Followers

tudung comel

Tudung kanak-kanak

lazada

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, January 9, 2018

Alami Keriangan di Sunway Lagoon Sempena 25th Wonder Years!

Assalamualaikum/Hai, 


Cuti sekolah baru-baru aku berkesempatan untuk membawa anak-anak menikmati keriangan di Sunway Lagoon sempena 25 wonder years. #experienceit!

kalau korang nak tau, macam-macam ada dalam sunway Lagoon tau. Theme Park, Waterpark yang kita sedia maklum keseronokannya.. tak ketinggalan jugak tempat-tempat lain yang ada dalam Sunway Lagoon ni seperti rumah hantu macam macam patern, wild life park, extreme games pon ada ok.

tapi tak semua yang aku dapat masuk dan main sebab bawak anak maka limited sikitlah langkahnya.. rumah hantu tu berlalu pergi je sebab tak berani nak menjerit bersama-sama anak kat dalam tu..Game-game extreme pon banyak yang kita perati je sebab kekangan diri nak naik..hahahaha.. 
. maybe next time?? 

welcoming performance from Sunway Lagoon staff.

Jom aku bawak menjelajah tempat-tempat family friendly. mana tau boleh masuk dalam wishlist korang satu hari nanti.


Jangan tak tau, dalam Sunway Lagoon pon ada Wild Life Park tau. Kat sini korang boleh tengok persembahan daripada haiwan-haiwan yang begitu jinak dah terlatih bersama pelatih masing-masing di bahagian wild life theater. Antara haiwan yang sempat kami tengok semasa pertunjukan itu adalah itik, tupai, sekumpulan tikus putih, burung dan juga ular. 






waktu persembahan adalah jam 11.30 pagi dan jam 3.00 petang.



Dari Wild Life Park, korang boleh terus menuju ke Nickelodeon Lost Lagoon. Jaraknya tak berapa jauh. Kat sini korang boleh bergambar bersama spongebob square pant dan sekawan teenage mutant ninja turtle mengikut sesi sesi yang telah ditetapkan . Kat dalam area sini jugak ada water park. Boleh tahan jugak la mainan air yang ada kat dalam tu.






Yessss... kawasan yang paling ditunggu tunggu oleh anak-anak. dari Nickelodeon Lost Lagoon, kalau korang taknak berjalan kaki, korang boleh menaiki trem yang disediakan oleh pihak sunway lagoon. 


Dari view sini, korang akan nampak aktiviti flying fox, jambatan gantung dan bungy jumping sebagai sukan lasak yang ada di sunway lagoon. kami peraatiii je dari jauh sebab masa tak berapa sesuai nak naik.. teringin tu ada tapi nanti la kalau ada rezeki lain, kita cuba pulak..



korang jugak boleh tunggu ombak besar setiap jam 4 petang kat kawasan ini. seriusly memang happening. 

bagi yang sukakan cabaran air, korang boleh try game ni. syiokkkk betul tengok dorang main luncur air ni..









Finally. 
Suspension bridge checked!
a must visit place ok.

Jambatan gantung terpanjang di sunway lagoon. dari sini korang boleh melihat pemandangan almost keseluruhan theme park yang ada dalam sunway lagoon. ai is teruja sangat sangat sebab akhirnya dapat juga jejak ke sini.. beberapa kali datang, tempat ni la selalu tercicir list tauu..

Last sebelum balik, gumbirakan hati si anak bujang untuk naik merry go round ni.. hanya kanak kanak tinggi dia je yang lepas nak naik. yang kecik, boleh ditemani oleh sorang parent untuk main merry go round ni.



the kids had sooooo much splashhh splashhh time!
kids happy, mom double happy! *abaikan jerawat kegembiraan setepek di muka..hahaha..

Thank You Sunway Lagoon sebab menceriakan hari hari cuti sekolah untuk anak anak saya,
yess!! definitely we will come again and again ..
 #experienceit!

untuk info lanjut tentang Sunway Lagoon dan bagaimana nak beli tiket atau nak tengok best deal dari Sunway Lagoon dari semasa ke semasa, korang boleh refer details seperti di bawah :

website :
facebook :
Instagram :




 -MrsPuex-

20 comments:

Siti Yang Menaip said...

hehehe kanak2 mesti happy ni sharian di waterpark. dahlama x pergi.. seronok2 malam tidoo mesti pengsan tak sedar apa hehehe..

AjuyaRashid Agen Shaklee Putra Heights Puchong said...

pergi sunway lagoon dengan baby2 main kat air je lah..xsempat nak jalan2 ke lain pun. huhu. banyak lagi tempat best rupanya

Fadzi Razak said...

Akak tau tak? Saya tak pernah masuk lagi Sunway Lagoon ni. Nampak macam seronok gila. Last saya masuk waterpark macam ni dekat Gambang

emi said...

Bestnya hahah. Emi dah tua2 ni pun blom pernah merasa ke sunway lagoon. Ada la plan dgn kwn nk ke sini. Tp sbb msg2 busy, kesudahannya tak pergi pun

ai said...

Makin lama makin bermacam-macam benda baru di Sunway Lagoon ni. Satu ticket untuk all park ke ticket asing-asing?

Asyraf Asri said...

Wah bestnya !

Kanak kanak suka pegi tempat macam ni .. Orang dewasa kalo pegi terus jadi budak heheh ..

Amanda Suria said...

Lamanya x pi Sunway Lagoon..nak bawak Dania ke sini jugak..tp tu la berdua je..kalau ramai ada package kan..dulu tiket masuk xde la mahal macam sekarang..dulu means 7 tahun lepas la..hahaha..

Shafyqah Azry said...

takpernah sampai sunway lagoon. tapi boleh bayang dah kalau sha sampai situ mesti excited teruk macam budak budak haha dapat main air kan, best tu

Cik Tie said...

Wahhh seronoknya sis! Camni bukan anak-anak je yang happy kita yang tengok dan baca entri ni pun happy sama. Nak pergi juga la sana ni nanti

Salina Johari said...

last year pegi tak sempat nak terjah semua lokasi ... best sebenarnya Sunway Lagoon ni ...anak-anak memang teruja sangat

Maha Mahu said...

Bestnya tengok dapat bercuti hujung tahun kat Sunway Lagoon sebab dalam tu dah banyak berubah kita pun tak dapat pergi lagi waaaaaa sapa nak bagi tiket free....

Bella Jamal said...

Saya pernah pegang ular kuning tu masa di Zoo Melaka. Sejuk licin. Geli jugak. Untuk luncur air tu memang best kan!

iffah hussin said...

lama tak ke Sunway Lagoon dah banyak perubahan... Tapi tak nak jejak kat wildlife park tu ada ular tu takutlahhh

Hanny Abdullah said...

Lama jugak tak ke Sunway Lagoon ni..last masa ada event canon tak silap, lps tu dah tak gi gi dah. Seronok pergi gan anak2 kecik...layan diorg so dlm masa yg sama kita pun teruja jugak..hehehe

Wai Yee aka Rane said...

saw a lot of happy faces. must be a fun day there

Henry Tan said...

it has been a long long time since i last visited there! i think i will visit there again one day when it is off peak season. haha

YourFinanceDoctor

Eintan Nurfuzie said...

lama x mandi cmni.. bila la dpt spend masa nk gi main2 air dgn family ini..

Dwi Wahyudi said...

Seronok bace tulisan Kakak nih, bile ade mase boleh ajak family liburan kesini. Ma kaseh buat tulisannya Kak...

My Green Canyon said...

sunway lagoon tempat yang cocok untuk menhabiskan liburan akhir pekan bersama keluarga tercinta.

Syafiera Yamin said...

Sunway Lagoon memang tempat yang menarik untuk berhibur tapi penat tu Allah je tahu, sampai cramp kaki nak naik-naik tangga ke atas especially bahagian sponge bob, kalau 1 hari memang tak cukup nak explore sunway lagoon ni