Blogger Movie Day Out Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Assalamualaikum/Hai,

Semalam (23/11/2016) berpeluang hadir ke sesi pratonton Filem Animasi Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng! bertempat di ioi City Mall Putrajaya.
gigihhhh dari shah alam lajuu lajuuu ke sana demimu wahai upin ipin..

terima kasih tidak terhingga kepada Team Denaihati kerana memberi peluang untuk  menonton filem Upin & Ipin satu hari lebih awal dari semua orang... suka suka sukaa.. 
lain kali jemputlah lagi..ewaahhhhh...

alhamdulillah sangat puas hati.
jalan cerita yang santai, pelakon yang ohsem..pendek kata memang mantopp laa..
cukup rasa. ada kelakar, gembira, sedih sampai yang mak mak pon boleh menitikkan airmata tauuu..
memang sesuai sangat ditonton untuk seisi keluarga.

sebab ape aku cakap bestt?? sebab anak bujang yang selalunya mentidurkan diri dalam wayang, amazingly malam tadi segar bugar dari awal tayangan sampailah ke hujung tayangan.
semangat lain macam kot sebab datang pon pkai baju upin ipin padahal tu tshirt tido..hahahaha..

4 tiket untuk anak beranaks..
happy faces!

dapat goodies bag jugak dari organizer.
tengkiuuuu..

Menteri dari Kementerian  Pertanian dan Industri Asas Tani , Dato Sri Ahmad Shabery Cheek hadir untuk merasmikan majlis pratonton malam tadi.

kenape Upin & Ipin menangis??
haaaaaa.... sila pegi tengok tauu..

sedikit sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! :

"Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.
Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut.  Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.
Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen."

anak anak blogger bersama maskot Upin & Ipin. anak bujang kita nampak separuh je sebab beliau tetibe takut pulak dekat maskot tu.. adoiiii..

antara blogger yang hadir ke sesi pratonton malam tadi..
both pic credit to sis Akma Omar . cantekknyeee gambar dari ipong7essss nii..
      

sempat juga bergambar bersama orang kuat Upin & Ipin (Asyiela Putri) dan OPAH.

sooo kepada ibu bapa luar sana,
jangan tunggu lagi...
dah nak cuti sekolah kan??
jomm bawak anak anak menonton filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup yang dibintangi oleh pelakon pelakon handal seperti Asyiela Putri (Upin Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak yang diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon.


Jengg Jengg Jenggg..
betul betul betulll..

nak repeat tengok lagi dengan anak-anak buah pulak..hehehe..

 -MrsPuex-

1 Comments

Intan Saffyna said…
hi, saya datang follow sini :)