Ke Pangkor Ke Kitee - Edisi Penuh

Assalamualaikum..

Apa yang best kat Pulau Pangkor,Perak?
Ok, Lets check it out in details part by part below..

Ada 2 pilihan lokasi jeti kalau nak ke pangkor.

1. Feri dari jeti Marina. Duration 10-15 ke jeti pangkor. Tambang rm10 pergi balik.
2. Feri dari jeti Lumut. Duration 30 minit ke jeti pangkor. Tambang rm10 pergi balik.

aku naik dari jeti lumut sebab nak feeling lama skit dok dalam feri.. kalau yang rasa cepat mabuk tu, sila la naik feri dari jeti marina ye..


dalam feri..

Sampai jeti Pangkor nanti ada van pink yang akan menunggu untuk bawa kita ke hotel yang akan kita menginap. walaupun ianya van, tapi kt sana dorang tetap panggil teksi. so jgn keliru yaa..

Dah sampai pangkor sana, sila rancang aktivit anda sekeluarga ok..
nah list bebrapa aktivit yang boleh anda folo.

Aktiviti 1.
Island Tour.

Boleh sewa teksi/van pink untuk pusing pusing pulau pangkor. dorang memang akan standy kt dpan hotel atau masa kat jeti tu, sila book siap siap.
tambang 1 teksi bergantung kepada kadar dari pemandu tu sendiri.. kalau dapat murah, alhamdulillah..heheh..
tambang biasa 1 van akan ambil rm10/per person. kalau sepuluh orang, maka rm100 la..
kalau pandai nego price sila jangan memalu.. customers always right kann?? hehehe.. kene mood driver canteekk, dapat la rm70-80 satu van..

kami sewa kereta dari hotel.
maklumlah dah jadi geng ngn sales manager hotel sana..
ni namanya rezeeekiii kalau kita peramah..hahaha..
jimaattt!!
topup minyak sudah.. 
dah dpt penjimatan paling ketara , maka kami tak boleh nak fefeeling umpama naik sebiji vios..
heheheee...

view sepanjang jalan. kitorang xde pemandu khas..
jalan ikut naluri memasing jaa..
baru la adventure..
sesat jalan, sila bertanya..begitu.

view sepanjang jalan.

konon konon kat obersi..perasan!!!

then singgah kat  Teluk Nipah.

 lepak kejap kat teluk nipah. amek view laut sambil main buai..

tenang jee..

Teruskan perjalanan ke Kota Belanda.




Sebelum masuk hotel, singgah tengok sunset pulak..
lokasi ; Pasir Bogak.



A video posted by NoorainiZubir (@znooraini) on

Aktiviti 2.
Island Hoping.

Kos 1 bot rm160.
1 bot muat untuk 10 orang dewasa. maka rm16 la per person.
Pandai nego, dapat la rm150 untuk 1 bot..hehehe..

kami naik dari pasir bogak.
kat teluk nipah pon ada jugak aktiviti ni ye.

we are ready!

para jemaah dalam bot..terdiri daripada para peserta dan para urus setia..

jom layann gambar!



ni la kawasan teluk nipah. kt sini pon tempat feveret untuk para pelancong sebab banyak chalet2 yang harganya berpatutan.

snorkeling kt pulau giam.





lepak santai berphoto gedik kejap kt pulau giam.
pasir die memang cantik tau..macam tak percaya ada pasir laut yang cantik kt pulau pangkot nih..


photo group itu wajib.

tu view kt belakang tu adalah teluk nipah. kata tour guide tu, kalau bulan 1-2 kita boleh berjalan kaki dari teluk nipah tu ke pulau giam ni.. sebab air laut akan surut.

kagumm kann??
nak cuba? sila datang pangkor dalam bulan 1-2..
kalau ada rezeki, dapatlah berjalan.

note :
antara tempat tempat yang pemandu bot ni akan bawak adalah :

1.turtle island.
2.crocodile island.
3.pangkor laut beach resort. lihat dari dalam bot secara pandangan jauh je.. tak boleh landing sini..its a private island.
4.giam island. tempat best untuk snorkling.
5. snake island.

Semua pon tgk dari dalam bot je.. cuma kat giam island je boleh lepak lepak.


Aktiviti 3.
Horse Riding.

Sepanjang pantai tu ada disediakan horse riding kalau berminat.
sekali ride jalan-jalan tepi pantai , rm22-rm25 sahaja.

kalau taknak ride, nak duduk atas kuda sambil selfi, dia akan charge dalam rm5 - rm10.

aku baya rm5 je sebab niat nak selpi ngn kuda jee..hehehe..
pon jadikk laaaa..janji naikk ye dakkk..
kudaa tu buchukkk.. melekat bau kt jeans aku..demmmm!!

Hai kudaaa!!
Awak Buchukk!! 
tuan awak tak mandikan awakk yee..chiaannnn!!


Kalau sampai sini, sila try makan mi laksa pangkor tau..
bagi tekak aku dapp dapp dapp gak la..
aku ni semua bende masuk, sedap jee..hehhee..
jangan lupa cuba ok!
jangan risau, banyak tempat yang akan jual laksa pangkor ni..
aku makan kat kedai sebelah jeti. kalau keluar jeti tu kedai makan belah kiri.


rupa mi laksa pangkor.

Sekian.

 inilah catatan ringkas sebagai rujukan if korang nak pegi ke pulau pangkor.
Thanks sudi baca.

Love,
-MrsPuex-

2 Comments

Eintan Nurfuzie said…
cik en dok manjung.. kerap gipangkoq tpi buat keje.. bcuti blom lg
lama xturun pangkor hehehe terubat rindu i tengok gambo u nih