Assalamualaikum..
Haishhhh.. dah hampir bersawang dah blog kesayangan aku ni..
production sedikit merundum..
faktor terlebih menghayati bulan ramadhan yang mulia ni kot...
Aktiviti harian berjalan seperti biasa..
cuma, weekdays utk iftar di rumah memang akan membeli juadah kat PARAM..
hajat di hati memang nak masak sendiri tapi sampai umah pon dekat 645, dengan ank bujang mintak shushu mama lagi, memang terkubur jek la harapan nak berperang kat dapur..
Serius TAK SEMPAT!
Semalam, incik suami berbuka di opis,
tekak pulak meronta-ronta nak makan sambal sardin..
makanya, berbuka dengan kurma dan sedikit kuih beli kat PARAM
solat maghrib..kemudian...marilah kita memulakan operasi..
Hasil selepas setengah jam..
Better late than never kekdahnya..hahahaa..!!
*
*
*
Siap!
Sambal Sardin!
Juadah berbuka paling WIN aku rasa..
*tapi tetap kalah dgn sambal sardin abah/mak*
sepanjang pergi PARAM, nak beli lauk memang tak terjumpa lagi orang jual sambal sardin nih..
tak pon, kalau ada mesti kompom tidak memenuhi spesifikasi tekak iols...
hahahaha...
Menu kedua untuk melengkapkan tekak,
Sayur kubis masak lemak putih berseri bersama beberapa ketul fishball..
kesukaan anak anak jugak ni..
2 lauk saje..
cukup membuatkan iols tersandar kekenyangan!
alhamdulillah rezeki malam semalam..
*sorilah terspam gambar lauk utk uols..hehehe.. mane tau boleh selitkan menu utk berbuka uols nanti..
sumtimes, simple is just perfect!
-MrsPuex-
2 Comments