Skip to main content

Doa Selamat Dan Tahlil Bersama Anak-Anak Tahfiz di Hulu Langat

Assalamualaikum..

First of all, Sorry no pics about this event.. ( terasa sgt rugi takde moment-moment bergambar..tp ku redha )

Majlis yang boleh dikira agak terkejut-terkejut..tetiba abah kol nak buat doa selamat sabtu mlm (14.1.2012)

Atas permintaan abah untuk buat doa selamat dan tahlil arwah (atok, nenek, opah, atok, pakcik2 dan makcik2 yang telah pulang ke rahmahtullah). Berlangsung  kt rumah anak anak tahfiz nurul huda kat area pekan bt 14, hulu langat, bersebelahan dengan padang sebelah masjid kt pekan bt 14..hambek ko , detail aku bg..alhamklumla kt langat tu byk sekolah-sekolah dan rumah-rumah tahfiz..

Aturcara Majlis :: Solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan tahlil dan solat isyak berjemaah dan makan malam..

Ape yang aku nak kongsikan kt sini adalah pertama kali solat berjemaah ngn anak-anak tahfiz..usia dorang antara 5 tahun hingga baya baya sekolah menengah kot..ada antara anak-anak tahfiz ni dihantar oleh parent memasing during weekend utk mendalami ilmu islam..paham..x semua ibu bapa boleh ajar anak anak ttg didikan agama..yg simple2 boleh la kan..

Perasaan??terasa diri tenang jek tgk anak- anak tahfiz memakai pakaian jubah serba putih lengkap dgn berserban..sejuk jek perut tgk dorg tau..series, mmg tenang beb..mmg tetiba terasa cam nak sebak+terharu bile teringat suasana mlm tu..

Alhamdulilah niat abah tercapai untuk buat majlis bersama-sama anak-anak tahfiz..

Kupanjatkan doa semoga anak yang bakal lahir ni akan menjadi seorang anak yang soleh ( jika lelaki ) dan solehah ( jika perempuan ) dan sentiasa taat perintah Allah dan taat kepada ibu dan bapanya..aminnnn...**ade gak nak pasang niat nk hantar kt tahfiz n jadi cm bebudak tuh..huhuh..insyllah jika diizinkan Allah..

Kebetulan lil aireen sgt behave..main main ngn kezen2nya kt dewan..tu psl la aku n hubby dpt menjoinkan diri berjemaah skali..kebetulan pulak kemualan+kemabukan agak kurang sikit walaupun tekak kembang jek tgk juadah yang disediakan..huhu..tapi..alhamdulilah..Allah mempermudahkan segala urusan kami malam tuh.. majlis yang simple berjalan dengan lancar dan tenang..Terima Kasih Allah..

sedikit coretan ringkas ttg anak-anak tahfiz..:D

Sekian..

Yours Truly ;P

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P