PORTAL ONLINE HARIAN WANITA SERTAI PROGRAM SAMBUTAN HARI BUMI 2017 DAN SHAH ALAM HARI TANPA KENDERAAN

Assalamualaikum/Hai, 


Ahad lepas saya berjaya bawak anak anak singgah sekejap ke Program Shah Alam Tanpa Kenderaan yang bertempat di sekitar Dataran Kemerdekaan Seksyen 14, Shah Alam. hari yang sama jugak diadakan Sambutan Hari Bumi 2017. Ramai betul yang datang bawak family beriadah kat sini tau.. macam- macam booth di buka untuk memeriahkan lagi program ini. Yang best haritu, semua kereta kena park jejauhhh tau.. orang ramai yang datang hanya dibenarkan untuk menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki, dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya. Program ini turut menyediakan aktiviti menunggang kuda dan beca berhias secara percuma. 



Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin  telah berangkat mencemar duli hadir ke majlis ini.


Turut hadir, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor dan  Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.


MENTERI BESAR RASMIKAN PORTAL ONLINE HARIAN WANITA


Di majlis yang sama, booth portal online Harian Wanita turut menerima kunjungan Dato’ Seri Mohamed Azmin, sekaligus merasmikannya. Beliau turut memberikan ucapan tahniah kepada team Harian Wanita yang berada di boothberkenaan. Lebih meriah lagi, Harian Wanita telah mengadakan kempen LIKE & SHARE MAMANET. Setiap pengunjung yang LIKE & SHARE fanpage #Mamanet pada hari tersebut telah menerima hadiah tajaan #MAMEE dan berpeluang bergambar bersama maskot MAMEE. Acara tersebut telah mendapat sambutan hangat apabila booth Harian Wanita diserbu oleh para pengunjung.



Harian Wanita merupakan portal khusus untuk wanita berkerjaya, berbisnes dan berkeluarga. Ia semakin mendapat tempat di kalangan wanita sebagai sumber rujukan dan solusi hidup sihat & bahagia. Sesuai dengan fungsinya sebagai sebuah portal online, Harian Wanita menyediakan pelbagai segmen utama dan sub segmen. Antaranya ialah CANTIK, SIHAT, DIET, FAMILI, KEIBUBAPAAN, CUTI-CUTI , RESIPI, INSPIRASI, KARIER, BISNES dan ADDIN. Sejak bermula pada 1 Januari 2016 yang lalu, jumlah pelawat semakin meningkat dengan mencapai lebih 200 ribu pelawat dengan lebih 3 juta hits. 


Terima kasih kepada MBSA dan MAMEE selaku penaja kempen LIKE & SHARE MAMANET.




Sesungguhnya Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi 2017 ini telah memberikan peluang warga kota menikmati hidup lebih sihat dan cergas.



Saya support aktiviti seperti ini.. Keluarga sihat, Keluarga bahagia..
gituuuuuu..

nak tau info lanjut tentang harian wanita boleh rujuk info di bawah :

Website :
Facebook :
Instagram : 

 -MrsPuex-

1 Comments

Bestnya hangout ngan family. Bila pula la Johor nak buat hari tanpa kenderaan.

Jemput singgah blog mak ;)

http://suzlinazreena.blogspot.com