Skip to main content

PROJEK CSR- DMR #darihati123mamanet KALI KE-5 DI ECO FREE MARKET SHAH ALAM, SEMPENA HARI BUMI 2019

Assalamualaikum/Hai,

Baru-baru ini portal www.123mamanet.com (Majalah Harian Wanita) telah mengadakan program amal (CSR) bersama MBSA, menerusi Program Eco Free  Market, bersempena sambutan bulan Ramadhan yang akan diadakan pada 14 April, 2019 (Ahad)bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


 Objektif program ini merupakan salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam.




Di samping itu, projek DMR #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca  www.123mamanet.com  agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan.Lebih-lebih lagi sempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ini adalah kali ke-5 penganjuran pihak kami dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat ini. Kami berharap agar lebih ramai lagi golongan korporat dan juga individu yang berkemampuan untuk menjalinkan kerjasama atau menghulurkan bantuan untuk memberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik di luar sana. Mudah-mudahan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.


Mr Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd, Mrs Angelina Nadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagian Corporate Communications & Marketing QS Brands (M) Holdings Bhd, yang sanggup turun padang untuk sama-sama menjayakan projek amal ini.






Kali ini terdapat sedikit kelainan dalam Eco Free Market kerana setiap pengunjung yang datang, perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma. Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth-both yang terlibat dalam program Eco Free Market ini.

Untuk projek CSR-DMR #darihati123mamanet kali ini kami agak bertuah. Selain menerima sumbangan kewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapur seperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, kami turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada QSR Brands (M) Holding Bhd. Pelbagai barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kiap Manis,Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti  Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merak, Pes Masak Kurma  dan macam-macam lagi.



Terima kasih tak terhingga buat Mr Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd, Mrs Angelina Nadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagian Corporate Communications & Marketing QS Brands (M) Holdings Bhd, yang sanggup turun padang untuk sama-sama menjayakan projek amal ini.

Secara ringkas butiran program tersebut adalah seperti berikut:

PROJEK CSR DMR #darihati123mamanet  bersama MAJLIS PERBANDARAN SHAH ALAM (MBSA) sempena Hari Bumi 2019.

Tarikh: 14 April, 2019(Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari


Tempat: Dataran Kemerdekaan, Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, Shah Alam

p/s : seronok sekali sekala join aktiviti CSR macam ni.. dapat meningkat kesedaran dalam diri kita tau..

 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...