Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Di Ancasa Residents , Port Dickson

Assalamualaikum/Hai, Alhamdulillah.. saya dan keluarga diberi peluang dan berkesempatan untuk berbuka bersama-sama anak-anak yatim di Ancasa Residents Port Dickson. Untuk makluman semua, Ancasa Residents Port Dickson telah mengadakan majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik. Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah selaku Pengerusi UDA Holdings Berhad, Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak Ancasa Residents , Port Dickson kepada seramai 55 orang anak ya...

Sambut Hari Bapa 2017

Assalamualaikum/Hai,  Plan last minit biasalah mesti menjadi punya.. Hari Bapa jatuh hari ahad lepas kan? tapi kitorang buat advance sikit, hari sabtu memandangkan nak berkumpul berbuka bersama dengan mak abah. dah alang-alang tu terus plan terkejut-kejut... menu berbuka - nasi lemak. mak masak nasi + sambal sotong kembang aku bawak ayam cowboy + ayam pasu telangkup pd kak ipau bawak telur rebus + kuih muih adik bawak badan..hahahaha.. aku dari pd. adik dari taman teratai abang dari putrajaya.. tapi biasalah, orang jauh mesti sampai dulu..hehehee.. kek paling sedap dari my sis in law.. sedap gilak ciskek ni .. tq sisturr.. Man in the house! adik ipar, my bro, abah, my hubby. small celebration je.. semoga semua kekal sihat sejahtera untuk mengemudi family masing-masing.. we lovee u! we lovee u! we lovee u!  -MrsPuex-

Resepi Biskut Cornflakes

Assalamualaikum/Hai, Since ramai yang tanya dan mintak resepi, so kita share kat sini lah.. ini bukan resepi rahsia, ni resepi bonda yang dibuat dengan penuh kasih sayang. soo dengan sukacita dan sukahatinya aku nak share ilmu resepi bonda untuk korang. janji kena rajin lah ye.. tak pe, kalau malas pon boleh buat jugak.. saapp sapp soi je haa.. seriusly ni biskut raya kami sekeluarga turun temurun. kalau pegi beraya umah orang, adik aku tatapp jugak nak bawak biskut ni masuk dlm tisu then makan kat umah orang.. dengan aku pon terjebak sekali..hahahaha... ko mampu kunyah biskut raya sendiri kat rumah orang?? kami mampu ok.. *buruk perangai* Baca betul betul ya. RESEPI BISKUT CORNFLAKES. Bahan-bahan (untuk 1 bancuhan): 3/4 cawan butter 3/4 cawan gula castor 11/2 Tepung MFM(naik Sendiri) - jangan durhaka pkai tepung gamdum ke superfine ke.. kang bentan, cakap aku tak bagitau. 1 sudu esen vanila 1 biji kuning telur - yang putih telur tu korang simpan buat mas...

PROGRAM AMAL ANCASA HOTELS & SPA KUALA LUMPUR SEMPENA BULAN RAMADHAN 2017

Assalamualaikum/Hai, Ancasa HOtel & Spa , Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni , Taman Keramat Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik. Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset selaku tetamu kehormat dijemput hadir dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kepada 50 orang anak-anak yatim yang hadir. Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi Ancsa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan dan tajaan bas daripada Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd bagi urusan pengangkutan pergi...

PHOTOSHOOT RAYA MURAH DAN BEST DI WHITE STUDIO MALAYSIA 2017 SAMBIL MENDERMA

Assalamualaikum/Hai,  ‼ PHOTOSHOOT RAYA SAMBIL MENDERMA ‼ 📣 Cuma RM49/family.. Tak Tipu ⚠ PROMOSI untuk 50 yang terawal sahaja. Atas permintaan ramai,  Creative Visual Studio  &  White Studio Malaysia  mengadakan promosi photoshoot hari raya dengan harga yang sangat berpatutan. TAPI, Kali ni mereka buat lain sikit. Photoshoot Raya sambil menderma. 📍Sempena bulan ramadan yang mulia ini, mereka ada mengadakan  Photoshoot Amal Raya . mereka juga bakal menyumbangkan  15%  dari hasil jualan photoshoot hari raya sepanjang bulan Ramadan & Aidilfitri kepada  Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah  ( fb.com/tahfizannurarraudah ) 📞 WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034 Alamat : No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor  http://cvsmalaysia.com https://www.instagram.com/CVSmalaysia 💖RM49 - 15 min white studio - 10 edited pictures + Max 4 person - Soft copies (15 ...

Buffet Ramadhan Di Asap Steamboat & Grill & Nurul Izzah Catering.

Assalamualaikum/Hai, Sesekali berbuka puasa dengan menu lain dari yang lain pon best jugak kan?? jom kita try steamboat dan buffet ramadhan di Nurul Izzah Catering & Asap Steamboat & Grill berkonsepkan Under The Stars bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 21 Jun 2017. Sampai- sampai je tempat ni terus teruja dengan dekorasi yang ala ala hispter. Gabungan konsep 'steel and nature under the star' yang dibawakan oleh Nurul Izaah Catering dan Asap Steamboat & Grill untuk suasana berbuka puasa pada ramadhan kali ini sememangnya amat mengujakan terutamanya bagi warga kota yang menginginkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana kampung. Keistimewaan lokasi buffet ramadhan ini adalah kedudukan kampung yang terletak di tengah-tengah bandar puchong dan USJ Subang Jaya. Dengan kemampuan untuk menempatkan seramai lebih 400 pengunjung pada satu-satu masa, Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill amat yakin dapat memenuhi keperluan berbuka pu...