Semua ibu bapa inginkan seorang anak yang baik dan sentiasa mendengar kata orang tuanya. Tak mudah sebenarnya nak mendidik anak-anak berbuat baik kepada orang lain kalau tak betul dengan gaya dan caranya.
Setiap anak lain kerenahnya.
kalau tiga anak, tiga kerenah la ibu bapa kena mengadap.
Cuma, kita sebagai parents, kena pandai handle apa permasalahan yang sedang anak anak kita alami.
Sebagai contoh,
Untuk menjadi yang terbaik, kita sebagai ibu bapa itu sendiri yang kena mulakan. back to basic. anak-anak akan menjadikan kita sebagai role model dalam setiap perkara. kalau baik kita tunjukkan, baiklah hasilnya dan kalau buruk yang kita tunjukkan, buruk jugalah yang anak-anak akan tunjukkan. nampak macam simplekan? tapi kesannya bila mereka bergaul dengan rakan sebaya.
Terapkan dalam didikan sifat hormat menghormati, kasih sayang sesama makhluk.
Didikan perlu bermula dari rumah. Didikan tak semestinya kena formal.. kita santai-santai mengajar anak pon tentang perkara atau rutin harian pon dah membantu. Jangan nak harapkan pembelajaran tentang adab di sekolah kalau kat rumah pon dah tunggang langgang. Susah sebenarnya tapi kita kena jadikannya rutin harian. Bila dah biasa, kita akan terbiasa.
salah satu aktiviti ibu-anak boleh join sekali.
Terangkan kepentingan menghargai harta benda / orang lain / haiwan.
Menghargai harta benda.
budak-budak jarangg sangat nak jaga barang sendiri elok elok.
bila ada barang-barang peribadi dorang yang masih elok tapi dah taknak guna, saya sarankan untuk buat give-away kepada yang memerlukan.
beg-beg yang masih elok tapi dah tak ada keperluan.
buku-buku sekolah yang masih elok untuk disumbangkan kepada yang memerlukan.
Menghargai Haiwan.
Anak-anak memang tiada binatang peliharaan.
Masing-masing elergik kepada habuk/ hama.
Kakak memang sejenis penakut dengan kucing.
Ada kejadian di kedai makan baru-baru ni bila ada kucing jalanan yang datang hampir dengannya dan secara tidak sengaja dia tersepak anak kucing tu. Apa yang saya buat, tegur dan pesan kat kakak, itu adalah perbuatan yang kurang elok terhadap binatang. Teguran sangat perlu supaya mereka tahu kesalahan yang mereka buat.
Amalkan konsep PLEASE/THANK YOU/SORRY.
Ketiga-tiganya PENTING untuk mendidik anak-anak kita menjadi seorang yang baik, bertolak ansur dan bertanggungjawab dalam setiap apa yang mereka lakukan.
Kalau nak minta tolong, guna ayat minta tolong/please - can you help me, mama/mama, boleh tolong saya?
Kalau dapat sesuatu, ucapkan TERIMA KASIH/THANK YOU.
Kalau ada buat salah, ucapkan MAAF / SORRY.
nampak mudah je kan.. kita yang dewasa ni pon susah nak ungkapkan ketiga-tiga ayat ni..
so kena latih untuk diri sendiri dan latih untuk anak bagaimana nak membiasakan diri dengan tiga perkataan tersebut. Sebab tu kalau ada masa terluang, saya akan bawa anak-anak explorekan diri di KIDZANIA KUALA LUMPUR. Kat sana banyakkkkk perkara atau aktiviti yang bersesuaian yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk menerapkan nilai-nilai serta keperibadian yang baik.
Anak-anak harus bersedia dari sekarang. Mereka harus melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Tabiat menolak atau mengelak perlu dielakkan dalam melaksanakan setiap tugasan. Di KIDZANIA KUALA LUMPUR, Saya dapat lihat bila anak-anak menyelesaikan setiap tugas yang diberikan kepada mereka. Anak-anak yang cemerlang adalah anak anak yang mampu mengimbangi diri mereka dengan kemahiran ke arah pembentukan keperibadian diri yang baik. Sebab itu, KIDZANIA KL adalah tempat paling bagus dan terbaik untuk mereka.
Tak sabar dan lebih teruja nak bawa mereka pergi lagi ke sana lagi!
Tak sabar dan lebih teruja nak bawa mereka pergi lagi ke sana lagi!
Untuk info lanjut atau pertanyaan tentang KidZania Kuala Lumpur, boleh refer details di bawah :
Website : https://www.kidzania.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur/
Instagram : https://www.instagram.com/kidzaniakl/
No tel : 1300 12 KIDZ (5439)
Website : https://www.kidzania.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur/
Instagram : https://www.instagram.com/kidzaniakl/
No tel : 1300 12 KIDZ (5439)
-MrsPuex-
3 Comments
melentur buluh biarlah dari rebungnya :)