BUFFET RAMADHAN : NIKMATNYA BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT

Assalamualaikum/Hai, 


Restoran BGR tahun ini sekali lagi menampilkan sehingga 200 juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur untuk berbuka puasa khas untuk para pengunjung. Sajian menu popular seperti kambing bakar, sup kambing mamak akan dihidangkan sendiri oleh chef-chef yang berpengalaman, para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati Kueh Teow Goreng dan mee mamak yang dihidangkan panas dari kuali selain menu seperti sate ayam dan dading yang dibakar segar setiap hari.



Paling menarik sekali, kalau korang berbuka di BGR, jangan lupa try menu favourite ala barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti sous vide egg with mushrom espuma. bahasa melayunya ala ala telur separuh masak dengan sos istimewa.. memang sedap. tak tipuuu tauu.. ada juga menu klasik seperti Lasagna ayam dan golden sand spaghetti carbonara . untuk menu terbaru tahun ni iaitu Peri Peri Chicken Drumlets diperkenalkan yang menjanjikan rasa luar biasa.
 




Bagi yang tak berapa gemar dengan menu barat, jangan risau. di BGR semua ada tau. Menu ala kampung , selera melayu seperti nasi lemak bersama rendang daging taik minyak, sambal sotong kembang, ayam bercili masak ketumbar, ikan masak asam kari dan telur rebus goreng masak sambal tomato pon ada.



Pencuci mulut kalau tak de memang tak lengkap rasanya, Beraneka jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memberi kepuasan kepada para pengunjung . Paling banyak tarikan adalah spanish churros dan gelato cendol dan durian. selain tu terdapat juga pelbagai variasi pencuci mulut yang lain seperti serawa durian, lu\ychee rose cake, pandan gula melaka, carrot cake, tropical nectar, caramel surprise dan banana-na.
   


Selain menikmati beraneka juadah berbuka puasa, pengunjung berpeluang untuk membeli barangan yang dijual dengan hara promosi dan bagi penggemar durian, terdapat promosi durian runtuh dimana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang raub, pahang selain buah-buah tempatan yang disediakan oleh BGR.

Di BGR, sambil korang melayan tekak menikmati juadah yang disediakan, korang akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara 'live' dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Paling penting sekali, parking adalah percuma ya, soo jangan risau pasal parking. lebih 800 ruang parking disediakan.
 


Buffet Ramadhan bermula dari :
29 Mei 2017 sehinggan 23 Jun 2017

Harga :
RM 58.00 (Dewasa)
RM 28.00 (Kanak-Kanak)

Harga Tempahan Berkumpulan :
RM 49.00 (Dewasa)
RM 22.00 (Kanak-Kanak)

Sebarang pertanyaan atau tempahan buffet ramadhan di BGR, boleh hubungi :

Nurul Adira Kamil (01110575088) atau emel : pr@bgrrest.com

Alamat : 
Bangi Golf Resort Restaurant
No1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor Darul Ehsan

Website : www.bgrrest.com


 -MrsPuex-

0 Comments