Mudahnya bayar zakat secara online

Assalamualaikum/Hai,

Dengan teknologi yang dah semakin maju sekarang ni, semua urusan kira boleh selesaikan dengan hanya di hujung baru.


Dengan wujudnya pelbagai cadang trend teknologi online sekarang, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) juga tidak mahu melihat ini sekadar satu ‘trend’ namun satu langkah yang amat baik dilakukan oleh PPZ-MAIWP apabila mewujudkan satu medium komunikasi kepada masyarakat yang ingin bertanyakan berkaitan permasalahan Ini sekaligus meletakkan PPZ-MAIWP tersenarai antara institusi yang mengikuti arus teknologi moden.

PPZ-MAIWP melihat ini adalah satu keperluan bagi mendekati golongan cyber yang semakin ramai penggunanya.Melihat akan keadaan ini, PPZ-MAIWP juga tidak mahu terlepas di dalam memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menyalurkan maklumat sebanyak yang mungkin berkaitan tanggungjawab berzakat. Seperti terpanggil, PPZ-MAIWP sejak beberapa tahun yang lepas telak mengorak langkah membina portal www.zakat.com.my bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk urusan kiraan zakat, bayaran dan juga semakan rekod bayaran zakat yang lepas.



7 SEBAB KENAPA BAYAR ZAKAT DI ONLINE ITU MUDAH

1. CEPAT &PANTAS
Tak sampai dua minit diperlukan untuk selesaikan urusan bayaran zakat anda menggunakan FPX atau debit atau kad kredit Islamik.senang kan??

2. BAYARAN HANYA DI HUJUNG JARI
Anda tak perlu susah susah beratur panjang di kaunter lagi. Apa yang anda perlukan adalah data internet/talian internet dan sudah tentulah handphone/tablet, komputer untuk melakukan transaksi.

3. 24 JAM, 7 HARI SEMINGGU
Boleh buat bayaran semua jenis zakat anda pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dengan cepat dan pantas

4. KIRA ZAKAT DENGAN MUDAH
Anda boleh mengira zakat yang perlu anda bayar dengan mudah dan cepat, dengan hanya lengkapkan borang yang boleh didapati secara ONLINE yang disediakan

5. KALKULATOR ZAKAT
Dengan adanya kalkulator di www.zakat.com.my anda boleh membuat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui anda WAJIB berzakat atau tidak

6. SEMAKAN BAYARAN
Boleh membuat semakan bayaran yang lepas

7. KEMASKINI MAKLUMAT
Boleh mengemaskini maklumat peribadi, surat menyurat dengan cepat dan selamat.

Segalanya hanya dihujung jari. Kurang dari lima minit, urusan zakat kita akan selesai dengan izin Allah.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk info di bawah :

Website : www.zakat.com.my
Talian bebas tol : 1 300 88 5757
Facebook : Pusat Pungutan Zakat

#zakatwilayah
#ramadanterbaik



 -MrsPuex-

3 Comments

Mimie said…
Bagusnya dah boleh bayar zakat online. Senang nak update kan
Ana Jingga said…
banyak yang telah dipermudahkan untuk kita menunaikan tanggung jawab sebaik mungkin, Alhamdulillah
sekarang semua makin mudah. dunia hujung jari jadi tak ada alasan tak ada masa nak jalankan kewajipan..