Salam Browser : Keselamatan Untuk Anak-Anak Melayari Internet

Assalamualaikum/Hai,

Zaman sekarang ni zaman semua orang perlu/ kena ada internet.
Dirumah, di tempat kerja, di pc, di hp dan juga di tab.
Kebiasaannya kalau tab ni, akan dikonker oleh anak-anak untuk main games, tgk video dan sewaktu dengannya.
ada juga yang dah pandai bukak website-website yang tak sesuai dengan faktor umur mereka.
Terutama sekali dan paling femes sekali, YOUTUBE!
kalau upin-ipin ke, boboboi ke takpelah jugak.. ni video tah ape ape yang keluar..

salam browser

Sekarang kan tengah kecoh tentang video yang pelik pelik dalam youtube. Contohnya seperti di link INI dan link INI. Sebagai seorang mak, sangat risau kalau anak-anak terklik video tersebut tanpa pengawasan kita. yela, kita pon tidak berada 24 jam bersama mereka untuk memantau apa yang mereka tengok.  pernah jugak terkantoi tau.. dan maknya mengucap panjang urut dada... nampak sangat tiada keselamatan kat situ.

video yang tengah viral sekarang. parents sila take note!

Bagaimana kita nak melindungi atau menghalang anak-anak kita dari melayari website yang tidak menepati spesifikasi untuk ibu bapa?

www.salambrowser.com

Ya, pelayar salam browser adalah pelayar internet selaras dengan tuntutan etika, privasi dan keselamatan diri. Keistimewaan apabila kita melayari SALAM BROWSER adalah :

1. Hindari haram Dalam Talian.
Salam memberi amaran terhadap lebih 1.4 juta laman web yang mengandungi unsur-unsru maksiat, perjudian dan lain-lain kandungan yang membawa kemudaratan kepada anak-anak.

 2.Berbakti kepada Ummah.
Membantu melindungi komuniti salam daripada kandungan tidak sihat dengan sekali klik sahaja. Contohnya, kalau kita ada terklik apa-apa laman web yang berunsurkan negatif, kita boleh hantarkan maklumat tersebut untuk menyenarai hitamkan laman web bermudarat dan secara tak langsung, kita boleh kongsi manfaatnya bersama pengguna-pengguna lain salam.

3. Melindungi privasi diri.
Melindungi kedudukan geologi dengan VPN percuma dan ianya boleh menghalang pemantauan secara rahsia data serta aktiviti peribadi kita.



Kalau nak tau lagi, keistimewaan salam browser ni, bila kita klik je icon salam browser (selepas berjaya download),kat front page ada tertulis hadis-hadis yang akan menjadi santapan minda kita seharian.  bagussss sangat kann. Sangat islamik.

Saya cadangkan kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak kecil, untuk install SALAM BROWSER kat pc/tab yang digunakan oleh anak-anak. Ianya mampu menyekat iklan popup yang muncul dan meminimumkan gambar-gambar atau artikal yang tidak bermoral.  bak kata pepatah, prevent is better than cure. gituuuuuu..

salam browser

Penggunaan Internet perlu dikawal untuk memastikan fikiran dan hati kita bersih serta mempunyai tumpuan. Rasulullah s.a.w bersabda :'Bersederhanalah dalam mencari perkara-perkara duniawi, kerana semua orang akan dihisab berdasarkan sebab mereka diciptakan.


Dugaan semakin hebat dikala anak-anak nak membesar di zaman generasi Y ni tauu. Maka dengan itu, jadilah ibu bapa yang prihatin demi keselamatan anak-anak kita.

Saya sudah. anda bila lagi??


 -MrsPuex-

4 Comments

Julia Johari said…
Terbaik lah salam browser ni...lega sgt2 dah download...lepas ni sampai kita outstation kerja pun rasa lega sangat sebab ada pembantu dalam rumah...Salam Browser...anak2 zmn sekarang mmg dunia IT...kecik2 dah pandai bukak hp...pandai pilih channel sendiri...sekarang tak risau dah...
Maria Firdz said…
Saya terus sekat dari guna tab dan bagi tab yang tiada sambungan Internet...

Apa pun pendekatan ni salah satu pencegahan yang bagus...
Dkna Abza said…
kalau kat rumah pakai tv canggih sikit, boleh jer kawal anak2 dari buka chanel yang bukan2 ni..
Ainul Mustafa said…
bagus salam browser. bukan untuk anak anak je kita pun. kdg2 tgh google benda lain keluar iklan lucah..huhuhu