Assalamualaikum..
Sekarang ni susu aku semakin merundum..
ade jugak amek suppliment dan makanan utk milkbooster..tp ntahlah..
now umpama kais harini utk esoknya..aduh duhhh...
kene kerja keras sekeras-kerasnya ni..
cuti 3 hari pon x mampu nak kumpul stok sebab si bujang asik nak mengopek jekk..
bile pam, alahai 1oz jek kluar??
tapi klo kat opis, 5oz tu paling sikit laa..ke mmg aku kene keje jeee??huhh...sabarr..
dah minum air kosong byk2 dah tp trus turun ke bawah, idok le nak singgah kat kilang susu ni..
jenuh plak aku keje nak ke toilet jee...tu pasal kkdg malas btol nak minum air kosong..tapi ku gagah juga minum demi anak..
stress?? mungkin jugak kot??nak buang stress ni jejauh pon x terdaya kot..elak stress yg itu, timbul stress yg ini pulak..haihh...mmg dugaan sungguh untuk menjadi ibu menyusu mcm aku ni..
dalam hati trus berdoa byk2 supaya Allah beri rezeki utk ank aku sehingga 1 tahun untuk menyusukan die sepenuhnya tanpa tambahan susu formula..kalo lebih tu alhamdulillah sangat2..
lagi 2 bulan lebih jek nak ke 1 tahun.. sila bertahan wahai nooraini zubir..
sedut semangat kuat-kuatt...fight for airiel qaid..
Ni aku tepek tips2 utk tambah susu bagi kwn2 yang masih menyusukan bby dan sedang mengalami masalah mcm aku nih..
5 Cara Berkesan Tambah Susu Ibu
1.Tambah Masa dan Kekerapan
Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand) lebih susu yang akan terhasil (supply). Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu. Caranya pam 10-15 minit selepas anak menyusu. Tahukah ibu hormon pengeluaran susu (hormon prolaktin) banyak terhasil selepas jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ambil peluang, bangun dan pamlah. Jangan diikutkan sangat kesedapan tidur. Seelok-eloknya pamlah 2-3 jam sekali, bagi menjamin supply susu ibu.
Jika ada dirumah, susukanlah anak sekerap mungkin. Bayi adalah peransang yang paling baik untuk pengeluaran susu ibu. Waktu dipejabat, cuba sebaiknya untuk ikut jadual mengepam. Jadual mengepam yang konsisten juga faktor baik menambah susu ibu. Lebih baik, tuliskan jadual mengepam dan catat hasilnya. Barulah ibu lebih bersemangat.
2. Minum Air Paling Kurang 2 Liter
Air adalah elemen paling penting bagi penghasilan susu ibu. Ini tak termasuk jus, air teh, milo dan sebagainya. 2 liter air kosong setiap hari. Gunalah botol bagi menyukat berapa lier yang telah diminum. Air kosong sangat bagus bagi kesihatan yang optimum. Jadi minumlah air kosong ya.
3. Makanan Seimbang
Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi.
Lebih baik lagi, amalkan pengambilan supplement. Ini bagi melengkapkan sumber vitamin dan mineral yang tubuh ibu perlukan. Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana. Ya, supplement perlukan sedikit pelaburan. Tapi apa salahnya kan, untuk diri ibu juga. Bukan sekadar pakaian dan beg yang branded. Tapi usahakanlah untuk jaga kesihatan badan. Bukankah batang tubuh nie Allah amanahkan untuk kita jaga.
4. Makan Penggalak Susu Ibu
Ibu boleh mengambil makanan yang menggalak susu ibu, seperti oat, daun pegaga, halba, lobak putih, longan, alfalfa dan sebagainya. Ini hanya akan berkesan jika cara 1 dan 2 telah dibuat. Jika tak buat cara 1 dan 2, janganlah berharap susu ibu yang bertambah.
5. Ambil Pil/Suntikan Hormon
Ini jalan terakhir. Sebelum ambil, jumpa doktor dan minta konsultansi. Jangan lupa semak jika susu yang sedikit adalah disebabkan oleh perkara lain seperti mengandung, datang bulan, anemia dan sebagainya.
Sekian, untuk peringatan diri sendiri dan juga kawan-kawan..
sharing is caring..
Yours Truly ;P
7 Comments
pikirkan yg positif je.. bila pam tu pikirkan yg botol tu akan penuh dgn titisan emas buat Airiel Qaid.
Oh! Anda adalah wajib menjoinkan diri tau..hihi
wah good sharing ni..thanks yer..sangat berguna untuk mak buyung ni :)
Maklumat yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.