Saya berkesempatan hadir ke Mitsubishi ElectricSeminar For Bloggers baru baru ini bersama beberapa blogger yang diadakan di pejabat Mitsubishi Electric di Petaling Jaya.
Matlamat utama adalah untuk memperkenalkan produk-produk elektrik keluaran mereka kepada bloggers untuk dipanjangkan kepada umum. Sebelum ini, saya akui saya pon tak berapa familiar dengan produk dari mitsubishi electric ni melainkan produk kereta yang ohsem dari Mitsubishi..cewaaahhhh...
Semua produk produk keluaran Mitsubishi Electric ni tertera logo pelabelan kecekapan tenaga. Inilah kelainan kepada pengguna.
Kami diperkenalkan dengan 5 produk mesra pengguna iaitu :
Air Conditioner
- easy clean : senang diselenggara dan dibersihkan. jimat. tak perlu bayar lebih panggil orang luar bersihkan aircond di rumah lagi. *rujuk gambar diatas. tak sampai 10 minit dah selesai buka dan pasang semula. wanita pon boleh buat juga. senang kann??
- Nano Platinum Filter : penapis berbentuk 3D memberikan permukaan 3 dimensi lebih luas untuk perangkap habuk, antibakteria dan nyah bau. lebih advance dari penapis konvensional yang lain.
Refrigerator
Peti sejuk dari Mitsubishi L4Grande ni mempunyai kapasiti yang besar - jimat masa. boleh muat stok selama 1-2 minggu uols. Selain itu, ianya adalah mesra alam dan mempunyai ciri vitamin factory technologi serta penyejuk beku dibahagian bawah peti sejuk.
Lain-lain info penting adalah :
- Inverter Compressor
- Multi Fan.
- Neuro Fuzzy System.
- Pelabelan Kecekapan Tenaga 5 bintang
- Jaminan 10 tahun untuk kompressor.
Electric Fan
Kipas angin Tatami Fan Mitsubishi ini direka kkas dengan ciri keselamatan premium mengunakan bahan tidak mudah terbakar, perlindungan sekali ganda untuk fius arus tinggi dan kepanasan. Safety purposenya adalah sangat tinggi.
Lagi satu, kipas angin ni mengandungi 16/18' bilah yang lebih besar di pasaran.
kami mencuba sendiri kipas angin ni. dan ternyata ianya sangat berangin angin tau. sejukkkk jeee..
terpegun seketika..ecewahhhh...
Direka khas dengan oil-catcher dan beberapa ciri lain iaitu :
- Exhause type
- Operates quietly
- Energy efficient
- Easy to clean
nampak tak? bab bab easy clean ni memang wanita pon boleh try ok..
Untuk makluman, Mitsubishi Electric akan memberikan 3 tahun warranty motor untuk kipas dan ventilation produk.
Hand Dryer
- Quick drying 3-6 second with airflow rate between 80m/sec
- antimicrobial material
- designed for alcohol cleaning
- quiet operation
- instantly warm heater
- brushless DC motor
Yang best sekali, setiap produk diperkenalkan kepada kami melalui kaedah permainan. Bila ada permainan, maka ada habuannya kan?? yesss.. setiap yang hadir semua bawa pulang hadiah kemenangan masing masing.. tqsm MITSUBISHI ELECTRIC!!
Aplikasi Mobile Apps Mitsubishi Electric!
Terkini !
Mitsubishi akan memperkenalkan aplikasi Mobile app Mitsubishi akan dilancarkan untuk smartphone untuk pengguna Smartphone. Ohsem ke idokk!!.. boleh design keluasan sendiri mengikut kesesuaian untuk produk seperti peti ais untuk rumah anda tau.. bertambah ohsemm uolss...
Apps ini boleh dimuat turunkan bermula:
- Versi android pada pertengahan Januari 2015.
- Versi iOs pada penghujung Januari 2015.
Last but not least, jika anda berminat boleh terjah sendiri di showroom mereka. dekat saje. area avon sebelah federal highway tu untuk tengok sendiri dengan mata anda.
Sekian.
Gambar oleh : blogger akubio
tqsm broframestone kerana sudi menjemput saya. jangan serik jemput lagi ye..heee...
3 Comments