Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Thursday, September 8, 2011

Jom Masak - Sup Ikan Merah

Assalamualaikum..

Terpikir-pikir nak masak ape?haaa..saya ade idea..kali ni moh le kite bersup-sup pulak..

sup ikan merah hasil tanganku
**motip nak buat sup malam ni sbb incik asben ade tonsil sikit , lil aireen dah mula batuk..so elakkan mkanan berminyak..

Bahan-bahan :

  • 4 ulas bawang merah kecil (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang) 
  • 1 ulas halia (dimayang)
  • rempah tumis (yang ada bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan pelaga)** tp aku pkai peket perencah sup ikan adabi - sedap jugak
  • kentang dan daun sup. 
  • asam keping - paling kecil - utk hilangkan bau hanyir ikan
  • 2 mangkuk air 
  • ikan merah - ikut suka berapa ketul uols mauu

Cara-cara

  1. Cuci bersih ikan dengan air asam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis tadi.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang tadi hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan halia yang dimayang
  5. Biar sebentar dan masukkan air dan kentang..tunggu sampai kentang empuk
  6. Apabila sup telah mendidih, masukkan ikan, asam keping dan garam. Jangan masak ikan terlalu lama. 
  7. sedia untuk dihidangkan..tabur sikit daun sup.

Sekian..selamat mencuba..


Yours Truly ;P