Assalamualaikum/Hai,
simpan sini sebagai kenangan perjalanan untuk kekal aktif dan sihat.
macam manalah boleh terjebak join program fitnes ni kan??
ekceli aku memang ada join grup zumba taman.
kelas malam on weekly dan pagi on weekend..
via online and fizikal kt studio (limited 12 person only )
tapi aku memang selalu tuang kelas la..
kebizian apekah aku ni sampai terlepas pandang nak jaga kesihatan diri.
so bila coach syarin a.k.a owner jazzercise yang aku selalu join bakal jadi salah seorang coach untuk program BSK ni, so aku macam eyh.. nilah masa yang sesuai nak push diri untuk buat sesuatu kat badan aku yang makin lama makin lesu, kembang dan sewaktu dengannya..
tumit pon dah bagi hint silaaa bersenam wahai nooraini zubir.. haaaa gituuu aku dapat seru..hahaha..
berkobarr kobarrr kauuu..
sometimes, kita kena ada paksaan secara berjemaah untuk kita buat/ laksanakan sesuatu perkara.
buat sorang sorang banyakkk nauu alasannyee..kann???
and last, marilah daftar (beserta bayaran RM**) untuk program Bukan Soal Kurus By Kevin Zahri. dan of course aku pilih coach syarin untuk guide aku dari mula sampai akhir. dan lagi best, beliau punye kelas only for ladiess.. i likeee!!
*4 Januari 2022 - 12 Mac 2022.*
Cabaran bermula.
gigih buat weekly challenge by weekly challenge dari coach syarin.
and updet dalam grup wasap..
seriously grup tu memang sangat inspiring wei..
bila ko rasa down, ko bukak je wasap grup tu terus ko bersinar balik..
tu aku la tu..ahhahahaha..
tapi banyak gak aku tuang.. folo ikut pace aku..
as long aku folo walaupun tak berapa nak folo rapat..
kekangan tugas di pejabat pon satu hal aku byk tercicir challenge..
tapi.
apa yang aku dapat, paling ketara dlm bsk 4.0 adalah part control portion makanan.. bila kita berjaya control portion makan, if kadang kadang degil terlebih amek makan, otomatik perut jadi sebu dan rasa nak muntah.. perut dh bg hint cukup cukup la mentekedarah tu nooraini oi.. haaaa gituuu...
dannnnn..
bersenam jangan lupa ok.. waima ko berjalan kaki sahaja round round kawasan rumah.. alaaa. kt opis pon ko boleh bersenam.. naik je la tangga sikit sikit..
disiplin motif utama.
ok lah malas nak cite banyak.. biar gambar yang bercerita.. *malas nak taip dah..hahaha*
dari aspek makanan hingga ke xtvt fizikal (online) yang aku sempat join..
Antara xtvt dan weekly challenge untuk kami selesaikan..
jaga portion.
protein intake
calory intake.
tema : biru
last week.
reveal output dalam group..
ni aku share a few kwn kwn yang berjaya lose weight / inch lost..
*pic update dengan izin tuan badan..heheh*
tuan tanah belog.. alhamdulillah..
kg tak berapa nak turun sebab banyak tuang kelas/ cheat meal.. tp inch lost agak terasa sikit.
happy me.. insya allah nak teruskan kawal portion time makan..pluss exercise..moga istiqomah!
paling berjaya .. sister nadira
most motivational person.. sister iza ceria.. banyak bagi kata-kata semangat utk kitorang.. hari hari kot dia briskwalk pepagi kat taman area rumah dia.. salute!hehehe
student paling rajin masuk kelas online coach.. hehehe..sister nadz
ni lejen.. sis leeza.. iron lady dlm group.. setiap minggu keluar masuk hutan ye.. aku xtau mana dia dapay energy level sampai mcm tu sekali..hehehe.. weldone sis.. adore!!
sis suga - rajin share platting cantik cantik..
sis shob - paling rajin join xtvt online dan sgt inspiring untuk kekal aktif dan sihat..byk jugak tips tips dari beliau..
last but not least.. journey our coach..
hari hari bagi kata kata semangat if ada antara kitorang yang ter-down sendiri disebabkan kekangan kekangan sepanjang tempoh BSK 4.0 ni..
penguat semangat kami..
congrats coach!
akhir kata..
semoga korang semua tetap menten meneruskan perjalanan untuk kekal aktif dan sihat sampai bila bila.. kalau kita sentiasa sihat, semua benda kita boleh buat kan??
rasa sangat bertuah sebab dapat join group coach syarin. group ni memang sangat memberi inspirasi dan motivasi kat kitorang semua.. thanks to coach syarin cos always checking on us.. pengawas tegar buat kami.. hehehe.. walaupun lagi sekali aku adalah salah seorang pelajar yang kerap tuang kelas.. dan tak completedkan the BSK xtvt's...
Mesej received from Kevin Zahri thru emel :
Do not worry.
Have faith and yakin lah pada diri sendiri. You know what to do. You are empowered tapi tapi tapi sekiranya anda “tertenggalam” along the way, we are always here to lend a helping hand. You are now sebahagian keluarga BSK kami.
Always & forever
Jadi sekali, enjoy your success! Celebrate all the memories, ups, and downs sepanjang 56-hari ini dan please don’t worry if you were not able to complete ALL the sessions and lessons which is not possible
Thank you for the warm wishes, Mr Kevin..
14 Mac 2022 - Ainie Z is signing off from BSK 4.0 (team coach syarin) *flipshawluntukdirisendiri
p/s :: coach taknak buat small farewell gathering secara sihat untuk kitorang ke?? hehehe...
-MrsPuex-
0 Comments