Pengalaman Mistik Berlaku di Bukit Tunku

Assalamualaikum/Hai,

Pengalaman ngeri ini diceritakan kembali oleh seorang rakan rapat aku.
aku cuma dapat membayangkan betapa paniknya beliau sewaktu mengalami situasi seram. keseorangan pulak tu.. hampir sejam jugak lah rakan aku ni dalam hutan tu..

kisahnya bermula begini..

Satu hari, setelah dia puas melepak bersama rakan rakan di ampang, on the way nak pulang ke klang, dia pon lalu la ke area bukit tunku ni. pastu kena buat lencongan ke arah pintu belakang istana dan u-turn balik kat simpang nak ke bangsar. masa tu kereta banyak. dia pon bawak lah motor macam biasa siap mencelah celah kereta kat situ. Entah tak tau macammana, kereta makin kurang. dia pulak dah terlepas simpang nak buat u-turn. Jam menunjukkan dah pukul 1 pagi. lagi cemas bila dia risau isterinya bising. *sape suruh melepak sampai tak ingat bini kann..hehehe*

bukit tunku


So, dia pon jalanlah ikut naluri. agak-agak ingat-ingat lupa jalan kat situ. Then sampai la kat area banglo bukit tunku tu. adoi, nak patah balik, jalan yang dia lalu tu one way pulak. so dia pon teruskan je perjalanan. * bayangkan naik motor sensorang, jam dah pukul 1 pagi* . part lagi best, dia memang tak tau pon ada kisah misteri tentang jalan bukit tunku ni.

bukit tunku

so naik turun bukit yang ada sampai dia dah lost sehingga kat simpang 3 yang nampak banglo terbengkalai tu. Kebetulan pulak, ada 2 polis naik kapcai jalan depan dia. Dia belok kanan, then follow je polis tadi. poliskan, for sure dorang tau selok belok area situ. tapi unsangkarable, jalan tu menghala ke arah hutan yang semakin makin tebal. kira dia makin naik ke bukit la. rumah pon dah jarang-jarang. cuma yang ada, post guard je. Sehingga satu corner tajam sikit, ke kiri, ada gaung dan hutan tebal. polis 2 motor tu belok dulu. so dia tak nampak dah tail light polis-polis tuh. tapi lepas dia belok, jalan tu lurus dan polis 2 orang tu dah takde. masa sini member aku dah meremang lain macam. perasaan takut dah menguasai diri dia. sebab tak logik langsung kalau dorang speed. member aku kira folo dalam jarak 2 kereta dengan polis tu. so kalau polis tu speed, paling jauh pon dia boleh nampak tail light polis polis tu.

Dia terus tergamam kejap dan macam kaget tak larat nak pulas minyak. lepas jalan lurus tu dalam 400 meter, dia belok ke kiri dan ada simpang naik bukit lagi. kat situ ada lampu dan pondok guard. Dia berhenti kat situ dan try waze, unfortunately, handphone dia macam tak boleh function. dia try kol wife dia, hp jadi macam hang. Dalam hati dah pikir tak pernah plak i-phone dia hang tetiba..Dia dah pelik giler.line ada full bar siap 4G tapi langsung tak boleh pakai.

Dia pon jenguk kat pondok guard tu. nampak macam ada orang tapi takde nampak orang. so tak dapat la dia nak tanya pape. dia pon try calm down , bakar rokok sebatang sambil naik motor dan jalan terus. Jam masa tu dah pukul 1.30 pagi. Dia jalan je terus tapi takde jumpa langsung kenderaan dan dia rasa macam pusing-pusing area situ je. Terus terang dia cakap, masa tu dia macam nak nangis dah wei. Dah sampai kat puncak bukit atas nun dah. so dia nampak lampu-lampu KL town . Dia tekad jalan ke arah bandar. Ada simpang je dia masuk. 2-3 kali jalan mati. Last-last dia nampak simpang kiri, turun bukit dan dia pon turun smapailah ke jalan besar. dia belok ke kiri dan terus ke jalan duta .lepas tol jalan duta, dia isi minyak, cuci muka dan duduk tepi surau. dia check handphone, berbelas miscall dan wasap dari wife dia. Dah tenang sikit barulah dia teruskan perjalanan menghala ke Klang.

Sampai rumah, dia cerita kat wife dia. Wife dia tak terkejut. Wife dia cakap dia pon pernah terkena kat area situ dengan ayahnya. End up keluar kat tempat yang sama rakan aku tu keluar. Dan-dan tu dia terus google kisah bukit tunku tu dan memang ada orang sebut pasal penunggang motor misteri yang tetibe hilang.

Serius, dia memang tergamam abis. Wife dia plak bila dia check location rakan aku tu, dia masih kat area ampang. statik tak kemana-mana. So wife dia ingat dia tak habis-habis melepak lagi padahal time tu rakan aku dah sampai kat area bukit tunku. termenung jugaklah rakan aku nih.. Bersyukur dia tak kena sakat ke, sergah ke, atau menjelma tetiba ke atau paling parah tumpang bonceng motor die..
pingsan terus kot dia kt situ.. 

Sekian.
Tu pengalaman dia sendiri. pengalaman korang macam mane?? seram ke idok??

Cakap pasal cerita seram, tersesat tengah-tengah malam dalam hutan ni, moh kita tengok Filem Seram Volkswagen Kuning yang bakal ditayangkan kepada umum pada 22 September 2016 nanti. sesekali test adrenaline korang ape salahnya kann??


Volkswagen kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning.

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Nah kita bagi teaser  dan in the making untuk Filem Volkswagen Kuning.







Demi menyahut seruan seram dari bloggeBro Framestone dan dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning. Aku gagahkan diri menulis pasal cerita seram dalam blog aku ni tauu.. rasanya tak pernah kot ada cerita seram kat dalam blog aku..hahahahaa... boleh tambah niche blog la lepas ni kalau entry aku ni mendapat sambutan dari follower aku..hahahaha..


Anda nak menang OPPO F1s Selfie Expert ni? jom join blogger contest volkswagen kuning. mana tau rezeki terpijak untuk anda..hehehee...
.
#OppoF1s #SelfieExpert #VolkswagenKuning #MiGOnline#VKBloggerReview #BlogRetis @migonline @davidteo99 @broframestone

good luck !


 -MrsPuex-

8 Comments

Izwa Kamaruddin said…
Bukit tunku ni femes gak! Dulu kawan iwa ayah dia mmg keje jaga "rumah besar" peninggalan tunku abdul rahman kalau x silap..mmg kalau malam balik dia kata siappp laaa..
ummizarra said…
Bukit Tunku mmg ada kisahnya. Tapi nora tak penah lagi lalu situ. Ngeeee scary gak kalau sesorang lalu situ kan..
Unknown said…
Bukit tunku mmg seram, dlu masa main moto lalu gak kwsn situ ngn kwn2 siap masuk lagi umh2 kosong situ(konon nak cari hantu) mmg ade jmp nbdgr gak r suara makhluk ni..
Tapi yg membuat sy pelik, nape dr ampang nk balik klang lalu jln bukit tunku.. Nape xlalu mrr2 ikut highway kesas or federal highway je.. Maaf sekadar bertanya..
Unknown said…
Bukit tunku mmg seram, dlu masa main moto lalu gak kwsn situ ngn kwn2 siap masuk lagi umh2 kosong situ(konon nak cari hantu) mmg ade jmp nbdgr gak r suara makhluk ni..
Tapi yg membuat sy pelik, nape dr ampang nk balik klang lalu jln bukit tunku.. Nape xlalu mrr2 ikut highway kesas or federal highway je.. Maaf sekadar bertanya..
encikpink said…
rumah sape dalam artikel tu?
Zafirah Kama said…
Sempat bakar rokok lagi, kira habis tenang lah tu kan.. adeh !

Kalau kena kat batang hidung sendiri, tak tau nak buat apa...
Julia Johari said…
opis julia ni pun belakang bukit tunku...huhhhhhhhh urut dada jap baca...sama review movie last tu dgn kak izwa...huhhh
Suliana Yusof said…
say pun pernah tinggal di Bukit Tunku ni. Bapa saya keje kat perpustakaan. Kalau tak kuat semangat memang boleh pitam la. itulah kata-kata abah saya. masa ni saya kecik lagi.