MAHA 2016 terima pengunjung di luar jangkaan!

Assalamualaikum/Hai,

MAHA 2016 baru je habis tapi bahang dia masih terasa sampailah ke harini. ini menunjukkan bahawa MAHA 2016 telah berjaya menarik hati para pengunjung satu Malaysia untuk hadir menikmati apa yang disediakan di MAHA tersebut.


Dengan menggunakan konsep OUR FOOD, OUR FUTURE, yang bertempat di MAEPS, Serdang, MAHA 2016 kali ini berjaya menarik hampir 3.7 juta pengunjung bermula dari 1 Disember 2016- 11 Disember 2016 yang lalu. wowwww sangatkann..
walaupun bersesak-sesak sepanjang hari, tidak mematahkan semangat para pengunjung yang berbilang kaum, berbilang bangsa dari pelbagai kategori iaitu dari anak kecil sehingga warga emas. semua pon berpusu- pusu taknak melepaskan peluang untuk ke MAHA 2016.



Antara lokasi yang pengunjung wajib singgah di MAHA 2016 yang lepas. Kampung Mak Cun pon boleh tahan havocnyaa sebab menampilkan sendiri pelakon pelakon dari drama mak cun..

dannnnn..
untuk kanak-kanak pula,

Kampung Durian Runtuh adalah port WAJIB kepada peminat tegar cerita upin-ipin. Bila lagi nak jumpa maskot upin ipin ni kan??

Syabas kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus untuk memastikan MAHA 2016 berjalan dengan jayanya dan telah menarik jutaan pengunjung serata malaysia untuk hadir. bahkan ada yang sanggup megambil cuti rehat semata-mata untuk MAHA 2016 ini..

tahniahhhh..
semoga tahun depan MAHA 2017  akan diisi dengan konsep yang baru dan lebih mantapp..



 -MrsPuex-

4 Comments

Bro Framestone said…
wowww....!! dah cecah 3.7 juta orang... menarik tue
Nadia Johari said…
Memang best maha..kali ni memnag berbeza
nurmisnan said…
rugi x dapat pergi MAHA. x pernah pun sekali jejakkan kaki sebab katanya beso sgt. x larat nak jln.
nurmisnan said…
This comment has been removed by the author.