Skip to main content

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2017 BERTEMAKAN ‘THE SUNRISE, THE GREEN AND THE ECHO WITHIN’

Assalamualaikum/Hai, 


Citrawarna@Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun ini dengan tema The Sunrise, The Green and The Echo Within di mana ianya menyaksikan gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakangkan kehijauan hutan hujan tropika dan laut Malaysia yang bersih.

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 telah dianjurkan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu), di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

“Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan – sebagai contoh tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran” YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz,Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bercakap di Sidang Media sempena penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017.

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September 2017 iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development.turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan. Kelainan penganjuran Citrawarna kali ini ialah gabungan elemen teater tarian, muzikal dan street parade. Pada tahun 2015 dan 2016, konsep yang dipersembahkan ialah teaterikal gabungan drama tari dengan street parade. Citrawarna senantiasa tampil dengan konsep baharu, segar dan kreatif pada setiap kali penganjurannya sejak 1999.


Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 bermula pada jam 4.30 petang di mana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di Chillax Zone (di sekitar tiang bendera Dataran Merdeka) seperti Persembahan Buskers, Permainan Rakyat seperti teng-teng, galah panjang, zero point, batu Seremban, congkak, Baling selipar, #SayangMalaysia Message dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan perasaan cinta pada Malaysia, Fiesta Trak Makanan serta Parti Mangkuk Tingkat dan Konti Radio Matic.fm. Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata, “Terdapat beberapa acara sampingan yang telah dianjurkan untuk merancakkan lagi Citrawarna@Kuala Lumpur 2017. Antaranya ialah Kids Eco Dash Citrawarna 2017 pada 28 Oktober 2017, jam 7.30 pagi di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang merupakan acara larian khas untuk kanak-kanak berusia antara 4-12 tahun.” Selain itu, untuk pencinta alam di luar sana, Kementerian dengan kerjasama LOCCO dan Daun akan menganjurkan Program Bring Your Own Plant yang merupakan “meet and greet session” di mana orang ramai digalakkan untuk membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti MRT/LRT. Fiesta Trak Makanan.

Citrawarna@Kuala Lumpur juga diadakan untuk mengajak orang ramai merasai pengalaman membeli makanan secara “Cashless” menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST (anak syarikat Kumpulan Axiata). Ini selaras dengan perubahan zaman yang mana pengalaman membeli belah pada masa kini menggunakan telefon pintar melalui aplikasi mobile wallet.

 -MrsPuex-

Comments

messarah said…
Jemput singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html
mamapp said…
Bestnya citrawarna.. suka tgk persembahan

Popular posts from this blog

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P