Kelahiran Ketiga : Pengalaman bersalin di Avisena Specialist Hospital Shah Alam dan Pembukaan Avisena Women & Children Specialist Hospital (AWCSH)

Assalamualaikum/Hai,

Diberi rezeki mengandung anak ketiga adalah sesuatu yang tidak dijangka..jarak 6 tahun dengan anak kedua buat diri rasa macam mengandung anak pertama. Macam-macam persiapan dibuat dari basic untuk kelahiran kali ketiga ni. Lain orang lain pengalaman bersalin kan? ada yang mudah . semudah sekali teran terus keluar baby. ada yang diduga dengan kesulitan ketika bersalin. apa-apa pon, setiap pengalaman bagi seorang ibu itu adalah satu anugerah terindah yang takkan dapat dari mana-mana. 

PENGALAMAN BERSALIN DI AVISENA SPECIALIST HOSPITAL SHAH ALAM.

Kali ni diberi rezeki bersalin di hospital swasta.
Anak no 1 & 2 bersalin di hospital kerajaan, hospital ampang.

jom saya kongsikan detik-detik yang indah saat kelahiran ketiga.

JUMAAT, 29 JUN 2018 - 38 weeks of pregnancy.

Asalnya harini ada weekly check up dengan doktor pakar. doktor pakar yang incharge  adalah doktor Fairuz Ashikin. pagi pagi masuk labour room nak buat CTG.. dengan lenggang lenggok la masuk labour room..


yang sentiasa di sisi. thank you suami.

lepas tuuu tiba-tiba doktor tengok graf tak berapa cantik..ada mild contraction katanya..feel like, oh noooo.. not now baby.. mama not ready yet.. kakak/ abang kat school, baju mama belum packing.. dan macam-macam lagi pikir..

doktor nak check bukaan.. and then.. yess dah bukak 3cm walaupun tak rasa sakit nak beranak lagi..dalam hati still in denied.. not today not today.. mama not prepare anything at all..

tapi..

kuasa Allah.. semuanya urusan DIA.

mintak izin balik kejap amek baju mama, sumbat baju anak-anak apa yang ada depan mata sebab nak mintak tolong adik amekkan anak-anak kat rumah jiran.. lepas solat jumaat baru check in hospital. suami nak solat jumaat pon tak tenang hati.. terpaksalah beliau tuang sehari solat jumaat..huhuhu..



beristirehat di labour room.. time ni memang ada mild contraction tp mama still gagah lagi..

jam 4 petang.
mama check in labour room. mild contraction still terasa tp ok lagi..

jam 6 petang
dah  rasa kuat sikit.. check bukaan dah 6 cm.. nurse masukkan ubat untuk cepatkan bukaan..berlarutan sakit kejap kejap sampai kol 8 mlm..

jam 8 malam.
time ni dah tak tahan sgt...nurse tanya nak epidural tak? mama say its ok nurse.. saya boleh tahan..

jam 9 malam
sakit jangan cakap dah.. contraction datang selang 3-4 minit sekali..
nurse cek bukaak dah 8 cm..  mama terpaksa minta gas etonox tu.. bila contraction datang, sambil sedut gas, sambil papa hulur ibu jari.. mama pon tak pk dah .. ku pulassss jari papa sekuat contraction datang.. nasib baikk tak patah ibu jari papa.. hehehe.. kesian ibu jari jadi mangsa keadaan.

jam 10 malam.
Nurse pecahkan air ketuban. Doc Fairuz cakap dalam 10.30 malam, adik baby keluar..
Kita merancang, Allah yang menentukan..

jam 11 malam
mama still struggle lagi.. tenaga dah zero sbb x lalu nak makan, Hazab sakit hanya Allah je yang tau.. taip ni pon rasa nak nangis..huhu..

lagi sedih, graf menunjukkan fetal depressed.. graf x cantik.. doc bagi masa sampai jam 12 mlm, mama tak bersalin. she offer to emergency ceazer.. she said cant wait or else akan memudaratkan ibu dan baby.

12 malam.
masa ni pinggang rasa macam terlipat dua.. sungguh mama tak tahan sakit sangat sangat.. nak nangis pon tak mampu dah air mata nak keluar.. 1215 doc fairuz minta izin papa utk buat next prosedure..OPERATION AT LAST.

mama pandang papa, papa cakap.. takpe, yang penting awak dengan anak selamat.. bothh speechless.
Allahu.. perasaan? takut, sedih.. dalam masa yang sama cepatlah baby keluar..mama nak tidoo sgt..serius tak laratt..

muka bengkak nangis.
its time to say good by to papa..
mama cakap : mama takut..tunggu mama tauuu.

cium suami.. mintak ampunkan doasa, manalah tahu, hayat sampai sini je.. boleh kan pikir mcm tu..hahah.. papa jangan cakaplah.. touching moments both..

seperti di medan perjuangan.
berjuang/ berjihad kerana Allah.
antara hidup dan mati.
rabbi yassir wala tuasirr..
lailahailla anta subhanakainnikumtumminazzoliminnn..

SABTU, 30 JUN 2018.

jam 12.30 malam.
alhamdulillah.
mama selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel dan sangat gebuuu..
rezeki kali ini bersalin secara pembedahan. emergency ceazer.



memperkenalkan ...
Muhammad Aidiel Qaiz bin Mohd Azahari membawa maksud Tinggi Hati dan Kuat.
yesss.. anakanda ketiga mama memang sangat kuat. struggle bersama-sama mama kat labour room, kat dalam bilik OT. Syukur Alhamdulillah.


Doktor yang bertanggungjawab dalam urusan kelahiran adik baby.
Terima kasih tak terhingga kepada Doktor Fairuz Ashikin dan team menguruskan/menjaga saya dari mula admitted sampailah discharge. 4 hari 3 malam yang penuh bermakna dalam hidup. Doktor yang sangat humble dan baik hati gilerrr... thank you so much doc! rasa nak bersalin lagi kat sini.. eyh!!! hehehe..

untuk kes mama, mama sapu bersih dedua pekej yang ade tuh.. labour room masuk, bilik OT pon masuk.. gasaaakkk!! servis?? jangan cakaplahh ..from top to toe tip topp..berbaloiii la kannnn..hehehe.. alhamdulillah rezeki untuk adik baby dan rezeki kelahiran untuk kali ketiga. serius tak sangkaa sebenarnya..


Kenapa pilih nak bersalin di Hospital Avisena?


Pertama, sebab opis husband cover 80% dari dari kos.
Kedua, suami nak sentiasa ada disisi sebab anak 1 & 2 tak berkesempatan nak jaga bini kat hospital..hazabb wei sorang-sorang jaga baby..nurse ada tapi bantuan yang diberikan sangat limited disebabkan ramai pesakit lain yang lebih memerlukan perhatian.

Fasiliti yang disediakan. keselesaan bermula dari admitted, labour room, wad termasuk kemudahan parking. shuttle disediakan jika kita park agak jauh dari entrance. 

Kelebihan yang saya nampak di Avisena Specialist Hospital yang tiada kat hospital lain adalah lokasi yang paling strategik di tengah-tengah bandar shah alam. paling mudah untuk access dan paling penting layanan terbaik dari doktor-doktor pakar sampailah ke nurse yang bertugas. Kelancaran proses pendaftaran sampailah ke proses pembayaran. Sebab tu saya pilih untuk bersalin dan lain-lain rawatan untuk ahli keluarga.  Hilang segala sakit perit semasa melahirkan dengan layanan yang superb dari pihak hospital. Kedai-kedai makan yang berdekatan memudahkan waris kita yang jaga kita mencari keperluan tambahan selain food store yang sedia ada di dalam hospital itu sendiri.. jalan kaki je pon boleh. 

Avisena Women's & Children Specialist Hospital (AWCSH) 





DIBUKA 6 MEI 2019!

KAMI SANGAT BERBESAR HATI MENGUMUMKAN AVISENA WOMEN’S & CHILDREN’ SPECIALIST HOSPITAL AKAN BEROPERASI SEPENUHNYA PADA 6 MEI 2019!

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) merupakan hospital swasta pertama di Malaysia dari jenis dan skalanya yang memberi tumpuan khusus kepada penjagaan utama dan rawatan wanita dan kanak-kanak.

Lebih gah.
Lebih mesra Kanak-kanak.
Lebih comel!



bilik untuk kanak-kanak lebih menarik.
tema theme park dipilih untuk interior design setiap wad.

4 perkhidmatan utama yang disediakan di Avisena Women & Children Specialist Hospital (AWCSH) :



Consultation Room  

entrance.



Image may contain: indoor
toiletteries yang bakal disediakan.


kerusi untuk cek gigi paling comel setakat ni.
saya pasti bebudak takkan rasa sakit bila duduk kt kerusi dinasour ni kot.
nanti nak bawak anak-anak cek gigi kat sini la..


Antara kemudahan-kemudahan lain yang ada di AWCSH seperti cafe dan farmasi bagi memudahkan para pelanggan kami jika mereka memerlukan sesuatu.

Seriusly, fasiliti yang lebih unik dan comel untuk tarikan anak-anak pastinya akan kurangkan sikit rasa sakit untuk anak-anak yang sedang dalam rawatan. Saya pon tak sabar nak bawak baby check up 12 bulan kat sini Julai nanti. 

Oh ya, bagi yang tertanya-tanya kos/ pakej bersalin yang ditawarkan di sini, nah saya kongsikan untuk bakal- bakal ibu yang mungkin dalam perancangan untuk mencari tempat terbaik untuk bersalin. 



untuk maklumat lanjut, boleh refer info di bawah :

General line : 603- 55151888

Specialist Clinic Hour : Monday - Friday : 9am - 5pm , Saturday : 9am -1pm
Alamat : No 4, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.



8 Comments

Fadzi Razak said…
Lama jugak akak dalam labour room tu. Patut doktor tanya nak epidural tu ke tak. Tapi kena dua dua tak tahan tu
Ainul Mustafa said…
Saya czer 2010 kt situ pun kena rm6k. Takpa janji dua dua selamat. Legakan.tp bila ingat balik pehhh ngeri
Murni Alysa said…
Pengalaman kita lebih kurang sama..cuma beza tang emergency czer tu tak sbb Murni dpt bersalin normal.Induced. Sakitnya rasa macam nyawa dihujung tanduk dah..smpai meneran dalam keadaan tak sedar. Dan bila baby dah keluar saya punya Labia Majora bengkak kena hematoma sebesar buah apple. Pada hari ke-20 terpaksa masuk OT utk buang hematoma. Alhamdulillah Bill semua FREE sebab staff. kalau tidak habis berpuluh ribu juga laa sebab duk ward lps beranak 1 minggu, masa operation duk 3d2n..dan rasanya cukupla 3 org anak jer kut..serikkk dah hihihihi
MasturaDin said…
Pakej kat sini berapa RM kak?
Suria Amanda said…
Berapa pakej kat sini? mesti mahal kan..satu lagi kawan2 opis akak ramai pilih Andorra..hehehe..akak plak plak x usah tanya la..mmg xde la chances nak beranak lagi..cukup la sorang tu je
Azlinda said…
teringat anak 1st, graf tak cantik. Bukaan 2 cm pun dah admit. Sakit 3 hari sampai bukaan 9cm. At last, emergency czer. Dah pulak tu, ada extended tear. start dr DHia Linda tak boleh beranak secara normal. Semua czer. Oleh kerana semua guna duit asben utk bersalin. Kami hanya ke Hosp Serdang je, pilih 2nd class. So far, okay n highly recommended
Nabilah Roslan said…
hi, boleh tau brp cost utk total bersalin di avisena ni?
Msatyea said…
Hi sis...at that Time emergency cser what is the total bill? Best la company cover 80%