KENAPA CENGKIH DIKAITKAN DENGAN PESAKIT COVID-19?

Assalamualaikum/Hai, 

Saja nak borak-borak kosong dengan korang..
dah lamaaaa tak taip santai macam ni..

harini aku just nak kongsi cerita pasal cengkih yang hebat diperkata zaman loni.
Cengkih ini sebenarnya boleh buatkan paru-paru berfungsi dengan baik.
Tapikan dah alang alang kunyah cengkih, apa kata kita cuba petua amalan Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim, mudir Pondok Pasir Tumbuh Kelantan ni.



Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim dah amalkan cengkih dari usia beliau belasan tahun sampailah akhir usia beliau 90 tahun.

Bukan petua musiman, tapi memang beliau jadikan amalan seharian. Menurut Allahyarham, 4 kelopak bunga cengkih adalah untuk :

- kesihatan mata
- kesihatan minda
- kesihatan gigi
- kesihatan jantung

cara dia senang jek, makan cengkih dalam 10 biji sehari. Bukan kunyah kunyah gitu je tapi ada langkah-langkah dia iaitu :

- kemam bunga cengkih
- sedut udara dari mulut dan hembus supaya khasiat cengkih sampai ke jantung
- lakukan 2-3 kali untuk satu sesi.

Selain itu kalau korang nak tahu, cengkih ni pon termasuk antara superfoods. Antara khasiat cengkih yang lain adalah :

- rawat masalah pernafasan
- membolehkan paru-paru berfungsi dengan baik dan membolehkan suara sentiasa lantang
- bantu sistem pencernaan
- elakkan gigi rosak dan dapat menahan dari gangguan bakteria
- panaskan tubuh
- mengandungi euganol yang berfungsi mencegah pembekauan darah yang mencegah penyakit jantung dan stroke
- sumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan muka
- kuatkan daya ingatan

banyakkan khasiat dari cengkih ni kan.. rempah senang nak cari. biasanya yang dapur, rempah ni wajib ada kan? kan? kan?

sumber : habibah badar bajrai.


 -MrsPuex-

1 Comments

banyak juga khasiat dari bunga cengkih ni