Skip to main content

Menyusu Di Khalayak Ramai

Assalamualaikum..

Ade tips-tips utk ibu ibu menyusu mcm aku..
Cara-cara camne nak menyusukan anak time korang nak pergi soping or buat aktiviti diluar rumah..
Jangan plak ko tadahkan breast sesuke hati jek ok..ingat! kat luar sana pon ade jantan-jantan keparat yg dok mengushar mak mak yg sdg menyusukan anak..kitekan mak mak yang gojess...hiihi..
tu namanye sakai..
 
Ni nak selamat hari raya ni kompom byk rumah nak pegi..soo..mama, dun have to worry...
Kat bawah ni ade tips nya..Silakan untuk share bersama..
 

Walaupun dengan galakkan yang kuat bagi pengalaman yang begitu indah dan memuaskan ini, ramai ibu-ibu di Malaysia masih merasa gelisah atau kurang selesa untuk menyusukan bayi di khalayak ramai atau dalam kehadiran ahli keluarga lain. Sebagai masyarakat yang konservatif, ramai yang masih memandang amalan menyusukan bayi di khalayak ramai sebagai sesuatu yang tidak dilakukan.

Tambahan pula, menyusukan bayi dengan selesa di khalayak ramai
bukanlah satu kemahiran yang boleh disesuaikan dengan cepat oleh kebanyakan ibu. Ramai wanita terkial-kial dengan cara untuk menyusukan bayi di rumah, apatah lagi di tempat awam. Tetapi, jangan bimbang; dengan pengetahuan dan sedikit persediaan, anda pun boleh menyusukan bayi di khalayak ramai dengan yakin dan selesa.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu apabila bayi anda rasa lapar di tengah-tengah tempat membeli-belah yang sibuk atau semasa anda sedang membuat kerja-kerja di luar:

-Buat persediaan awal!
Apabila meninggalkan rumah dan jika anda tahu destinasi anda, buat perancangan awal seperti di mana tempat yang sesuai untuk berhenti dan menyusukan bayi apabila dia lapar. Dengan begitu, anda tidak perlu panik apabila bayi perlu disusukan.
 
*aku klo pegi memane mmg target awal-awal tempat mane nak nyusukan ank..always be prepared!

 -Pakai pakaian sesuai
Terdapat pelbagai jenis pakaian dan coli yang sesuai untuk menyusukan bayi yang boleh membantu anda seperti yang ada kelepet, berbutang atau berbelah. Pakaian-pakaian tersebut dapat mendedahkan payudara secukupnya untuk bayi menyusu dan pada masa yang sama menutupnya daripada pandangan orang ramai. Anda juga boleh membawa sehelai selendang berwarna gelap atau cuba gunakan penyandang bayi sebagai penutup agar tiada sesiapa pun yang perasan anda sedang menyusukan bayi.
 
*Nursing wear kan melambak..tp aku x selesa..sarung t shirt biase je pon tp yg penting bra kene pkai yg nursing punye..senang nak selak..
 -Bawa peralatan bersama anda
Anda patut sentiasa bawa semua peralatan seperti kain selendang, selimut atau kain lap untuk menyusukan bayi ke mana-mana anda pergi bagi memudahkan anda apabila ia diperlukan.
 
* yg ni penting utk cover up bahagian yang ko rasa mcm terdedah..banyak jugak kat kdai baby..paling busuk pon kaver ngn napkin sudah..kkdg tudung yg kite pkai pon bole jek nak jadikan kover..:D

 -Cari sudut yang sesuai
Anda perlu bijak memilih tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi di khalayak ramai kerana ada sesetengah tempat yang mungkin tidak berapa sesuai. Jika anda berada di gedung besar atau tempat membeli-belah, ambil kesempatan untuk menggunakan bilik penyusuan yang selalunya ditempatkan bersebelahan dengan tandas. Jika anda berada di restoran, cari meja di sudut atau di belakang sebatang pokok atau tiang. Anda juga harus menyerongkan tubuh jauh daripada khalayak ramai atau gunakan kad menu untuk menyelindung diri anda. Jika tiada tempat yang sesuai bagi membolehkan anda menyusukan bayi, pertimbangkan untuk menyusukan bayi di dalam kereta.
 
*aku lebih memilih utk susukan anak kt dlm kete if x de tempat yg seswai..lepas tu tunggu la incik suami bawak balik ngn brg2 sambil buat muke toyee...hahaha..

 -Berlatih, berlatih, berlatih!
Berlatih akan membuat anda mahir, oleh itu berlatihlah menyusukan bayi secara berselindung di rumah sahabat anda atau di tempat yang lebih terbuka. Anda juga boleh berlatih di hadapan cermin untuk melihat bagaimana rupa anda apabila menyusukan bayi anda.
 
* agreed!..ko kene berlatih..cukupkan ilmu utk menyusukan ank..

 -Ketahui hak anda
Ketahuilah bahawa anda mempunyai hak untuk menyusukan bayi anda pada bila-bila masa yang diperlukan. Ia adalah satu proses semulajadi; oleh itu janganlah berasa malu untuk menyusukan bayi secara berselindung di khalayak ramai.
 
* hak susu itu hak ank..jgn abaikan..insyaallah..

 Menyusukan bayi di khalayak ramai boleh menimbulkan beberapa cabaran kepada anda tetapi ia berbaloi untuk diatasi kerana bayi anda akan mendapat khasiat terbaik daripada anda setiap masa. Berbanggalah kerana anda seorang ibu yang menyusukan bayi dan anda boleh melakukannya!
 
* saya berjaya melakukannya! hampir setahun pon..insyllah akn diteruskan selagi mampu..

 Sumber : mypositiveparenting.org
 
 
Yours Truly ;P

Comments

Popular posts from this blog

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P