Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Wednesday, September 13, 2017

Mini garden at home

Assalamualaikum/Hai,

Bagi seorang isteri/mak berkerjaya yang duduk di kawasan bandar dan suka memasak untuk keluarga tersayang berkonsepkan #1hari1menu, yang mana semua barang pon mahal mahal nak meninggal, waima seketul daun pandan pon makan jumlah bukan sen sen ya..

Makanya,
Mini garden adalah sangat penting diwujudkan disetiap rumah untuk memudahkan dan sekaligus menjimatkan kadar ekonomi dalam institusi keluarga.

Tak payah tanam pelik-pelik. Cukup sekadar bebahan yang diperlukan dalam masakan seperti daun kari, daun pandan, cili api, daun kunyit dan serai.

Kalau ada ni dah cukup hati berbunga kegembiraan.. Korang pikir ye, daun kari kat kedai pon cecah ringgit ringgit.. Tu pon kalau ada yang gebus gebas..

Daun kari

Daun pandan

Daun kunyit

Selain dari tanaman untuk bebahan masakan, ada jugak tanaman untuk ulam-ulaman seperti daun selum dan daun pegaga. Petik, basuh, kunyah.. Gituu.

Daun selum.

Daun pegaga.
Dah 2-3 round jugak petik buat ulam.

Semua ni adalah hasil air tangan incik suami tau. Dia je rajin melayan pokok-pokok ni.makk??? Tangan makk panas. Asal tanam je mesti x jadi.. Kesian kt benih tu.. Rasa diri macam pembunuh pon ada..hahahaa..

Dia try tanam sayur pat choy dengan bendi..pon alhamdulillah..menjadik jugak tau. Dapat jugak masak sayur pat choy dari kebun sendiri. Bangga giler.freshh dari ladang tau. Rasa macam duduk kat cameron highland yang dikelilingi oleh tumbuhan dan tanaman hijau.

Sayur pat choy.
Dah selamat dimasak.bestt gilerr..

Bendi.
Harvest time! Yeyyyy...
Tomato dengan cili api masih dalam proses lagi..boleh tumbuh buahnya lagi. Sabarrr..

Daun limau purut, Daun serai kita halo halo kat jiran je sbb pokok tu dorang ada tanam..
Penting hidup berjiran ni sebab boleh share share bebahan masakan.gituuu..

Bagi aku memang pentinglah utk buat stok bila keadaan terdesak. Rasa nak masak kari, petik je daun kari. Rasa nak guna pandan, petik je kat kebun. Nikmat ape lagi yang kau dustakan??

Tqsm kat incik suami sebab mewujudkan kebun kecil ni. Harapkan aku ni, mmg hancus leburr laa.. Kuikuikuii..

Nanti nak mintak dia tanam daun bawang, daun sup, daun parsley, daun thime(betul ke eja).. Eyh banyak plak rekues ko yee..
Hahahhaaa..

So korang? Amacam? Jom la kita go green bersama sama sambil tanam sambil bersenam/eksersais.. Berbakti pada tanah memang sangat menguntungkan.. Bidang pertanian ni pon boleh masyukk kan kan kan?

 -MrsPuex-

13 comments:

ai said...

Bestnya ada mini garden..

alia farhan Said said...

Rumah kita pun ada mini garden..tp kt tgkt 6 la

Maha Mahu said...

Untung rumah ada laman dan tanah macam ni best dapat tanam-tanam rumah kita kat atas sangat susah nak tanam tapi boleh jer dalam pasukan wakakaka.a...

Anonymous said...

Nak cuba taman garden sendiri tapi sedikit malas haha, mungkin sabtu ini akan cuba. good job!

Sejarah Islam Pahang said...

bagus ada mini garden, boleh jana pendapatan...

Afizah Abd Rahman said...

Bestnya ada mini garden sendiri. Petik jer bila nak pakai.

Jane Chua said...

Cantiknya mini garden you. I want to create mine too.

Qbal Ramlan said...

alternatif yg bijak. sekarang ni semua benda mahal. memang wajib sangat buat mini garden. atlast, boleh jimat duit sikit2

Qbal Ramlan said...

alternatif yg bijak. sekarang ni semua benda mahal. memang wajib sangat buat mini garden. atlast, boleh jimat duit sikit2

Bro Framestone said...

Bagus tangan suami... Dah lama x menanam... Dulu rajin gak menanam now rumah xde tanah... Dan macam xsesuai je nak bercucuk tanam.. kena try hidroponik pula lepas nie

sayaiday said...

Kat rumah iday ni tanam daun kunyit je. Nanti nak try tanam daun selum dengan daun pegaga. Makan ulam tu sedapppp. hehehe

Rawlins GLAM said...

Bagusnya ada kebun kecil begini. Tangan I pun macam you, pegang je mati. So, sudahnya membeli je la. Haha

rubydotmy said...

Wah bagusny ada mini garden macam ni. Kalau saya ada rumah teres, memang ruby nak buat taman herba sendiri. Suka bercucuk tanam dengan opah masa kecil dulu. Serai, bunga kantan, daun kari, pokok semambu, kunyit, halia dan macam-macam lg. Keep it up!