Skip to main content

Asam Pedas Ikan Tenggiri ( resepi Bonda + Bonda Mertua )


Hari ni teringin plak nk msk Asam Pedas.. So untuk menambahkan ilmu pengetahun yg lebih, aku secara sukerela nk msk lauk tuh dan off cos la dgn bantuan kesedapan dri mak jugak..**sedut ilmu kat mak nih..:D
tadi x smpt nk snap pic..so sedut gamba dr akak potret kasih..:P
Resepi Asam pedas Ikan Tenggiri 
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan tenggiri ( apa2 ikan pun boleh)
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar (nak pedas boleh lebih)
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup* (serbuk kunyit pon bole)
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(klo x nak letak pon sdp jugak)
1/2 camca teh jintan putih ( tumbuk halus)-if nk rs lebih kick!
Daun Kesom & Daun Kari secukupnya – tambah utk naikkan bau wangi


Cara Penyediaannya:
1. Ikan tenggiri disiang, belah-belah ikut saiz yang dikehendaki, dibersihkan dan toskan..
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Gaul rata.
3. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam & jintan putih secukup rasa dan sedikit gula. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
4. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan juga ulam-ulaman.
** Selamat Mencube!!

Comments

Chekpid said…
wah...dah jadi chef two la skarang, bagus2!

Popular posts from this blog

Pameran Projek Shinkansen Di ISetan The Japan Store LOT 10 Kuala Lumpur

Assalamualaikum/Hai, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan Isetan The Japan Store telah  melancarkan pameran di Jepun Shinkansen di Lot 10 Shopping Centre. Pameran ini akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Level 1 daripada Isetan The Japan Store. Acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang Projek Shinkansen yang sangat menarik. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di masa akan datang. Lokasi pameran, Isetan The Japan Store, menawarkan pelbagai produk Jepun dan pengalaman budaya Jepun dari tradisi purba dengan teknologi terkini, dan pelbagai fesyen, gaya hidup untuk makanan sebagai kedai khusus memperkenalkan Jepun. A diorama kereta api yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan semasa pameran itu, menyatakan keindahan dari Shinkansen yang termaju dan keunikan ...

6 Ramadhan yang dikenang sampai bila bila

Assalamualaikum.. 6 Ramadhan 1433H/26 Julai 2012: Sesubuh hening time mak mak tengah sibuk nak siapkan sahur, time tu la air ketuban pecah, menanti saat kelahiran si comel ni.. Sesubuh itulah Papa drift dari shah alam straight ke hosp ampang dalam masa lebih kurang 15-20 mnt je.. Tak lupa malam sebelumnya mama berbuka dengan bahagianya juadah kambing golek di hotel area shah alam bersama jiran jiran yang ohsem..semua kenangan tu masih segar dlm hati mama.. Dalam tahun islam, 6 ramadhan, jam 4.52 petang..lahir seorang khalifah kecil, Muhammad Airiel Qaid bin Mohd Azahari ..semoga menjadi seorang anak yang soleh, taat dan sentiasa dilindungi Allah selalu.. Mama papa kakak always love u..haihh..cptnya masa berlalu..cepatnya anak mama membesar... Selamat Ulang tahun yang ke-2 sayang mama, manja mama.. Yours Truly ;P

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER!!

Assalamualaikumm.. Saya budak baru blaja.. so saya mau kenal ramai kawan. thx luna sbb buat segmen cenggini.. besttt!!! Anda mau ramai follower?? jom terjah blog LUNA LANUN nih.. SYARAT PENYERTAAN: Buat satu entri bertajuk: SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER DONE! Letakkan header blog LUNA LANUN. DONE! Linkkan kepada entri ini. DONE! Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah. DONE! Yours Truly ;P