TAMPIL SIHAT JELITA BERSAMA CITYSKIN MEDISPA


Assalamualaikum..

Penjagaan kecantikan dan kesihatan seharusnya berjalan seiring. Kedua-duanya amat berkait rapat. Jika kesihatan tidak diutamakan pasti ia akan menggugat kecantikan luaran yang lain.



CitySkin MediSpa adalah pilihan tepat untuk tampil sihat dan jelita di bawah satu bumbung. Gabungan Klinik dan Spa ini bukan sahaja menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang pentingkan kecantikan dan kesihatan, malah turut menawarkan nasihat dan bimbingan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Cityskin Medispa merupakan gabungan inspirasi ibu dan anak, Dr. Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun serta anak beliau, Siti Farah Azwin Abd Khalid, 26 tahun.  Keduanya sering mengimpikan gabungan klinik dan Spa patuh syariah khas untuk wanita dan lelaki demi memenuhi permintaan yang tinggi akhir-akhir ini.


Sebagai seorang Doktor Perubatan, Doktor Wan Julia Sham Dato Ariffin yang juga merupakan seorang Pakar Anti-Penuan dan Estetik berpendapat bahawa masyarakat harus diberi pendedahan yang lebih terperinci mengenai kaitan hormon dalam mempengaruhi kesihatan dan cara hidup seharian. Beliau merupakan antara doktor Melayu pertama di Malaysia yang menerima Board Certified In Anti Aging & Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA). “Proses kemerosotan kesihatan boleh menyebabkan penurunan fungsi tubuh. Saya yakin usaha murni ini pasti dapat diterima pakai pada masa hadapan.” kata beliau.  

Bertitik tolak daripada itu, Dr Wan Julia, bersama Siti Farah, telah menubuhkan CitySkin Medispa pada tahun 2012 dan juga Hair Rich World Integrated Trichology Center pada 2015.  Selain memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kecantikan secara seiring, gabungan mantap dua beranak  ini berhasrat dapat menawarkan perkhidmatan khusus dalam penjagaan Kecantikan & Kesihatan terutamanya pada penjagaan kulit muka dan juga masalah keguguran rambut kepada semua lapisan masyarakat dari muda hingga yang tua.  Perkhidmatan gabungan dua industri ini dibawah satu bumbung dapat menawarkan khidmat rawatan Kesihatan dan Kecantikan yang lebih efektif, menyeluruh dan berkonsepkan “WELLNESS”.

blogger wendy sedang menjalani rawatan rambut dari Puan Siti Farah..

Demi minat yang begitu mendalam dalam bidang rawatan kecantikan, Siti Farah, Graduan Keusahawanan Ijazah Sarjana Muda dari Lim Kok Wing Universiti, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Nutrisi, Certificate in Nutrtion & Health, Plaskett International College, London serta Diploma Human Nutrition & Health dari Open University, Malaysia. Ilmu dalam bidang nutrisi dipelajari bagi mencukupkan diri untuk mebantu golongan pelanggan yang menghadapi masalah pemakana yang tidak seimbang. Selain itu beliau melanjutkan pelajaran kedalam bidang Terapi Kecantikan dari City & Guilds London & Laurent Bleu, UCSI. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Paramedikal Trichology Diploma dari International Association of Trichologist, Sydney, Australia, dimana dengan ilmu yang dipelajari dapat membantu menyelesaikan masalah rambut gugur sesetangan individu. Ilmu yang dicari adalah seiring dengan cita-citanya untuk menjadi usahawan muda yang berilmu dan berdidikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan CitySkinMediSpa dan Hair Rich World Integrated Trichology Center.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah :



Untuk pengetahuan semua, produk-produk yang digunakan dibuat khas secara eksklusif diluar negara  demi menjaga kualiti yang terbaik untuk pelanggan mereka. Yang penting dijamin HALAL.

Antara produk yang digunakan dalam rawatan rambut di Hair Rich.


Alhamdulillah banyak ilmu baru tentang kesihatan rambut yang jarang-jarang kita ambil berat. Sebenarnya, dari rambut pon kita boleh tahu tahap kesihatan seseorang.. bukan saya cakap tapi pakar sendiri yang beritahu. menakjubkan sungguh..


Jutaan terima kasih kepada penganjur Big Dale Sdn Bhd dan pihak CitySkin Medispa & Hair Rich kerana memberi peluang kepada saya melihat secara details tentang kesihatan rambut .. takk sabarr nak cuba sendiri perkhidmatan mereka nanti.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Cawangan Cityskin Medispa & Hair Rich:-

Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor
Tel  : 03 – 4253 5257

Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03 2242 0880

FB : https://www.facebook.com/cityskinmedispa
Instagram : @cityskinmedispa



-MrsPuex-

4 Comments

Mia Liana said…
wahhhh.... menarik ni..

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html
ENA said…
SINGGAH JENGUK SI CANTIK PEMILIK BLOG NI
Jessnor Hafiz said…
Bila saya ke KL boleh sinnggah dan lihat ni.