Skip to main content

Event Blogger Movie Day Out :: Preview Filem Animasi Super Squad

Assalamualaikum..
Penghargaan kepada penaja : sticky post sehingga 22/5/2014 jam 11.59 malam..
(new entry plis scroll down down down)

Sabtu lepas (17/5/2014) family mrspuex berpeluang menghadiri preview filem animasi super squad..
anjuran dari Top Blogger Malaysia, mr Broframestone dengan kerjasama syarikat NetCarbon Sdn Bhd..

Tentatif Program :

Lokasi : Cathay Cineplexes the e@curve, Damansara.

Masa : 1.30 - 2.30 petang (Pendaftaran)
Tayangan : Selepas semua blogger hadir 

masa ni la kami antara blogger berkenal kenalan dengan memalu sekali sementara nak setelkan sesi pendaftaran..
mana yang kenal tu banyaklah boraknye..tapi, tak berapa nak borak mane pon sebab memasing bizi ngn anak anak ..sebab syarat utama kene bawak anak anak tengok wayang bersama mak paknya..
kompom haukkk dalam tuu..hahaha...
macam aku, ni 1st time nak bawak tuan kecik tu masuk wayang..tah macam mane la gelagat die kat dalam nanti..
signboard pendaftaran..takde kalu, sume sesat..hahaha..
buku pendaftaran. wajib.
credit pic tu puan mushonline

Sesi Suaikenal Sendirian Berhad :

Masa ni ade beberapa blogger yang aku dah kenal join skali..ai is seronok seronok sangat hokey..
last minit call pon dorang ON jugak..terharu beb..terharu..tenkiu kengkawanku Puan Izwa ngan Puan Mush yang berjaya datang last minit ke lokasi..

blogger lain yang dah kenal adalah Puan Mamavogue ngn cik Nami Namia..

Blogger yang baru ku kenal kat situ : Mr PCL , Fana , * tu pon tak sempat nak tegur tegur..hahaha..ai is pemalu ya hamat...senyum dari jauh jek kot..sibuk berkejaran bersama anak bujang..phewwww!!!

bukti bersama blogger pn Izwa ngn pn Mush

bersama blogger pn mamavogue

aireen bersama uncle PCL..hahaha..sempat uncle menyelit skali..
Sebelum masuk wayang ada taklimat skit dari broframestone ngan game jawab 2 soklan..
kendian, sesi berfoto secara berjemaah blogger bersama penganjur dan team crew super squad..

bro tengah bg briefing

bloggers dan family..
pic credit to cik Fana..tenkiuu..dapat la jugak family mrspuex masuk dalam gamba ni..hahaha..
family mrspuex bersama maskot Danny..

lain lain gamba selfi weols sile terjah blog broframestone

Sinopsis Filem Animasi Super Squad :

Kisah Supersquad The Movie bermula sekitar tahun 2413 yang mana Supersquad merentas masa ke tahun 2013 apabila sebuah armada makhluk asing menyerang bumi. Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai Laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan armada itu, namun ratu makhluk asing sudah menukar taktik dengan membuka portal ke zaman kini menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa.
Pasukan Supersquad berjaya merentas masa ke tahun 2013 sebelum sempat dimusnahkan oleh tsunami masa. Pada zaman kini, mereka terhempas di pinggir sebuah kampung dan terpaksa menyamar sebagai sebuah kumpulan rock kapak yang tersesat ke kampung sambil menunggu kapal dibaiki oleh robot mereka. Di sini, Supersquad berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah mereka jangka iaitu hidup cara kampung.
Supersquad bertemu dengan Mat yang menceritakan kepada mereka mengenai satu ramalan purbakala empayar Nagasakti iaitu apabila langit menjadi hitam, makhluk dari kegelapan angkasa akan memusnahkan bumi.
Pada masa sama, ratu makhluk asing membuat persiapan terakhir untuk menetaskan berjutajuta telur yang mengandungi askarnya. Apabila Mat diculik oleh makhluk asing, Supersquad bergegas ke KLCC dan menyaksikan kapal induk makhluk asing sedang turun dari langit.


Antara watak watak yang ada dalam filem animasi super squad :


Super Squad
shasha (Elza Irdalynna)
Alan ( Marina Tan)
Elly (diana danielle)
Blinq (Radhi Khalid)
Danny (Dafi)
Kapten Aaron (Aaron Aziz)
Mat &Dragon Lord (Amran Ismail) bersama Super Squad

Aksi belakang tabir oleh artis semasa pembikinan memasukkan suara :


Dafi & Diana
Aaron Aziz
Diana & Aaron
Crew NetCarbon Sdn Bhd bersama maskot Super Squad..
Terima kasih banyak banyak diatas jemputan dan goodies yang ohsemm..

Haaa...Apakah kaitan Mat dengan ramalan purba itu? Dapatkah Supersquad menyelamatkan bumi dan ayah mereka daripada kemusnahan makhluk terbabit?

Saksikan filem animasi ini di seluruh Malaysia pada 5 jun 2014 nanti di pawagam yang berhampiran anda. Kompom, anak anak anda akan suka dengan cerita ni..

Terjah tau jangan tak terjahh..


Akhir cerita, nah tengok trailer dari Super Squad ni..
katon cakap bahasa kelate, Donut ada dijual di RnR Marikh, ko hadeee??hahahah..
Layann....




Yours Truly ;P

Comments

PCL said…
thanks to credited blog pcl haha...sempat jgk uncle ni kan...
PCL said…
pcl terus masukkan dlm my bloglist tuu..
mrspuex said…
terrbaik..tenkiu mr PCL..
Ismi Ana said…
Kebetulan pikir nak bwk adik gi lyn wayang cuti skolah. Ni mrsPuex promote abis, kasi layan. Hagagaga.. ^^
Yatie Fizzy said…
assalam..... memang best and enjoy tat event....eventho ramai parenting blogger yg bwak anak tapi dorg tetap cool jerk hihi.... appa pun harap lepas nih ade lg event mcm nih dianjurkan, dpt jugak kenal berkenalan kita ya ;-)
best...ramai yang ada :)

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P