Skip to main content

RAMADHAN PREVIEW : SELERA ANEKA RASA DI KELAB RAHMAN PUTRA SUNGAI BULOH

Assalamualaikum/Hai, 


Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Rahman Putra Malaysia amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk singgah dan menikmati juadah berbuka puasa dimana tahun ini bufet ramadhan bertemakan ‘SELERA ANEKA RASA’ yang menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan di mana terdapat lebih daripada 70 jenis sajian dari masakan Melayu, Cina, India, Timur dan Barat.

Disamping itu terdapat gerai-gerai yang menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, agar-agar dan aneka kuih muih. Bufet berbuka di Kelab Rahman Putra Malaysia akan bermula pada 29 hb Mei 2017 sehingga 22 hb Jun 2017.


Pembuka Selera 

Antara menu pembuka selera yang dihidang untuk buffet ramadhan kali ini buah-buahan, kuih muih dan manisan.





Menu Utama 

Menu wajib ada untuk setiap buffet ramadhan adalah KAMBING GOLEK.
wajib ada tauuu.


menu -menu utama yang lain adalah :

kerabu mangga

kerabu sotong

daging masak black pepper

Lala masak cili

ulam - ulaman

Pecal / pesembor

Keistimewaan kali ini ada lamb chop. daging yang empuk dan sangat juice untuk dihidangkan kepada para tetamu. tak lupa juga makanan bakar-bakar yang lain seperti otak-otak dan satay. 


 



Minuman dan Pencuci Mulut

air yang disediakan adalah air longan, Lemon Asam Boi. kaunter ABC dan Aiskerim pon wajib ada sebagai menu tarikan untuk anak-anak yang datang. Penting ni sebab dengan adanya hidangan untuk anak-anak ni, mak ayah boleh makan dan menikmati juadah dengan tenangggg..
                                       


pengat pisang abu pon ade.
lemak manis secukup rasa.


Soo, kalau anda menetap di area sungai buloh, elok sangat la tu..
boleh jadikan Kelab Rahman Putra Sungai Buloh sebagai destinasi berbuka puasa bersama keluarga tersayang. 




Early Bird :
Dewasa : RM40 ( Isnin - Khamis)
Dewasa RM60.00 (Jumaat - Ahad)
* Bermula 13 April 2017 - 15 Mei 2017

Harga Biasa : 
Dewasa : RM50 ( Isnin - Khamis)
Dewasa RM70.00 (Jumaat - Ahad)

Warga Emas / Kanak-Kanak : RM29.00

 untuk tempahan/ pertanyaan :
 03-61566870 sambungan 1303/1901/1903 

Alamat :
Jalan BRP 2/1 , 
Bukit Rahman Putra
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan.

  
 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P