satu-satunya senaman yang tidak memberi impak kasar kepada sistem tulang kita. Apabila berada dalam air,  badan kita secara automatik menjadi ringan (kerana daya apungan air). Jika berendam separa pinggang, badan menjadi 50 perat...

EVERSOFT MICELLAR CLEANSING WATER 100 % ESTRAK TUMBUHAN ORGANIK

Assalamualaikum/Hai, Kosmetik merupakan salah satu lemen daya tarikan seorang wanita. solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan pelindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering. sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% estrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi jepun. EVERSOFT kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah. Diperbuat daripada 100% estrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT Micella...

Airiel Qaid Turns 7!

Assalamualaikum/Hai, 26072012-26072019 Muhammad Airiel Qaid dah 7 tahun! macam sekejap je masa berlalu kan? Still rasa dia baby walaupun dia dah ade adik sorang. mama tak minta banyak, mama doakan semoga anak mama sentiasa berada dibawah lindunganNya. dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa taat kepada orang tua. Surprise besday kat sekolah. kebetulan kat sekolah dia ada yang sama birthday. zara pon lahir hari yang sama. jiran depan umah. satu sekolah. satu kelas. bincang dengan mama zara nak buat besday utk anak-anak. bila onz, memasing prepare memasing punya part. Alhamdulillah everything went well. hari jumaat rehat panjang sikit. mintak izin dekat cikgu, pinjam 10 minit waktu kelas untuk happykan kawan-kawan qaid dan zara. order kek online, siapkan goodies bag. untuk 42 orang kawan dorang. bab kek ni ada masalah teknikal sikit. yang ni aku story kat entry lain khas punya.. hahaha.. oklah malas nak cite lebih, korang tengok gambar ...

rutin setiap hari minggu : restok barang basah dan segar di segifresh market

Assalamualaikum/Hai, Rutin setiap kali hari minggu memang akan restok semua barang dapur dari bahan-bahan basah sampailah ke bahan-bahan kering. Kebiasaannya bahan basah la yang akan habis dulu sebab aku hanya akan restok untuk seminggu saja memandangkan kapasiti peti ais yang tidak mengizinkan untuk aku restok sebulan punya stok. Aku cerewet sikit kalau memilih tempat nak shopping barang dapur terutamanya bahan-bahan dapur yang basah dan mentah. Syarat utama semestinya kena SEGAR dan tempat kena BERSIH. Paling penting kena DEKAT dengan tempat tinggal. Kat mana lagi kalau bukan di SegiFresh Market. Aku pilih cawangan Subang sebab paling dekat dengan rumah. Bertepatan dengan konsep pilih FRESH pilih SEGI! Kita boleh dapat barang segar dengan harga borong. Kalau kena gaya, promosi untuk barangan terpilih  akan diadakan khas untuk pelanggan.Penjmatan berganda. saya suka!  Bahan Mentah/ Basah. Apa yang best kat segi fresh market ni, semua barang basah di susun ...