Homemade churross

Assalamualaikum..

Tetibe anak tekak gatai nak mkn churross..apetu churross?

Churross tu  sejenis makanan ringan terkenal di sepanyol dan amerika latin. Dibuat daripada adunan tepung, air, butter dan telur dan kemudian di goreng. Snack ni dinamakan churro kerana bentuk seperti tanduk churro haiwan sejenis biri biri. Sedap dimakan dengan taburan gula yang dicampur serbuk cinnamon. Bole jugak dicelup coklat atau kopi pekat..

sumber gugel.

Kalau term melayu mcm biskut lutut cicah kopi panas laa.. X tau cane biskut lutut? Silelah gugel.harap jumpa..hehe..

Ok, sekarang meh nak tunjuk cara cara seorang amatur buat churross utk pertama kalinya..

Seperti biasa bahan bahan bersama gambar lagi mudah kot.

Butter - 1 sudu makan.

Tepung gandum -11/2 cawan

Tiada dalam gambar :
1 cawan air
1 sudu makan gula
1 biji telur saiz L ( tp aku hentam jek telur yg ada kt umah)
1/2 sudu kecil garam
**hiasan - gula/ serbuk cinnon/ coklat cair/nutella (pilih kesukaan masing masing)

Cara-cara:

Didihkan air, garam, gula, butter dengan api kecil.

Dah cair sume tuang ke dalam tepung dan kacau cepat cepat supaya tepung tak berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi.

Bentuk bentukkan adunan ikut sokati anda..
Ni bentuk saya..cantekkk takkk??
Hahaha..

Panaskan minyak dalam kuali lain dan goreng.
Tunggu sehingga warna kekuningan dan angkat.

Tadaaa... Tabur sedikit gula icing utk nampak lebih menarik.
Boleh dihidangkan dengan coklat masak / nutella..

Encik suami kata :

Churross : keerrosss..
Ye 1st timer churross aku agak kurrrasss.
Tp nice try..hahaha...

Pesanan : jangan lebihkan butter nnti keras
.
Sukatan aku tu aku dh gugel dh..
In sya allah lebih lembut..

Nanti nak try 2nd time plak dengan sukatan ni....

1 Comments

Izwa Kamaruddin said…
masak mcm ni eady je yg suka buat..heheh..