Skip to main content

“WAJAH BARU” MINYAK PELINCIR GLIDE LUBRICANTS KELUARAN BUMIPUTERA DARI SYARIKAT GLIDE TECHNOLOGY SDN BHD

Assalamualaikum/Hai,

Sesekali meh kita cerita pasal minyak.
Minyak apa? Minyak yang berkaitan dengan kenderaan tau!

Pakai kereta tau tapi minyak kereta apa yang korang guna tak tau, tiada gunanya ok!
Fakta penting kita wajib tau. 

MINYAK PELINCIR KENDERAAN.

Kini terdapat pelbagai  jenis minyak pelincir kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran. Namun, pastikan anda memilih  minyak pelincir yang sesuai serta berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta anda!



Baru-baru ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

Majlis pelancaran “ The New Glide” itu diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd. Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group. Syarikat ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.




Di majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol  baru untuk ke semua produk yang dikeluarkannya.

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan
mengurangkan pelepasan.

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi
dengan lebih efisien.


Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC)

Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.

No photo description available.

Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya  Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan  maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa.


 Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan
‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology Sdn Bhd menumpukan  kepada
pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan.



Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide  di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my.

HARGA :

MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS : RM190.00 
MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS :RM170.00.

takk sabar puler nak cuba minyak glide untuk kereta saya!
yang penting, ianya keluaran MALAYSIA!
yeayyyy!

Informasi lanjut boleh rujuk details di bawah :



#glidetechnology
#glidelubricants
#beyondexpectation
#glidewithUs
#newGlide2020




 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P