Skip to main content

TUN MAHATHIR BERKONGSI PENGALAMAN DI PLATFORM YEG ACADEMY KENAPA RAMAI GRADUAN SALAH PILIH JURUSAN

Assalamualaikum/Hai, 

90% GRADUAN KESAL DENGAN JURUSAN DIPILIH : KUPASAN EKSKLUSIF BERSAMA TUN MAHATHIR DI PLATFORM YEG ACADEMY


Platform pendidikan dan kerjaya atas talian, Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke - 7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak. 

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita. Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.


Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi. Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya
yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara. “Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. 

Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia. “ Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM “Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma.

Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing. “Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah” “Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi 

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy .


 -MrsPuex-

Comments

Popular posts from this blog

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014 , iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... lurve, mrspuex

IFTAR DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM DENGAN BERTEMAKAN WARISAN IBUNDA

Assalamualaikum/Hai,  EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM Sempena kehadiran bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam telah mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar hotel pada 6 Februari yang lepas. Tradisi ini telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu.  kalau korang nak tau, bubur lambuk yang tersedap ni disediakan oleh pakar pakar chef dari hotel concorde shah alam. rasa, aroma dan rempah ratus yang ada dalam bubur lambuk tu masih kekal sama seperti tahun tahun sebelumnya. seawal jam 7 pagi, sebanyak 200kg beras diperlukan untuk bubur lambuk ni. lebih kurang 6000 pack bubur lambuk telah diedarkan untuk orang sekitar jam 12 tengah hari. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Concorde Shah Alam. Semoga tradisi ini diteruskan di masa akan datang. WARISAN IBUNDA TEMA UNTUK RAMADHAN BUFFET 2024 Untuk tahun 2024, Hotel Concorde Shah Alam telah memilih tema WARISAN IBUNDA untuk ramadhan buffet kali ini. Wa...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P