Berbuka bersama geng pencen gunung

Assalamualaikum/Hai,

tajuk tak menahan.. geng pencen gunung yee..
tapi aku rasa aku belum nak pencen lagi..kinabalu tu memanggil manggil jee..

ekceli mostly jemaah ni dari geng naik gunung jerai yang penuh dengan epik!
penuh dengan kenangan. biar simpan elok elok dalam hati.

****************************************************

Alkisah.
Sabtu lepas.
sebenarnya banyak dpt jemputan iftar sabtu tu..
iftar bersama adiputra dan denaihati , iftar bersama pasukan pengakap hulu langat.

tapii..
hati tertarik tarik untuk berbuka bersama geng pencen gunung..hehee...
maka, jomm la pegi ke pasor membeli bahan untuk masak lauk berbuka.
konsep adalah konsep periuk bertuah . (potluck)

lokasi pilihan tahun nih kat umah balqis. legeeee sebab dekat dengan umah aku..
dan aku la yang paling awal sampai.. lepas tu bikin panas pam gamba, tanya manaaa semuaorang ni??

so, aku punye periuk bertuah adalah :
1. sambal sotong kering
2. brownies (order kt jiran)
3. ayam goreng kfc (beli ayam, basuh then goreng kt umah qis je nanti. sedap skit mkn pepanas.)
4. buah tembikai. rekues by cik aireen. nak berbuka dgn air tembikai.
5. agar-agar hijau PAS..hahahaa..

ahli jemaah iftor @ rawang.
tak cukup korum lagi sebenarnya..
nak kumpul semua memang mimpi je laa..hahahaa..

barisan periuk bertuah kami.
sikit sikit pon penuh jugak la meja.
alhamdulillah rezeki dikongsi bersama.

yang penting ayam goreng kfc aku licin..seghooonookkk!!!


menu-menu selain menu aku :
sup tulang,air asam - qis
tempoyak bersama sayuran hijau - mawar
bubur durian meletops (tiada dalam gambar )- yati
buah-buahan - zaha
kek batik (tiada dlm gambar) - molly

lepas berbuka secara makan ikut suka nak duduk mana, lepas solat maghrib semua,
lek lek jap pastu sambung pulak kat dapur..lantakkannn..



 

while anak anak...

dengan aktiviti wajibb..

main bunge api sebelum raya..hahahaaa..

tengkiu uncle uncle tolong melayan bebudak ni main bunge api..





lepas main bunga api, sambung main treadmill cik qiss plak..
lantokkann.. 
 

sampai tersandar kepenatan.. penat main bunga api tak de la sangat.. cuma dorang penat eksersais berganti ganti kat treadmill cik qiss dorang tu haa..

alhamdulillah semuanya dipermudahkan urusan memasing nak beriftar bersama-sama..
dekat jam 10 lebih baru sedar diri nak pulang ke pangkal jalan..bahahahaaaaa...

sebelumm tuuu... 

group photo session!
macam-macam ragam ..hahaha..
tengkiuu korang..
till we meet again raya nanti atau ramadhan tahun depan dengan penambahan ahli jemaah yang lain..
aminnnnn...

 -MrsPuex-

3 Comments

Izwa Kamaruddin said…
Seronok nyerrrrr la haiiii !!
Cik Nor said…
wah..bestnya..:)