Skip to main content

RESEPI LAKSA KUAH SARDIN TIN

Assalamualaikum/Hai, 

Kagum dengan mak mak yang rajin melaksa ni.. 
Lagi kagum bila dorang buat sendiri from A to Z..
Rebus ikan, sisihkan tulang, blend plak..and so on so on..

Aku penah gak sekali dua melaksa..tapi renyahh sangat rasa.. Last last tapau je bila rasa nak makan.. Tapi smpai bila nak membelii ye dakk..

Kalau beli dapat makan sekali je tapi kalau buat sendiri boleh repet smpai kauu terdampaarr macam ikan paus depan tivi..hhahahaaa..

Oklah..panjang plak mukadimah..sebenarnya nak share resepi melaksa paling ringkass khas untuk orang pemalas bizii macam saya..eyhh!!

Buat kuah laksa dengan sardin dalam tin.

RESEPI LAKSA KUAH SARDIN TIN

Aku pakai sardin dalam tin je gantikan ikan. 1st time try and not bad.
Aku stalk jugak resepi dalam blog lekatlekit.com

Bebahan :
1 peket laksa kering. *rebuskan*
* tak gemor sgt laksa basah..liat!
2 tin besar sardin tin
* amek cap yg paling murah.
(asingkan kuah. Ikan diblend atau dilenyekkan smpai lumat)
1 biji bawang merah +3 ulas bawang putih+secubit belacan (blend)
3 sudu cili kering yang dh diblend sesiap *nak pedas boh byk sikit cili*
Minyak masak utk menumis
Asam keping secukupnya
Garam secukupnya
1 batang bunga kantan
Daun kesom secukupnya

Bahan hiasan :
Salad
Cili api/cili merah
Bawang
Telur rebus *wajibbb*
Limau kasturi *jika ada*

Cara-cara buat kuah laksa :
Tumis bahan yang diblend
Kemudian masukkan cili kering 
Tumis dlm 5-10 minit smpai cili masak sikit
Masukkan ikan sardin yang dah hancur (blend atau lenyek).gaulkan.
Boh kuah sardin dlm 2 sudu. *tak letak byk takut hanyir*
Masukkan air secukupnya
Masukkan bunga kantan+daun kesom +asam keping secukupnya
Perasakan dengan garam
*aku boh seketul kiub ayam sikit utk lebih sedap* takde pon takpe.
Masak sampai mendidih.
Siap untuk dihidangkan.

RESEPI LAKSA KUAH SARDIN TIN
Mempersembahkan..
My all time favourite menu!

Laksa bersama kuah sardin tin..
Nyummmsss..

Sekarang tak payah runsing nak rebus rebus lagi kalau nak melaksa..pakai tin sardin je..sedappp uolss!!!

*time terlebih rajin baru boleh guna kekdah rebus rebus tu..hhehee*

Selamat mencuba!
-MrsPuex-

Comments

Lea Azleeya said…
Rajinnya buat laksa.. kite rajin makan jerk.. hehehe sedap nampak laksa tu..
wah,,bgus ni.boleh try nnti

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P