NZ Boutique Menyatukan Usahawan Baru

Assalamualaikum/Hai,

Baru-baru ini saya berpeluang untuk menghadiri satu karnival dan hari terbuka Tadika U Bestari yang terletak di Ampang, Selangor.  Karnival ini adalah kolaborasi antara NZ Boutique bersama Tadika U Bestari yang masing-masing terletak bertentangan antara satu sama lain. Karnival ini bertujuan untuk memberikan informasi kepada orang ramai tentang kewujudan butik di kawasan perumahan ini dan memudahkan pelanggan di sekitar Ampang mendapatkan barangan vendor terpilih seperti pastri, makanan tambahan, makanan kering, pemanis mulut dan aksesori.


Tema utama untuk karnival ini ialah "Re-Inventing Education" dengan menjemput Mr Middleton Malaysia, Zain Saidin untuk memberikan perkhidmatan sosial dengan memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan penguasaan bahasa inggeris kepada masyarakat. 


Kedua-dua bisnes ini memilih tema "Re-Inventing Education" kerana ibubapa memainkan peranan penting dalam proses pendidikan anak-anak. Apabila guru memudahkan kerja ibubapa, proses pembelajaran anak-anak berjalan dengan lancar.

antara pertandingan yang ada di karnival tersebut .
mak-mak lilit shawl kat anak supaya lebih jelite..
kiuttt sangat.

tarian chicken dance untuk kanak-kanak yang hadir.
my kids pon join sekaki..


Bersama founder NZ Boutique,  Nasyrah Zainuddin.
super gojes tau beliau ni..sporting je melayan tetamu yang hadir.

oh, by the way, nak bagitau NZ Boutique akan melancarkan satu lagi produk iaitu Boxscarf pada akhir november nanti. Boxscarf merupakan salah satu inisiatif pembungkusan yang menarik dan unik untuk pakaian. Macam menariks je..macam tak sabar pulak kita..harap dapat join masa launching nanti.. psstt jangan lupa jemput tauuu..




eyhh... sempat lagi weols berphotogediks kt booth gambar nih sebelum balik.

terima kasih kerana sudi menjemput kami memeriahkan karnival ini.
anak-anak sukaaaa sangat.


untuk keterangan lanjut sila layari :
atau hubungi 013-6130702 atau emel di nzboutique@gmail.com





 -MrsPuex-

2 Comments

Suria Amanda said…
muka dia ada iras2 irma hasmie laaa