Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

searchbar lazada

Wednesday, December 16, 2015

Positive Parenting : Pilihan Terbaik Dalam Membesarkan Anak Kita


Assalamualaikum..


Alhamdulillah berkesempatan menghadiri seminar Positive Parenting : Child & Family Supplement & Talk Series dengan kerjasama dari Kidzania Kuala Lumpur pada 6/12/2015 yang lepas.

Antara intipati yang dapat saya kongsikan dalam seminar ini adalah kemahiran sosial dan kesejahteraan emosi anak-anak. Kedua-dua aspek tersebut adalah sama penting memandangkan ia amat berguna apabila dewasa.

Keibubapaan bukanlah satu tugas yang mudah yee..maklumat-maklumat yang baru kerap timbul dan membuatkan kita sebagai ibu bapa ni mula meragui cara pengasuhan kita seharian. namun, bukan semua cara kita salah tapi ingatlah bahawa asas pengasuhan ialah KASIH SAYANG.

Belajar dengan memerhati.

Hubungan anda dengan orang lain juga akan mempengaruhi perkembangan anak anda. Mereka sentiasa memerhatikan apa yang anda lakukan dan mereka akan cuba mencontohi cara anda melayan orang lain. misalnya, pasangan anda, ahli keluarga, rakan-rakan dan pengasuh juga. Maka adalah amat penting untuk memberikan mereka persekitaran yang positif untuk menyediakan susasana yang betul dalam perkembangan.



Perasmian oleh Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengasuhan Positif.

Sesi menandatangani plak logo oleh wakil dari KIDZANIA.

Berkesempatan juga mendengar 2 sesi yang dianjurkan pada hari tersebut  iaitu :


talk sesi 1 ;
 Effective Parenting to Raise Children with Positive Behaviour oleh Dr Alvin Ng, Clinical Psychologist.

Talk sesi 2 : 
Dicipline Dilemma : Whose Problem is it anyway? Parents vs Child oleh Ms Ruth Liew, Parenting Columnist.

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa :

1.Kesedaran diri anak kita adalah penting khususnya :
  • Kesedaran Kendiri
  • Pengurusan Kendiri
  • Kesedaran Sosial
  • Kemahiran Hubungan
  • Membuat Keputusan dengan Bertanggungjawab


2. Respon kita sebagai ibu bapa yang membentuk anak kita iaitu :
  • Keperluan untuk rasa dihormati
  • Keperluan untuk rasa penting
  • Keperluan untuk rasa tidak disisihkan
  • Keperluan untuk rasa selamat.

Sekian. Sharing is Caring. Jom kita amalkan untuk kesejahteraan anak-anak kita.



Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Norafini and the team atas peluang yang diberikan.




Seronok anak-anak dapat masuk KIDZANIA dan bertapa sampailah ke malam..
hehehee... yang ini tunggu next entry yaa.. In Sya Allah.

-MrsPuex-

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

ala entry ni tak buat lagik!

idzwa kamaruddin said...

nanti entry kiter sama gambar ;)

Diya Hanun said...

Bagusnya event ni memberi kita kesedaran ttg ilmu parenting

Mama Darwiish said...

Best dan bermanfaat program macam ni kan